Thursday 12 January 2017

Trade Tanpa Stop Loss

Assalamualaikum

Terketar-ketar CS nak tulis entry kali ini. Subjek yang menjadi debat hang hangat dikalangan trader. Tapi setelah difikirkan, tajuk ini memang sesuai untuk CS dalami, memandangkan CS sedang berjinak dengan trading terhebat masa kini TRSR by Mrlan09. Untuk ikut 100 % cara beliau, maka salah satu rule dia no stop loss, dalam entry lain CS akan kupas bab no indicator dan no TP.

Dalam erti kata lain, swing trade Quasimodo - CS guna SL, calculate MM dan letak TP. Quasimodo Swing Trade, CS bet on risk reward ratio.

Day Trade TRSR - CS tak letak Stop Loss.

Adakah warren buffett main forex tanpa stop loss? Jika dia letak stop loss, kenapa dia kena cut loss? Yup, maybe tanpa stop loss sebab itu dia guna tools kedua untuk protect equity iaitu cut loss.

Letak stop loss dan cut loss adalah dua perkara yang berbeza? 

Trader yg letak stop loss - sure loss jika price pergi ke zone stop loss, paling sakit hati sekiranya kena stop loss disebabkan price spike dan kemudian price membuat u-turn ke tp zone terutama dikala tiada sebarang perubahan fundamental pun.

Teknik TRSR, MrLan09 tak letak stop loss, anak murid dia pun tak letak stop LOSS. Tapi CS pasti, MrLan09 guna mental stop loss. Ini kerana dia nasihatkan untuk cut loss apabila price dijangka tidak akan sampai ke post entry. 

Jika hari-hari buat analisa market, takkan tak sure bila price dijangka tidak akan sampai ke post entry. Jika tak tahu, baik jangan jadi Forex Trader. Ini nasihat untuk CS.

Betul? Bila trend berubah, apabila solid reversal berlaku - itu adalah situasi dimana price tidak akan visit ke post entry. Tapi janganlah panik - cut loss apabila price retrace berhampiran dengan entry zone.

Meletakkan stop loss, bukannya satu-satunya cara untuk protect equity. Equity boleh diprotect dengan cara melakukan CUT LOSS.

Melakukan cut loss sama tujuannya seperti meletakkan stop loss. Cut loss dilakukan supaya dapat protect equity dari jadi zero. Jika kita trade, market berubah arah disokong oleh fundamental yang berlaku tiba2. Dalam situasi ini, maka kita boleh cut loss apabila equity berkurang 10% atau 20% atau 30% atau 50%. Dalam kes ini, sendiri kena decide.

The advantage letak stop loss ialah mencegah account dari further loss atau mencegah dari terkena margin call.

Tetapi bagi trader yang bercita-cita untuk trade tanpa stop loss. Ada beberapa perkara perlu diambil serius. Trader yang trade tanpa stop loss, bukan sekadar faham dimana nak letak entry, tapi mereka kena mahir money management dan risk management. Jumlah position mesti sesuai dengan margin untuk margin call. Pergerakan price perlu disesuaikan dengan kebolehan atau berapa pips room price boleh move.

Tidak semua trader ada strong mentaliti untuk cut loss. Untuk ada strong mentaliti stop loss, trader perlu mempunyai ciri-ciri berikut:

  1. Berdisiplin - Day trade maksudnya open today and close today, jgn bila loss - tukarkan jadi position trade. Jika rule cakap ambil satu entry sahaja - maka wajib ikut.
  2. Jangan tamak - stop sebelum kenyang.
  3. Sabar - timing untuk entry. Jika entry cakap tunggu sampai retrace habis. then ikut rule sebelum trade.
  4. Willing to accept LOSS - jika agree untuk cut loss apabila equity drop 30 %. Then do it.
Samada anda ada quality itu, tepuk dada tanya selera.

Nota: Trader yang trade tanpa stop loss, akan lebih obsess dgn market berbanding dengan trader yang tak letak stop loss. Trader yang letak stop loss - tidak bimbang dengan pergerakan market sebab dia rasa selamat disebabkan, jika analisa dia salah, price akan hit SL. Tetapi trader yang masuk market tanpa stop loss, akan berhati2 untuk masuk market - sebab dia kena pastikan entry zone mesti tepat. 

Pilihlah yang sesuai dengan jiwa anda. Untuk CS - trade tanpa stop loss teknik mrlan09, act sebagai day trade - open and close at same day. Lets see what will happen. At the moment CS letakkan 50% untuk cut loss dari jumlah EQUITY.

 


4 comments:

  1. Salam, mcm mane ye nak belajar teknik trsr ni?

    ReplyDelete
  2. Bole cari di carigold forum

    ReplyDelete
  3. Bole cari di carigold forum

    ReplyDelete
  4. Strategi trading emas

    Adalah Kamu mencari untuk itu Strategi Forex trading dan Strategi trading emas JavaFX News menyediakan berita untuk Strategi Forex trading dan Strategi trading emas

    to get more - https://www.javafx.news/webminar/strategi-trading

    ReplyDelete