Wednesday 13 July 2016

Mengenalpasti Trend Semasa

Saya satu teknik yang CikSaf guna untuk kenalpasti trend ialah dengan menggunakan mata kasar atau naked eye. Mata kasar adalah indicator terbaik. Namun trend juga boleh dikenalpasti dengan menggunakan indicator seperti moving average, MACD etc.

Kenapa perlu guna mata kasar?

Masalah utama indicator ialah sifat indicator itu sendiri iaitu samada ercirikan lagging atau bercirikan leading. Indicator memberi maklumat terlalu awal yang menyebabkan 'false sign' atau memberi maklumat agak lambat yang menyebabkan 'miss the boat'.

So untuk balance, CikSaf prefer guna mata kasar. Tapi jangan terkejut, terdapat indicator yang memberi maklumat trend yang 'perfect' dan apabila digabungkan dengan 'trade setup' yang cun akan menghasilkan result yang meletop.

Price bergerak dalam tiga fasa iaitu:
  1. Fasa Uptrend
  2. Fasa Downtrend
  3. Fasa Sideways
Terdapat cara mudah untuk kenali trend. Untuk peringatan, trend mesti merujuk kepada time frames yang dilihat. Jika kita lihat time frame h4, maka trend yang terbentuk di H4, tidak semestinya sama dengan trend yang terbentuk di time frame daily atau h1.

Fasa Uptrend --> Series L > H > HL > HH

Bermula dengan price gagal membuat new low (LL) diikuti dengan breakouts dan mencipta new high (HH) yang baru. Seterusnya price mencipta Low dan High yang lebih tinggi dari sebelumnya. Cycle HL dan HH ini berterusan sehingga price gagal mencipta  new HH sebaliknya membentuk LH.

Fasa Downtrend --> Series H > L > LH > LL

Bermula dengan price gagal mencipta new high (HH), sebaliknya membentuk LH kemudian diikuti dengan breakout dan mencipta new low (LL) yang baru. Seterusnya price mencipta series Low dan High yang lebih rendah dari sebelumnya. Cycle LL dan LH ini berterusan sehingga price gagal mencipta new LL sebaliknya membentuk Higher Low (HL)

Fasa Sideways --> Series Equal High > Equal Low

Cuba usha chart


Kesimpulan:

Tips Dalam Mengenalpasti Lokasi U-Turn 
--> Lokasi L, H, HL, HH, LH, LL (High, Low, Higher Low, Higher High, Lower High, Lower Low)
  1. U-Turn mungkin Candlestick Reversal Pattern
  2. U- Turn mungkin sebaris dengan Clean Breakout Level.
  3. Lokasi U-Turn dapat dilihat dengan mata kasar dengan Jelas.

Friday 1 July 2016

Trading Setup CikSaf

Apa yang CikSaf fikirkan...?

Trading setup yang serasi dengan jiwa ciksaf semestinya mempunyai dua ciri iaitu:
  1. Jiwa tenang jika price hit stop loss.
  2. Jiwa tenang jika price hit tp.
Jiwa tenang apabila price hit stop loss sekiranya itu ialah 'loss' yang kita willling to lose. Dalam erti kata lain, jumlah $ yang kita decide sebelum masuk trade adalah jumlah $ yang selesa untuk lose. Ini juga menyebabkan ciksaf tak adjust stop loss hanya semata-mata price bergerak ke arah stop loss selepas masuk trade.

So perkara pertama yang perlu diselesaikan sebelum masuk trade ialah decide jumlah $ yang ciksaf sanggup loss. Cthnya: sanggup rugi USD10 pada setiap trade.

Oleh itu perkara utama yang perlu dikenalpasti sebelum masuk trade pada mana-mana trading setup ialah mencari lokasi untuk letak stop loss. Hanya terdapat dua jenis lokasi stop loss iaitu:
  1. Jika buy at support - stop loss mestilah dibawah daripada support level tersebut.
  2. Jika sell at resistance - stop loss mestilah diatas daripada resistance level tersebut.
Jika entry adalah berdasarkan :
  1. Price action setup seperti crs - pin bar reversal, outside bar atau engulfing bar - maka stop loss adalah berdasarkan price action setup yang ditemui di support atau resistance.
  2. Entry berdasarkan kekuatan S&R level - maka stop loss ialah beberapa pips diatas atau dibawah S&R level yang ditemui. 
  3. Entry berdasarkan breakout - maka stop loss terbaik ialah last swing high atau last swing low.
Daripada point entry ini, kita kenalpasti 'stop loss' range untuk mendapatkan position size yang sesuai sebelum kita decide berapa lot untuk masuk trade.

Nota:
Scalper merujuk kepada trading setup muncul di tf 5M, 15M dan 1Hr. Intraday trading.
Swing Trade merujuk kepada trading setup muncul di h4.