Friday 30 September 2016

Mungkin Ia Remeh... Tapi Penting...

Selepas balik kerja, bila sampai rumah, bila nampak sofa, meja makan, dapur semua tersusun dengan kemas. Jiwa rasa tenang jer.

Selepas balik kerja, bila sampai rumah, bila nampak sofa berselerak, meja makan tidak teratur, pinggan mangkuk di sinki bersepah tidak berbasuh. Jiwa pun jadi serabut.

Sama-lah-kan dengan trading. Jiwa trader berserabut jika chart dihiasi dengan pelbagai indicator. Jiwa akan tenang jika chart nampak kemas.

Mungkin ia remeh.. tapi penting. Jika CikSaf decide untuk monitor chart di h4, janganlah gatai-gatai nak decide sebelum h4 candle closed hanya semata-mata takut tak sempat apabila h4 close nanti.

So penting itu setiap trader kenalpasti time waktu malaysia apabila h4 close. 

Chart CikSaf di Hotforex.. 

Daily open jam 5.00 am (Waktu Malaysia)

Maka h4 bermula 5.00 am, 9.00 am, 1.00 noon, 5.00 pm, 9.00 pm dan 1.00 am (Waktu Malaysia)

Jika hennak melihat perkembangan chart pun, mestilah pada time-time nie sahaja. 

Ingat CikSaf, apabila semua terurus, jiwa menjadi tenang --> minda akan mudah untuk membuat kesimpulan dan keputusan.

Walaupun ia remeh.. tapi penting.

Wednesday 28 September 2016

Panduan Untuk Pengisian Journal

CS bertekad untuk buat Journal di CG.. So sebagai persediaan untuk kearah mendisiplinkan diri maka projek untuk hasilkan jurnal forex ini teramat penting.

Apa maklumat yang CS perlukan?

Antara maklumat yang CS akan masukkan ialah berkisarkan 'core' skill yang perlu diasuh untuk disiplin iaitu melibatkan 1) Trading Stategi 2) Psychologi dan 3) Risk dan MM Management.

Antara step yang penting untuk dilakukan ialah
  1. Hasilkan Trading Plan: 
    1. Rule untuk Trading Strategi... 
      1. Rule untuk Time Frames... 
      2. Jenis Pairs... 
      3. Rule untuk Setup... 
      4. Calculate position size
      5. Rule untuk Stop Loss... 
      6. Rule untuk TP per trade... 
      7. Rule untuk Target PIPS per months.
      8. Cara manage trade
  2. Untuk rekod, apabila masuk trade - CS perlu rekodkan 
    1. Date, 
    2. Masa (ini akan dihantar ke email), 
    3. Forex session dan 
    4. Screenshot chart untuk rekod.
  3. Dlm screen shot - pastikan entry adalah berdasarkan no (1) --> jika berlainan seperti yang di (1) --> consider langar RULES.
  4. Rekodkan 'Win'or 'Loss' or menggunakan emergency exit atas sebab tertentu.
  5. Setiap minggu analisa semua trade - summarize 'win' and 'lose', percentage 'gain' dan percentage 'loss', no of trade yang masuk tak ikut rules (emosi), rekod performance graph dan screen shot equity balance.
  6. Setiap bulan - repeat no 5.
  7. Setiap tahun - repeat proses no 5.

Monday 26 September 2016

Case Study: Belajar Dari Kesilapan Orang Lain

Jika ditanya pakcik Google, ramai bersetuju untuk menyatakan majoriti trader trade dalam Forex.. Rugi mengatasi untung. Ada setengah statistik quote sampai 95% gagal... Pelbagai sebab dinyatakan..  Jika betul dengan peratus 95 % nie, kenapa masih ramai termasuk CikSaf berminat dengan Forex. 

Cuba baca report ini dari FXCM - No one mistake atau penyebab utama trader rugi.

Dari report tu menunjukkan :
  1. 50 % trade (43 million real trades) hasilnya Untung. Maksudnya, analisa dan timing entry dah betul... so kat mana salahnya.
Jika 50 % dari trade, hasilkan untung maka kenapa trader lose money?

Hasil dari kajian itu didapati penyebab utama: 

They Lose More Money On Losing Trade Than Their Make On Their Winning Trade.

Antara Favorite Quote by George Soros "

“It’s not whether you’re right or wrong, but how much money you make when you’re right and how much you lose when you’re wrong.”


Quote yang Perfect dari Mr George Soros.. seperti mana yang terbukti dari report FXCM


Kesimpulan:
  1. Jika ditanya, ramai ker trader yang lose money dalam Forex. Jawapannya YA.
  2. Jika ditanya adalah disebabkan trading strategi. Jawapannya 50 % entry hasilkan Untung.
  3. Jika ditanya punca utama : 
    1. Jawapanya: Lose more money on losing trade than their make on winning trade.
Note: Moral of story - Risk Reward at least 1:1. Jika lebih dari 1:1 - sure on long term, akaun ok.

Friday 23 September 2016

CS - Cik Saf Trading Styles

Trading Is Boring.. Itu antara mantra pro trader.. Sebagai newbie dalam dunia forex, CS pulak, belum lagi mencapai tahap itu, no wonder, akaun asyik pasang surut... 

CS belum dapat bezakan antara knowledge dengan knowing.. Baru-baru CS register jadi member CG.. Memang CG Rock, macam-macam ilmu forex yang berharga ada di situ.. Sampai naik confius..

Lepas nie, CS plan nak buka Journal di CG, nak kenali diri - lagipun ramai trader hebat di sana, harap2 otai-otai forex disana dapat beri tunjuk ajar..

CS notice, setiap kali buat ad hoc analysis --> berakhir dengan price hit SL. Setiap kali entry guna market order --> berakhir dengan price hit SL.

Sekarang CS sedang nambahkan ilmu oleh Masta Fising (Fibonacci), Masta Lukpayat (CMS) dan Masta JGV100 (CSR) di Carigold. Tapi letih nak baca sebab berpage-page.

CS juga tertarik dengan trading plan oleh blogger caripips.. CS akan cuba jadikan ini sebagai rujukan.. CS akan review balik cara trading CS sekarang dan akan adjust accordingly.

Tuesday 20 September 2016

Musuh Utama Trader Ialah Tamak Dan Fear

CikSaf sudah berjinak dengan LIVE TRADE, so semalam CikSaf masuk swing trade EJ.. Hasilnya adalah hit stop loss. Hit stop loss disebabkan sifat tamak.

Sengaja CikSaf simpan chart disini untuk rujukan. Bukannya tak tahu yang BOJ nak review rate hari ini, tapi saja tak lock TP.


Dari sini, ciksaf decide untuk pastikan:-

Jika entry tu dinamakan scalper - tp mesti 15, 20 atau 30 pips.

Jika entry tu dinamakan swing trade - tp tu disetkan berdasarkan r:r 1:2 atau r:r 1:3.

Scalper apabila ciksaf entry menggunakan 5m. 15m atau 1hr tf.

Swing trade jika ciksaf guna h4.

Jika guna daily... lain kali cerita.