Friday 30 September 2016

Mungkin Ia Remeh... Tapi Penting...

Selepas balik kerja, bila sampai rumah, bila nampak sofa, meja makan, dapur semua tersusun dengan kemas. Jiwa rasa tenang jer.

Selepas balik kerja, bila sampai rumah, bila nampak sofa berselerak, meja makan tidak teratur, pinggan mangkuk di sinki bersepah tidak berbasuh. Jiwa pun jadi serabut.

Sama-lah-kan dengan trading. Jiwa trader berserabut jika chart dihiasi dengan pelbagai indicator. Jiwa akan tenang jika chart nampak kemas.

Mungkin ia remeh.. tapi penting. Jika CikSaf decide untuk monitor chart di h4, janganlah gatai-gatai nak decide sebelum h4 candle closed hanya semata-mata takut tak sempat apabila h4 close nanti.

So penting itu setiap trader kenalpasti time waktu malaysia apabila h4 close. 

Chart CikSaf di Hotforex.. 

Daily open jam 5.00 am (Waktu Malaysia)

Maka h4 bermula 5.00 am, 9.00 am, 1.00 noon, 5.00 pm, 9.00 pm dan 1.00 am (Waktu Malaysia)

Jika hennak melihat perkembangan chart pun, mestilah pada time-time nie sahaja. 

Ingat CikSaf, apabila semua terurus, jiwa menjadi tenang --> minda akan mudah untuk membuat kesimpulan dan keputusan.

Walaupun ia remeh.. tapi penting.

No comments:

Post a Comment