Sunday 21 January 2018

Wajib Faham sebelum nak jadi Trader - Cara Analisa CHART

Assalamualaikum,

Ada tujuh asas utama yang perlu dikuasai, dipelajari dan secara perlahan-lahan perlu ditanam di dalam minda untuk percaya...

Kepercayaan terhadap asas ini hanya wujud apabila dilakukan latihan demi latihan.. hari demia hari dan terus praktis sampai lebam

Ini kerana pengalaman yang didapati semasa latihan membuatkan kita percaya dan selepas percaya, maka akan wujud keberanian untuk decide untuk mengambil atau untuk reject sesuatu setup tanpa rasa was-was atau ragu-ragu.

Setiap asas ini penting, tapi yang paling penting ialah faham cerita disebalik asas dan bukannya hafal...

Apakah asas-asas ini?

Jika study teknik MrLan09 - kita akan faham bahawa dalam setiap chart akan sentiasa wujud trsr iaitu trend atau retrace atau reversal dan support atau resistance... trsr umpama irama dan lagu...

Setiap kali price bergerak maka situasi yang wujud adalah sama ada 'trend' atau 'retrace' ataupun 'reversal'. trend dan retrace tidak boleh berlaku dalam arah yang sama...

Begitu juga, apabila setiap kali price bergerak, price adalah dalam perjalanan mencari 'support' atau dalam perjalanan 'mencari 'resistance'... Price tidak boleh dikata mencari 'support' dan 'resistance' pada waktu yang sama... tr dan sr umpama irama dan lagu...

Pada titik price semasa, jika cari trsr, sebenarnya, kita mencari sama ada price dalam 'situasi trend' iaitu mencari resistance, atau price dalam situasi 'retrace' atau 'reversal' iaitu dalam perjalanan mencari support. Tiada situasi selain dari dua situasi ini. PERIOD.

Maka asas utama ialah trsr iaitu memahami situasi trend, retrace atau reversal dan support/ resistance.

Secara objektif, apabila kita membuat analisa dalam setiap chart, maka kita wajib mengenalpasti trsr sahaja... Mahirkan diri untuk mengenalpasti trsr dengan penuh kenyakinan.

Cuba praktis untuk kenalpasti asas ini dengan serius, sehingga ia nampak jelas di depan mata...

Trend ialah perjalanan untuk membentuk new high atau new low...

Retrace atau Reversal ialah arah perjalanan menentang arah TREND...

Manakala SNR boleh wujud dalam pelbagai keadaan, bentuk dan size..

Jika kita 'google' teknik TFS oleh Bro Khalid, asas utama forex ialah

1) Trend Pasaran
2) SNR
3) Trendline
4) CRS
5) Chart Pattern
6) BRN dan
7) Fibo...

Ini adalah 7 tool asas dalam forex. Jika kita gabungkan tfs dgn trsr, secara asasnya mereka mempunyai persamaan dari segi konsep...

Jika asas untuk teknik TFS, ialah mencari trend pasaran, maka dalam trsr ialah TR.

Manakala dalam mengenal snr, tfs menggunakan tool asas diatas iaitu trendline, horizontal line, chart pattern, brn, fibo dan digabungkan dengan CRS untuk membaca situasi market, manakala untuk mrlan09, ia hanya sekadar sr yang boleh wujud dalam pelbagai, keadaan, saiz dan bentuk...

Tujuan utama analisa ialah mengenalpasti trend pasaran semasa, tetapi CS hanya akan kupas mengenai TREND PASARAN SEMASA, dengan izin Allah pada n3 lain...

Dalam N3 ini CS cuba untuk memahami statement dari MrLan09 tentang SNR yang wujud dalam pelbagai keadaan dan size dan belajar untuk analisa chart menggunakan konsep mrlan09 dan bro khalid.

Mungkin tidak perlu dijelaskan tentang size. Namun apa yang dimaksudkan dengan pelbagai keadaan dan bentuk?

Apa itu support dan apa itu resistance? 

Jangan sesekali cuba faham market secara kompleks... Secara asas, penting untuk sekadar faham asas iaitu trsr, untuk mencari trsr, kita cuma perlu menggunakan 'tool' yang mudah.

Sebagai peringatan, apabila kita mengenalpasti support atau resistance, kita wajib faham bahawa price Tidak Wajib Akur dengan dengan apa yang kita 'HOPE' untuk berlaku pada level tersebut... 

Ini bermakna, apabila price sampai di level2 ini, boleh berlaku situasi 'rejection' dan boleh berlaku situasi 'breakout' pada setiap level2 ini... Kita patut tunggu melihat apa yang market cuba sampaikan berbanding cuba 'predit' apa yang akan berlaku... Disini kita akan study candlestick yang terbentuk untuk memberi clue untuk 'something', supaya kita 'act' accordingly...

Ini bermakna jika wujud price rejection, ia memberi situasi kepada kita untuk decide 'arah' yang patut kita trade - namun jika arah itu ialah arah 'retrace' - ambil sekadar market akan bagi untuk 'profit' atau 'mungkin abaikan setup itu'... jika ia berlaku dalam arah 'trend' - cuba maximakan 'profit'...

Sebaliknya jika berlaku break, ia juga memberi kita satu situasi untuk decide... Maka USAH buntu dengan MAKLUMAT yang disampaikan oleh hasil ANALISA...

Jika price breaks Resistance - ia memberi clue untuk something. Jika price respect Resistance - ia juga memberi clue untuk something. .. Jangan sesekali buntu dengan analisa...

Ingat sama ada apabila price breaks atau respect support - ia memberi clue untuk something. Jangan cuba PREDICT future candlestick yang bakal terbentuk di Zone Support atau Zone Resistance.

Sebagai trader, kita jangan sesekali pasang HOPE supaya price itu BREAKS atau RESPECT, tapi kita ingin WAJIB TUNGGU untuk melihat SAMA ADA price itu BREAKS atau RESPECT pada level2 itu.

Untuk 'seiring' dengan pro trader, maka kita wajib guna common law untuk mengenalpasti zone snr... Kita wajib mengguna hukum yang digunapakai oleh hampir majoriti trader.. Ini membantu kita untuk kenalpasti zone snr yang hampir tepat dan kita 'tunggu' di level untuk 'price reaction' yang memberi impak , dimana level ini juga sebenarnya diperhatikan oleh majoriti... Ilmu ini hanya boleh didapati dari pengalaman dan praktis...

Secara asas, kita wajib untuk belajar 'kenalpasti lokasi snr menggunakan common law' dan 'edge' kita ialah apabila kita faham situasi dan asas candlestick yang wujud pada pada level snr bagi melihat 'rejection' atau 'breaks' sebelum kita act bersesuaian dengan situasi yang berlaku di zone ini ...

Oleh itu, 'bersesuaian disini' bermaksud ia memberi kita kefahaman bahawa candlestick yang wujud di dalam 'perjalanan' mencari support atau resistance - tidak sama berbanding candlestick yang wujud di level snr, walaupun bentuk candlestick ialah sama...

Ini juga memberi kefahaman bahawa bentuk candlestick 'big candle' yang wujud di dalam 'perjalanan' mencari support atau resistance - adalah lebih bernilai berbanding crs...

Ini juga memberi kefahaman bahawa bentuk candlestick 'crs' yang wujud di level snr - adalah lebih bernilai berbanding 'big candle'...

Ini juga memberi kefahaman bahawa bentuk candlestik 'crs' di snr adalah petanda rejection dan bentuk candlestick 'big candle' di snr ialah petanda breakouts.

Ini memberi kefahaman kombinasi lokasi dan bentuk candlestick harus digabungkan pada waktu yang sama dan tidak boleh digunakan secara berasingan... .

Apa yang dimaksudkan dengan SnR wujud dalam pelbagai bentuk dan keadaan?

Dalam satu perjalanan ke puncak, price bergerak, kemudian terhalang dan membuat u-turn .. Titik u-turn dipuncak ini ialah new high dan boleh juga dikenali sebagai titik resistance.

Price membuat u-turn dari puncak, dalam perjalanan menurun ini, ia terhalang dari meneruskan perjalanan, dan sekali lagi price melakukan u-turn untuk ke puncak dan titik baru u-turn ialah titik higher low dan ia juga dikenali sebagai titik support. Apabila price membuat u-turn dari titik ini, maka kini kembali ke arah perjalanan asal mencari puncak... Untuk mencipta resistance yang baru, price wajib 'test' dan 'break' titik resistance yang lalu...

Perjalanan price untuk 'break' resistance ialah trend, manakala perjalanan price menentang arah ini ialah retrace/reversal...

Apa yang kita perlu faham ialah apabila kita melukis horizontal line, kita sebenarnya menggabungkan titik-titik u-turn sama ada support atau resistance.

Apabila kita melukis trendline, kita juga sebenarnya menggabungkan titik-titik u-turn support atau titik-titik u-turn resistance.

Gabungan trendline dan horizontal line ini membentuk Chart Pattern.

Apabila kita melukis Fibo, maka kita juga memilih titik-titik support dan resistance...

Maka tafsiran kita kepada chart bergantung kepada kemahiran kita mengenalpasti support dan resistance, atau titik-titik u-turn di dalam chart.

Kenalpasti titik u-turn , kemudian baru tarik trendline, horizontal line dan sebagainya.

Apabila kita melakukan analisa setiap chart setiap minggu, mulakan dengan kosongkan chart... Abaikan semua LINE yang dilukis pada minggu sebelumnya..

Ini homeWORK, lakukan setiap minggu SAMPAI MAHIR

Define cara nak lukis trendline, cari nak lukis horizontal line, dan cara guna tool asas... LAKUKAN ANALISA SETIAP MINGGU dan update setiap hari...

Praktis sampai LEBAM


  1. Mulakan setiap minggu dengan KosongKAN CHART...
  2. Zoom Out Maxima, Zoom in 2x
  3. Bermula dengan KANAN chart , kenalpasti Price SEMASA
  4. Kenalpasti titik u-turn, support dan resistance
  5. Lukis Trendline
  6. Lukis Horizontal Line
  7. Lukis BRN
  8. Perlu ker LUKIS FIBO...
  9. Wujud ker CHART PATTERN
  10. Kenalpasti LOKASI candlestick semasa
  11. Kenalpasti JENIS candlestick semasa
  12. Lakukan KESIMPULAN dari ANALISA
  13. Update ANALISA setiap hari sehingga hari JUMAAT.

Tips: Belajar bezakan antara ANALISA dan SETUP...

Disini, kita belajar cara analisa CHART, bukannya SETUP untuk ENTRI...

Bye

CS


Monday 1 January 2018

2018 - apa cerita tahun 2017

Assalamualaikum,

Ini adalah update tentang journey ciksaf dalam forex... 

Stress betul bila memikirkan sepanjang CS trade sehingga ke date ini, hasilnya cuma breakeven!!!

CariPIPS, BuatPIPS dan RePIPS... Cantikkan jika trading system yang kita buat dapat mengenal peluang untuk cariPIPS, kemudian ia mampu membuatPIPS yang konsisten dan seterusnya next step, kita hanya perlu repeat - RePIPS... Maka akaun kita 'sure' akan growth secara berkala...

Namun kenapa akaun CS hanya dapat 'breakeven'... ?

Teknik - rasanya amat jelas bahawa cs tak perlu belajar dari mat salleh di forexfactory, tak hebat mana pun teknik mereka... malah teknik dari org melayu kita seperti teknik Bro Master Khalid Hamid, Bro MrLan09 dan Bro Batus antara yang terhebat dan terbaik... Itulah sebab CS belum MC selepas menggunakan teknik2 ini ... Tak juga LOSS - akaun macam statik...

Dimana silapnya?

Kenapa breakEVEN? Bukan salah teknik... Mungkin sebab 'kurang' pengalaman... Hakikatnya CS tidak boleh 'buy' experience... CS juga tidak boleh 'fast track' experience.... Pratis.. Praktis... Praktis sampai lebam... itu yang perlu CS lakukan...

Hakikatnya, teknik sahaja tidak mampu untuk 'growth'kan akaun, money management dan disiplin untuk patuh kepada rule wajib seiring... wajib seiring, sepanjang perjalanan - jangan sesekali abaikan teknik, mm dan disiplin - ketiga2 ini wajib jalan serentak. 

Ada beberapa 'perkara' yang CS abaikan dalam perjalanan untuk mencari 'experience' ini disepanjang 2017...  

Rutin mingguan - CS abaikan untuk lakukan atau marking chart pada setiap minggu secara berkala.

Rutin harian - CS abaikan untuk lakukan jadual khas sebagai rutin harian, ini menyebabkan CS terpengaruh untuk membuat ad-hoc analysis.

Ini adalah cadangan rutin harian untuk 2018

1. Kenalpasti arah pergerakan semasa di Daily Chart...

Jam: 8.00 am - 2.00 pm (time ini, bila2 masa sahaja)

Buka MT4 - lakukan chart analisa di daily. Ingat hanya analisa, bukannya mencari setup. Ingat hanya di daily bukan di h4 atau time frame lain.

Kenapa daily - sebab kita ingin mencari jawapan kepada kemana arah pergerakan price 'hari ini'.. esok kita tunggu new candle close baru decide...

Kenapa bukan H4 - jika kita study H4 ini bermakna kita mencari jawapan arah price dalam masa 4 jam berikutnya...

Apa yang perlu dilakukan pada waktu ini...

Marking zone guna asas forex dan study candlestick terkini. PERIOD

Kesimpulan: Dari current price, price dijangka akan menuju ke .... dibuktikan oleh..... Oleh itu, hari ini CS decide untuk cari buy/sell setup sahaja.

CS perlu lakukan semua ini pada setiap pair yang CS monitor. PERIOD.

Jam: 2.00 - 11.00 pm (setiap kali H4 cs terbentuk sahaja, bukannya setiap jam)

Hakikatnya, chart kita sudah di marking dengan jelas...

Decision untuk buy/sell dimana pun sudah jelas...

CS hanya perlu tunggu BUKTI untuk ambil buy/sell... PERIOD.

Jika Daily DECIDE buy, cari Bear dimatikan di H4 dan tarik Fibo.

Jika Daily DECIDE sell, cari Bull dimatikan di H4 dan tarik Fibo

Wajib simpan gambar sebelum entry, dan selepas exit trade.

Wajib CALCULATE position size.

Wajib patuh LAW...

Jika ada position, wajib 'monitor trade' dan decide setiap kali H4 close

Sekian

Terima Kasih

CS