Wednesday 29 March 2017

Tips Dari CikSaf

Assalamualaikum,

Tips ini adalah untuk diri sendiri... Hanya untuk peringatan kepada diri sendiri agar termasuk dalam group 5 peratus yang success dalam trading...

Tips pertama ialah kepentingan tiga elemen utama dalam trading yang terdiri daripada 3 komponen penting iaitu 1) Teknik 2) Money management dan 3) Kekuatan mental

Ini adalah 3M yang sering disebut oleh profesional trader. Jika tidak silap CS, penggunaan 3M ini diperkenalkan oleh Elder Elexander melalui penulisannya dalam buku Trading for Living (boleh download free jika nak baca, boleh dapat dengan pakcik google). 3M adalah merujuk kepada Mind, Money, Method dan sememangnya 3M ialah  3 perkara yang wajib dikuasai oleh setiap trader. Ia perlu diamalkan serentak apabila berada didalam arena trading.

Perjalanan permulaan newbie sentiasa bermula dengan memberi 100 peratus tumpuan kepada teknik. Namun jika mahukan diri anda termasuk dalam 5 peratus trader yang success, wajib ingat bahawa success dalam trading masih jauh jika hanya fokus kepada mencari teknik... Ini kerana masih ada dua komponen yang mungkin jauh lebih penting berbanding dengan teknik.

Jika 'create' trading plan, ia akan jadi trading plan terbaik sekiranya dalam trading plan kita mempunyai ketiga-tiga elemen ini iaitu teknik dan pada masa yang sama 'cover' komponen mm dan mental... Semua elemen ini wajib dikuasai. No short cut...

Ini mungkin menjadikan kerjaya sebagai trader amat sukar jika tiada sifat disiplin, kerana sebagai trader - tiada siapa yang akan bantu, you can't ask for second opinion, you must decide as CEO dan CFO. Kita sendiri pilih 'barang' nak trade, kita sendiri 'monitor' barang, kita sendiri 'decide' nak bagi diskaun (jika loss), kita decide 'bila nak ambil untung' bila profit.. Bak kata, semuanya kita decide sendiri dari A to Z... No second opinion...Namun ia amat berbaloi kerana, apabila sudah mahir dengan 'ilmu' yang betul, analisa market sudah tidak sesusah mana...

Tidak terkejut walaupun Otai atau Newbie, tetapi mungkin masih masih fokus kepada mencari teknik... masih terkapar-kapar mencari teknik yang sesuai dengan jiwa... Dimana silapnya? sebab mencari 'sesuatu' yang can 'beat' the market...

Trust What You Know... Itu adalah satu falsafah yang CS guna sekarang.. Sememangnya di peringkat awal trading, majoriti termasuk CS hanya fokus kepada mencari teknik dan mengabaikan mm dan mental... Bak kata CS sendiri mencari teknik di carigold atau forexfactory, study satu thread ke satu thread... Salahkah? Tidak salah untuk study. Namun adakah berbaloi dengan time yang kita spend untuk study dengan income yang kita dapat sekarang hasil dari trading... Dan berbaloikan dengan 'confuse' yang muncul hasil dari semua 'ilmu' yang kaut dari 'forum'...

Kini CS sedar bahawa CS tamak untuk mencari ilmu tapi mengabaikan asas... Asas adalah segala-galanya... Apabila kita mendapat asas memandu, kemudian mendapat lesen memandu.. seterusnya bergantung kepada kita untuk 'drive' menggunakan ilmu asas.. Hari demi hari, kita semakin mahir hanya mengamalkan ilmu asas.. Ilmu asas dalam masakan ialah mengenal bahan... ramuan... kemudian praktis sehingga mahir... Kita perlu mahirkan diri dengan asas... Apa asas dalam FOREX?

Asas utama dalam forex ialah mencari 'trend pasaran semasa'... kita mencari trend pasaran semasa pada ketika ini dan kemudian mencari jawapan sama ada pada hari ini, trend pasaran akan berterusan atau sudah tamat... Tips dari masta ini amat hebat... Jika nak baca click sini

Mencari teknik holy grail secara asasnya bermakna cuba mencari teknik tanpa loss, macam teknik mrlan09... Namun satu perkara penting yang CS belajar ialah 'study' adalah sekadar mencari atau mengenal bentuk 'ilmu'.. Namun ilmu itu tidak akan manfaat selagi tidak diamalkan... Hijab ilmy akan terserlah hanya selepas diamalkan.. Inilah dikatakan 'ahaa'... Hasil 'ilmu' ialah bukan daripada 'study', tapi dari amalan yang diamalkan dari ilmu yang di 'study'...

Jika study ilmu 'diet dan senaman', adakah status 'obese' akan hilang.. Obviously jawapannya TIDAK walaupun menuntut selama 10 tahun atau sehingga PHD. Namun status 'obese' akan hilang sekiranya ilmu 'diet dan senaman' diamalkan dalam kehidupan harian. Lakukan pemakanan yang sihat, senaman 30 minit 5 kali seminggu, walaupun hanya menggunakan ilmu asas tanpa perlu menuntut sehingga PHD, pastinya status 'obese' akan hilang.

Jika ilmu yang diperolehi tidak diamalkan atau dipraktis... Belum sempat faham 'dah' tukar teknik baru... Maka sekadar dinamakan 'orang' berilmu... Tapi tanpa amalan dari ilmu itu, usaha untuk green pips masih jauh.. CS yakin setiap 'ilmu trading' ialah 'edge', tanpa praktis, maka kita tidak sempat buktikan bahawa ilmu itu ada 'edge', walaupun ia hanya asas..   .

Mulai sekarang CS dah decide untuk tidak lagi mencari teknik baru. Why? Alasan paling kukuh ialah, teknik yang CS gunakan sekarang bukan sahaja sesuai dengan jiwa malah jadual harian CS pun terancang. Teknik yang CS gunakan berdasarkan strategy set and forget amat membantu. Sehingga kini belum ada lagi 'bad loss' dan yang paling CS happy ialah, equity akaun pun meningkat sedikit demi sedikit...

Ada beberapa faktor yang menyebabkan CS dapat rasakan bahawa CS tidak akan mencari atau bertukar teknik BARU lagi..

Oppss terkini CS hanya fokus kepada 3 teknik, hakikatnya cuma dua sebab 2 teknik iaitu TRSR dan TFS ala Khalid Hamid hampir mempunyai persamaan dalam membuat analisa.

Terbaik terbaik, tentulah teknik abam batu-2 iaitu HHLL/Quasimodo... Dan teknik kedua terbaik ialah TRSR/TFS ala Khalid Hamid... Jika dikaji kepada ketiga2 teknik ini, ia hanya menggunakan asas dalam forex... Analisa dilakukan didalam chart berdasarkan reaksi price atau price action. Dan price action yang wujud di dalam chart adalah berdasarkan emosi buyer dan seller. Maka selagi ada buyer dan seller di dalam market, ia akan berulang-ulang dan terus berulang. Tugas CS ialah sabar menunggu ia berulang...

1) Teknik HHLL merujuk kepada SNR dan SND yang sentiasa akan wujud selagi ada buyer dan seller 2) Teknik TRSR/TFS pula merujuk kepada penggunaan tool asas teknikal yang sudah wujud sebelum CS dilahirkan dan ia juga wujud disebabkan oleh kehadiran buyer dan seller..

Dalam market cuma ada buyer dan seller... Buyer dan seller membentuk pattern yang berlaku berulang-ulang... CS hanya perlu mengenalpasti pattern itu dan sekiranya ia berulang, itu ialah tempat dimana CS akan cari entri.. Namun sekiranya pattern itu berulang dan disebabkan oleh 'sesuatu' market bertindak di luar kawalan, maka Stop Loss yang CS letak awal-awal ialah penghalang untuk berlakunya 'bad loss'. 

Mulai sekarang, semua entry CS ialah sama ada 'limit order' atau 'stop order'.. Desicion dibuat apabila 'candle' close, ia membantu CS agar tidak kelam-kelibut untuk melihat market 24 jam. Paling best ialah HHLL/Quasimodo/ TRSR/TFS ala Khalid Hamid - pattern untuk entry wujud apabila 'price' close dlm TF yang dilihat...

Mungkin akan ada yang akan argue tentang keburukan 'limit order' atau 'stop order' entry, biarlah mereka dengan pandangan mereka, ini kerana apa yang CS lakukan ialah 'patuh kepada trading plan' dan setiap hari CS akan membasuh minda CS untuk percaya sekiranya CS lakukan 'market order', ia bermakna entry itu didorong oleh 'greed' atau 'fear', manakala entry yang dilakukan oleh 'limit order' atau 'stop order' adalah berdasarkan ilmu asas forex dengan melakukan analisa 'buyer dan seller' dalam market. Ini cara CS trade sekarang..

Next TIPS - So CS akan hentikan mencari NEW METHOD... SET and FORGET... Limit atau Stop Order.. No market Order...

Method yang CS guna sekarang sudah dikurangkan kepada 2 atau 3. Hakikatnya CS cuba untuk fokus kepada satu teknik tapi tak berdaya, maka sehingga N3 ini, teknik yang CS guna ialah

1. Teknik Trading HHLL/Quasimodo by abang batu-batu.
2. Ilmu Abang  Khalid Hamid - trade guna CS, CRS, SNR
3. Teknik TRSR by mrLan09.
4. Teknik CBF
5. Teknik PC-IRN

Ilmu percuma teknik HHLL/Quasimodo dan teknik mrLan09, CS dapat dari carigold.com... Jika berminat boleh study di sana.. Cuma ilmu percuma teknik TFS, CS dapat dari pelbagai sumber. So disini CS nak huraikan sedikit tentang ilmu abang khalid hamid...  CS dah lama dengar teknik TFS Khalid Hamid... cuma CS mula berminat selepas tonton sharp entry teknik TFS dalam youtube.. Itu pun disebabkan CS google untuk mencari maklumat tentang apa yang dimaksudkan dengan trend pasaran semasa iaitu komponen penting dalam teknik TRSR... Dan itulah titik permulaan CS study teknik TFS yang diberikan secara percuma oleh pakcik google...

Teknik HHLL adalah teknik terbaik yang CS jumpa. Berbanding dengan TFS/TRSR, CS tidak perlu pening kepala untuk mencari TREND, CRS, TRENDLINE...  Untuk teknik HHLL, CS hanya perlu fokus kepada Hi/Lo.. CS perlu rajin lukis dalam chart dan mencari zone SND... CS hanya fokus pada pembentukan Hi/Lo yang obvious... Kemudian calculate mm, set and forget... Bagi CS, teknik HHLL boleh digunakan untuk Scalping, Swing Trade atau Position Trade dan ia bergantung kepada TF... Thanks abam batu, CS masih lagi cuba praktis 'touch' trade dan sedang dalam proses bertukar kepada ECN broker.

Secara peribadi, CS dapat rasakan Teknik TRSR dan TFS mempunyai persamaan dalam proses untuk mencari trend pasaran utama... Perbezaannya hanya kepada cara befikir di entry TF (M30 atau H4)...

CS belum miliki ebook atau attend workshop abang Khalid Hamid, walau pun ada niat untuk attend one day seminar oleh abang Khalid.

Memandangkan CS memahami teknik TFS dengan mendapat ilmu abang Khalid Hamid secara percuma dari pelbagai sumber termasuk preview ebook, blog dan youtube. Thanks Bro Khalid. Maka pendapat CS mungkin bercanggah berbanding peminat tegar TFS.

Jalan yang mudah untuk belajar teknik TFS ialah dengan membeli package ebook dan video TFS atau attend workshop yang dianjurkan oleh abang Khalid Hamid. 

Tapi CS memilih jalan susah. Jalan berliku dan bengkang bengkok. Ini adalah jalan yang Abang Khalid kiaskan sebagai JALAN TANPA TOL. Perjalanannya mungkin sukar dan mengambil masa lebih lama berbanding dengan menggunakan JALAN BER TOL (LEBUH RAYA).  

CS mencari ilmu percuma yang disampaikan oleh abang Khalid atau pengamal teknik TFS yang boleh dijumpai secara direct atau indirect yang boleh dicapai dalam bentuk blog, facebook, image, youtube, forum etc... Thanks pakcik Google.

Oleh itu perlu diingatkan disini, apa yang CS coretkan dalam N3 ini yang berkaitan TFS ialah 100 peratus pemahaman CS berdasarkan maklumat ilmu percuma, dan mungkin ia berbeza berbanding mereka yang berguru dengan Abang Khalid.

Semua maklumat dalam N3 ini adalah pendapat peribadi berdasarkan pemahaman CS selepas study sendiri dua teknik iaitu TRSR dan TFS. Ia mungkin bercanggah dengan konsep asas teknik sebenar TFS atau TRSR.

CS tidak pernah berguru secara 'talaqi' dengan abang khalid atau mrlan09...

Hasil study sendiri, secara peribadi CS simpulkan, teknik TRSR dan ilmu yang disampaikan oleh Abang Khalid Hamid hampir mempunyai persamaan. 

Asas yang perlu dikuasai dalam teknik TFS ialah mengenal TREND PASARAN SEMASA. Dan untuk kuasai teknik TRSR juga memerlukan ilmu untuk mengenal TREND PASARAN SEMASA. Dan tips paling penting ialah DAILY CHART... Hanya percaya dengan Daily Chart... Mungkin ramai yang terlepas pandang dengan TIPS ini, tetapi bagi CS ini adalah 'point' paling penting untuk teknik TRSR dan teknik TFS... Jika nak faham cara penggunaan daily, sila study article ini

M30 hanya TF untuk mencari entry dalam teknik TRSR, dan H4 hanyalah TF untuk mencari entry dalam TFS... Perlu ubah mindset apabila berada di Trading TF... Mindset di Daily ialah mencari Trend Pasaran Semasa menggunakan asas FOREX dan mindset di trading tf ialah entry ikut arah trend pasaran semasa... Ulang seribu kali dan anda akan faham apa yang CS cuba maksudkan..

90 peratus analisa dilakukan di daily chart untuk mencari Trend Pasaran, 10 peratus analisa dilakukan di trading TF untuk mencari sharp entry...

Asas utama teknik TRSR yang perlu dikuasai ialah pemahaman TREND, REVERSAL, RETRACE dan Support and Resistance (SNR).

Asas utama teknik TFS ialah pemahaman tentang SNR, CRS, Trendline, Chart Pattern, BRN dan Fibo...

CS study sendiri tentang apa yang dimaksudkan dengan SNR, CRS, Trendline, Chart Pattern, BRN dan Fibo.  Untuk pastikan proses analisa ini boleh diulang, maka setiap istilah mesti diberi definisi dengan tepat.
  1. Dalam kes ini, CS hanya menggunakan close price apabila draw trendline... 
  2. CS akan memilih titik yang sesuai dalam mencari Horizontal SNR. 
  3. CS hanya fokus kepada beberapa jenis CRS dan beberapa jenis Chart Patterns. 
  4. Chart Patterns/Trendline/SNR di Daily bukan untuk mencari entry. 
  5. Ini bermakna jika wujud Ascending Triangle, maka CS bukannya mencari entry berdasarkan pattern Ascending Triangle, tapi Ascending Triangle, jika breaks, ia memberi tahu arah trend semasa daily..
  6. CS hanya lukis fibo jika memenuhi criteria yang CS define dalam chart. 
  7. Semua faktor ini penting memandangkan sekiranya definisi yang digunakan subjektif, maka hasilnya juga adalah subjektif...Maka ia tidak menghasilkan sifat yang boleh berulang..
Tips: 
Jika trend pasaran ialah uptrend - maka wajib lukis fibo untuk ambil peluang entry BUY. 

Ini adalah asas utama untuk menguasai TRSR dan TFS...  

Untuk obsess dengan teknik yang cs gunakan, maka setiap hari CS  coretkan falsafah trading dalam satu buku nota berdasarkan TRSR, TFS dan HHLL. Ia hanyalah untuk menanam minda CS untuk obsess dan percaya dengan tiga teknik ini..

Jika ada kelapangan, CS akan study nota ini semula. Nota ini mencatatkan falsafah, cara mengenal trend pasaran, apa itu SNR, bagaimana melukis Trendline, apakah CRS utama, BRN, Chart Patterns dan pelbagai tips dan mantra... Jika ada time free, CS akan coretkan semula ilmu-ilmu ini dalam bentuk nota menggunakan ayat sendiri dalam buku nota berasingan untuk memastikan CS faham dengan semua asas ini.. CS ingin obsess dengan trading method, money management dan pada waktu yang sama menanam minda untuk percaya dengan apa yang CS tuliskan dalam nota. Inilah falsafah baru yang CS cuba tanam dalam minda CS iaitu

Trust What You Know

Setiap hari CS study daily chart untuk mengenalpasti arah trend pasaran semasa sebelum decide entry untuk TRSR dan TFS... Setiap hari CS study chart untuk mencari HHLL...

CS hanya amalkan TRSR dalam GU hanya disebabkan Mrlan09 juga mengamalkan dalam GU, dan CS abaikan GJ, sebab pergerakan GJ tidak sesuai dengan jiwa CS..

CS amalkan teknik TFS ala Khalid Hamid hanya dalam MAJORS PAIR sebab itu adalah tips dari Abang Khalid Hamid...

CS amalkan HHLL/Quasimodo dalam pairs yang diamalkan oleh abam BATU-BATU... Jika ada kelapangan CS study semula CHART yang abam batu-batu pernah trade, ia tersusun kemas dalam bentuk power point.

CS lakukan ini sebab CS trade bukan sebab nak tunjuk HEBAT, CS lakukan ini sebab untuk dapat PROFIT...

CS mungkin tidak berbakat untuk lakukan R&D... Apa yang perlu CS lakukan sekarang ialah RESEARCH and COPY...  Ini memandangkan Abam Khalid, Abam Batu-batu dan MrLan09 telah tolong melakukan RESEARCH and DEVELOPMENT... 

Terima Kasih Abam Batu-Batu, Terima Kasih Abang Khalid Hamid dan Terima Kasih MrLan09.

CS hanya akan repeat 'proses trading ini' untuk April 2017 dan seterusnya..  Doakan CS berjaya..

Ingat knowledge sahaja tidak akan membantu anda profit dalam trading, yang penting ialah apa yang anda amalkan berdasarkan knowledge sedia ada..

Knowledge sahaja tidak cukup untuk menguruskan 'badan' anda.. Anda perlu amalkan 'diet dan senaman'. Jika sekadar tahu 'diet dan senaman' tidak membantu.. Praktikal yang penting.. Walaupun ia basic dan simple iaitu diet dan senaman... tanpa praktikal, 'badan' anda tetap berstatus 'obese'... 

Jangan expect dapat result esok atau lusa disebabkan 'study' ilmu semalam... Kerana pengalaman hanya dapat dikongsi, namun 'pengalaman' yang dialami tidak sama dengan pengalam yang dikongsi... Untuk alami pengalaman, maka perlu praktis di MT4 dan bukannya bertanya pakcik google... Dalam perjalanan praktis di MT4, catatkan emosi, do and don't... maka anda akan jumpa 'hasil' yang anda cari..

Sekian Terima Kasih (Update pada 1 april 2017)