Thursday 11 August 2016

Pilih Time Frames

Pemilihan time frames untuk trading memang satu elemen yang di pandang remeh oleh ramai trader. Tapi selepas di fikir dengan masak-masak, jika time frame dipilih tidak serasi dengan jiwa, maka akan menyebabkan akaun sakit.

Time frames mesti kena serasi dengan jiwa. Jiwa orang bekerja waktu pejabat dimana habis kerja pulak jam 5.00 ptg dan mungkin sampai rumah sudah habis waktu asar. Jika dipilih untuk lihat trading terminal setiap jam, kerja terganggu dan jiwa juga terganggu. Oleh itu pilihan terbaik ialah paling minima h4. mudah untuk check trading terminal setiap 4 jam berbanding setiap 15 minit.

Jika berdepan dengan trading terminal setiap jam, kekadang tergatal tangan dan membuat ad hoc analysis, flip semua time frames - nah ini juga punca akaun boleh sakit.

Jika masih berminat dengan time frame h1 kebawah, mesti.... mesti.. mestilah pada waktu malam sahaja.  Ingat pada waktu malam sahaja. Semasa U.S Session. Period.

Jiwa juga mungkin tidak serasi dengan weekly, lama sangat menunggu..  malah stop loss juga besar mungkin mencecah ratusan pips. Ia juga membuat jiwa tidak tenteram terutama apabila price asyik hit stop loss.

Pemilihan time frames mampu mengawal minda agar tenteram semasa trading... Strategi atau setup bukan satu-satunya faktor yang penting untuk success dalam trading, malah pengiraan position size, trade dan risk management juga merupakan elemen yang penting untuk success.

So final decision: 

Daily chart adalah Boss. 
  1. Trend Direction di daily penting. 
  2. Support dan Resistance yang muncul dari analisa di daily pun penting.

H4 merupakan tempat kerja utama. 
  1. Trend di H4 lebih penting dari di Daily. 
  2. Cuma support dan resistance di daily lebih penting dari h4 --> sebab sebagai pekerja Daily, h4 hanya akan ikut arahan. 
  3. Oleh sebab itu, jika direction h4 searah dengan Daily --> tp mungkin lebih besar dari biasa.
Note: Jika berminat dengan dengan tf h1 (intraday trading - scalping), maka hanya diwaktu malam semasa u.s session.
 

Tuesday 2 August 2016

Kenalpasti Trading Edge Dalam Trading Untuk Kunci Kejayaan

Trading Edge adalah satu teknik atau pendekatan yang dapat menguntungkan trader berbanding market player yang lain. Justeru itu Trading Edge merupakan elemen yang penting yang boleh menjadi kunci kejayaan kepada CikSaf dalam Trading Forex.

Rumit ker untuk kenalpasti Trading Edge? Tepuk dada dan tanya diri sendiri..

Kemungkinan hasil Trading ialah:-
  1. Price samada akan Naik atau Turun
  2. Entry samada Buy atau Sell
  3. Profit samada Untung atau Rugi
Ini adalah outcome trading CikSaf. Berbanding dengan magnum 3D, trading memberi outcome 50:50. Umpama kita flip coin, hasil flip samada bunga atau kepala. Dengan mengenalpasti Trading Edge, maka niat murni kita ialah untuk mengubah nisbah ini. Kita ingin 'fine tune' supaya nisbah analisa yang memihak kepada kita mencapai 50 % dan ke atas.

Trading Edge mesti bermula dengan 'something' yang kita sebagai trader boleh control. Maka elemen penting dalam mencari Trading Edge berkait rapat dengan :
  1. Penentuan Risk Reward Ratio Dalam Setiap Trade
  2. Peratus Win Rate
Penentuan R:R Ratio

RR amat berkait rapat dengan money management, position size, stop loss dan target profit. Tanpa mengenalpasti stop loss, maka kita tidak dapat tentukan position size. Jika kita menentukan RR kurang dari 1:1, maka trading sistem mesti mempunyai win rate yang tinggi untuk dapat keuntungan.

Peratus Win Rate

Disinilah pentingnya Trading System atau Trading Strategy yang digunakan. Jika kita dapat meningkatkan peratus win rate melebihi 50%. Maka jumlah win rate tidak semestinya perlu sama dengan jumlah loss rate untuk menjadi SuccessFul Trader.

Jika win rate kita melebihi 51 %. Kadar R:R ialah 1:1.

Contohnya: SL 50 Pips. TP 50 Pips.
Dalam 10 trade, jika 4 trade hit SL dan 6 trade hit TP

4 x 50 = 200
6 x 50 = 300
Selepas 10 trade: Positive 100 pips

Jika win rate kita melebihi 51 %. Kadar R:R iaitu 1:2

Contohnya: SL 50 Pips. TP 100 Pip.
Dalam 10 trade, jika 4 trade hit SL dan 6 trade hit TP

4 x 50 = 200
6 x 100 = 600
Selepas 10 trade: Positive 400 Pips

Jika kita fokus pada mencari trading system yang memberi win rate melebihi 51 %. Ia sudah mampu memberi keuntungan. Namun jika Trading Edge kita menitik beratkan Trading System dan RR; maka keuntungan akan berganda.

Trading Edge merupakan elemen yang penting untuk dipelajari jika ingin menjadi Forex Trader yang berjaya. Jika CikSaf mempunyai trading sistem dimana win rate melebihi 51 % dan seterusnya menggunakan R:R dengan bijak, maka dalam jangka masa panjang anda merupakan SuccessFul Trade.