Tuesday 2 August 2016

Kenalpasti Trading Edge Dalam Trading Untuk Kunci Kejayaan

Trading Edge adalah satu teknik atau pendekatan yang dapat menguntungkan trader berbanding market player yang lain. Justeru itu Trading Edge merupakan elemen yang penting yang boleh menjadi kunci kejayaan kepada CikSaf dalam Trading Forex.

Rumit ker untuk kenalpasti Trading Edge? Tepuk dada dan tanya diri sendiri..

Kemungkinan hasil Trading ialah:-
  1. Price samada akan Naik atau Turun
  2. Entry samada Buy atau Sell
  3. Profit samada Untung atau Rugi
Ini adalah outcome trading CikSaf. Berbanding dengan magnum 3D, trading memberi outcome 50:50. Umpama kita flip coin, hasil flip samada bunga atau kepala. Dengan mengenalpasti Trading Edge, maka niat murni kita ialah untuk mengubah nisbah ini. Kita ingin 'fine tune' supaya nisbah analisa yang memihak kepada kita mencapai 50 % dan ke atas.

Trading Edge mesti bermula dengan 'something' yang kita sebagai trader boleh control. Maka elemen penting dalam mencari Trading Edge berkait rapat dengan :
  1. Penentuan Risk Reward Ratio Dalam Setiap Trade
  2. Peratus Win Rate
Penentuan R:R Ratio

RR amat berkait rapat dengan money management, position size, stop loss dan target profit. Tanpa mengenalpasti stop loss, maka kita tidak dapat tentukan position size. Jika kita menentukan RR kurang dari 1:1, maka trading sistem mesti mempunyai win rate yang tinggi untuk dapat keuntungan.

Peratus Win Rate

Disinilah pentingnya Trading System atau Trading Strategy yang digunakan. Jika kita dapat meningkatkan peratus win rate melebihi 50%. Maka jumlah win rate tidak semestinya perlu sama dengan jumlah loss rate untuk menjadi SuccessFul Trader.

Jika win rate kita melebihi 51 %. Kadar R:R ialah 1:1.

Contohnya: SL 50 Pips. TP 50 Pips.
Dalam 10 trade, jika 4 trade hit SL dan 6 trade hit TP

4 x 50 = 200
6 x 50 = 300
Selepas 10 trade: Positive 100 pips

Jika win rate kita melebihi 51 %. Kadar R:R iaitu 1:2

Contohnya: SL 50 Pips. TP 100 Pip.
Dalam 10 trade, jika 4 trade hit SL dan 6 trade hit TP

4 x 50 = 200
6 x 100 = 600
Selepas 10 trade: Positive 400 Pips

Jika kita fokus pada mencari trading system yang memberi win rate melebihi 51 %. Ia sudah mampu memberi keuntungan. Namun jika Trading Edge kita menitik beratkan Trading System dan RR; maka keuntungan akan berganda.

Trading Edge merupakan elemen yang penting untuk dipelajari jika ingin menjadi Forex Trader yang berjaya. Jika CikSaf mempunyai trading sistem dimana win rate melebihi 51 % dan seterusnya menggunakan R:R dengan bijak, maka dalam jangka masa panjang anda merupakan SuccessFul Trade.

No comments:

Post a Comment