Friday 1 July 2016

Trading Setup CikSaf

Apa yang CikSaf fikirkan...?

Trading setup yang serasi dengan jiwa ciksaf semestinya mempunyai dua ciri iaitu:
  1. Jiwa tenang jika price hit stop loss.
  2. Jiwa tenang jika price hit tp.
Jiwa tenang apabila price hit stop loss sekiranya itu ialah 'loss' yang kita willling to lose. Dalam erti kata lain, jumlah $ yang kita decide sebelum masuk trade adalah jumlah $ yang selesa untuk lose. Ini juga menyebabkan ciksaf tak adjust stop loss hanya semata-mata price bergerak ke arah stop loss selepas masuk trade.

So perkara pertama yang perlu diselesaikan sebelum masuk trade ialah decide jumlah $ yang ciksaf sanggup loss. Cthnya: sanggup rugi USD10 pada setiap trade.

Oleh itu perkara utama yang perlu dikenalpasti sebelum masuk trade pada mana-mana trading setup ialah mencari lokasi untuk letak stop loss. Hanya terdapat dua jenis lokasi stop loss iaitu:
  1. Jika buy at support - stop loss mestilah dibawah daripada support level tersebut.
  2. Jika sell at resistance - stop loss mestilah diatas daripada resistance level tersebut.
Jika entry adalah berdasarkan :
  1. Price action setup seperti crs - pin bar reversal, outside bar atau engulfing bar - maka stop loss adalah berdasarkan price action setup yang ditemui di support atau resistance.
  2. Entry berdasarkan kekuatan S&R level - maka stop loss ialah beberapa pips diatas atau dibawah S&R level yang ditemui. 
  3. Entry berdasarkan breakout - maka stop loss terbaik ialah last swing high atau last swing low.
Daripada point entry ini, kita kenalpasti 'stop loss' range untuk mendapatkan position size yang sesuai sebelum kita decide berapa lot untuk masuk trade.

Nota:
Scalper merujuk kepada trading setup muncul di tf 5M, 15M dan 1Hr. Intraday trading.
Swing Trade merujuk kepada trading setup muncul di h4.

No comments:

Post a Comment