Monday 27 June 2016

Trading Strategi CikSaf

Ini yang sedang ciksaf fikirkan..

Trading Strategi mesti serasi dengan jiwa.. Jiwa tenang untuk trade. Jiwa tenang semasa review chart.

Jiwa tenang jika hit tp.. Jiwa tenang walaupun hit stop loss.

Strategi yang ciksaf guna semasa trading berkisarkan kepada asas utama trading iaitu :
  1. Trade with Trend - masuk trade ikut arah trend semasa. Jika arah trend semasa menuju puncak, ciksaf buy aja. Jika arah trend menurun, maka ciksaf sell aja. 
  2. Buy at support.
  3. Sell at resistance.
Itu tiga perkara asas logik dalam trading pada pemikiran asas. Kita nak buat business, kalau nak untung kena buy pada harga rendah, tapi sell pada harga rendah dan mesti mengikut arah pasaran semasa. Jangan pulau ikut trend yang dah lapuk.

Asas seterusnya, ciksaf perlu tekankan mengenai keadaan market yang perlu kita faham. Sesungguhnya pada waktu dan ketika, pasaran market cuma berada dalam keadaan:
  1. Trending - bergerak searah.. Samada sedang menurun atau sedang menaik.
  2. Ranging - bergerak sideways.
Dan tiada diantaranya..

Kesimpulan:
  • Trade with trend iaitu samada semasa market uptrend atau semasa market downtrend.
  • No trade atau stay out sekiranya trend sideways.
  • Entry semasa Uptrend hanya semasa price membuat retracement @ pullback ke support level.
  • Entry semasa Downtrend hanya semasa price membuat retracement @ pullback ke resistance level.
  • No trade atau stay out sama penting dengan stay in.


No comments:

Post a Comment