Friday 24 June 2016

Siapa Margin Siapa Leverage

CikSaf belajar terminologi hari ini.. Iaitu Leverage & Margin

Leverage
Leverage merujuk kepada pinjaman yang diberikan oleh Broker kepada Trader sehingga dana yang dimiliki oleh trader mempunyai daya beli yang lebih besar.

Ratio ditulis dalam bentuk nisbah seperti 1:1, 1:100, 1:500 dan sebagainya. Ini bermakna jika dana trader $100 dan menggunakan leverage 1:100, maka $100 tersebut mempunyai kekuatan 100 kali ganda iaitu bersamaan dengan $10000.

Transaksi forex diukur dalam bentuk Lot. 1 Lot bernilai $100,000. Oleh itu dengan wujudnya leverage dari Broker, trader tidak perlu menyediakan dana sebanyak $100,000, tetapi sekadar beberapa peratus dan bergantung kepada leverage yang digunakan.

Margin

Margin ialah wang jaminan yang ditahan oleh broker secara sementara semasa trade. Dana ini dikembalikan apabila trade ditutup.

Sekiranya CikSaf guna leverage 1:100, jika CikSaf memerlukan transaksi $1000, CikSaf cuma perlu sediakan 1 peratus sebagai wang jaminan iaitu $10. Sekiranya CikSaf dapat menyediakan wang jaminan ini, maka CikSaf, broker membenarkan CikSaf melakukan transaksi sebesar $1000.

Contohnya:

CikSaf buka akaun dengan modal dana $500. CikSaf pilih broker yang memberi leverage 1:100. Jika CikSaf ingin membeli 1 mini lot ($10,000). Maka modal dana yang diambil oleh broker sebanyak $100 (1% x 10,000) dan bakinya $400 tetap berada dalam akaun untuk menahan loss. Pada saat trade dah close, maka margin $100 itu akan dikembalikan ke dalam akaun CikSaf.

Kesimpulan:

Leverage memberi ruang untuk CikSaf trade menggunakan modal yang kecil dan mampu menjana keuntungan yang lebih besar.

Credit kepada ForexBagus

Thanks for Info

No comments:

Post a Comment