Saturday 25 June 2016

Analisa Forex Secara Teknikal

Asas untuk analisa forex market ialah samada menggunakan Fundamental ataupun Teknikal. Tapi ramai juga forex forumer mengistilahkan fundamental sebagai funny-mental. CikSaf secara adalah technical trader. 

High impact news seperti 'statement' dari BOJ, BOE, FOMC membuatkan price bergerak dengan laju. Terlalu tinggi volatility, tak sesuai dengan jiwa CikSaf.

Analisa teknikal yang serasi dengan jiwa CikSaf melibatkan tiga asas yang penting iaitu:
  1. Analisa mengenalpasti Trend Semasa (akan dikupas dalam N3 lain)
  2. Analisa mencari Level
  3. Analisa menanti 'Trigger' untuk masuk trade.
Jika kita tanya dimana nak trade? Maka kita perlu mencari Level

Level yang dimaksudkan ialah merujuk kepada paras support dan resistance (s&r) yang significant, strong dan terkini. Pada level ini price akan bertindakbalas samada memantul (bounce), berhenti (sideways) atau pun menembusi (breakout) level itu.

Jika kita bertanya bila nak masuk trade? Maka kita perlu menanti 'Trigger'. 

Trigger ialah timing untuk entry. Terdapat pelbagai kaedah yang boleh digunakan sebagai 'Trigger' cthnya apabila munculnya Candlestick Reversal Signal.

Semua elemen-elemen ini perlu digabungkan untuk menghasilkan setup yang dikatakan memiliki Trading Edge yang dapat menghasilkan win rate melebihi 50 %.



No comments:

Post a Comment