Wednesday 25 January 2017

Reversal... Reversal.. and Reversal...

Assalamualaikum...

Apa yang dimaksudkan dengan reversal? Bagaimana hendak mengenal reversal? Bagaimana nak tahu bahawa hari ini price akan membuat satu hari reversal atau berhari-hari reversal? Pening CS apabila cuba nak selesaikan puzzle ini...

Itulah soalan yang selalu bermain di fikiran. 

Ada satu lagi persoalan yang perlu jelas dimata ialah perbezaan antara retrace dan reversal..

Setiap perbezaan ini perlu jelas dimata, maka akan mudah untuk nampak dalam chart. CS akan  cuba merungkai masalah ini, sehingga terang lagi bersuluh.

Apa yang dimaksudkan dengan retrace? 

Definisi retrace dalam teksbook hanya panduan, so bagi CS retrace ialah pembalikan price bersifat sementara.. tidak kekal... tidak akan mengubah trend long term...

Ini bermakna, retrace bukanlah arah tuju price sebenar, jika price sekadar retrace, ini bermakna arah tuju price atau trend adalah arah bertentang dengan arah retrace... confius? CS pun pening jugak..

Jika kita mengambil definisi retrace sebagai pembalikan price bersifat sementara.. tidak kekal... tidak mengubah long term view trend... maka tujuan utama price retrace ialah 1) pro trade ambil profit, 2) penakut dan panik trader cuba chase the price...

Jika retrace adalah sekadar pro trader sekadar ambil profit, penakut dan panik trader chase the price... Oleh itu bila kita akan katakan bahawa ini bukan retrace tapi reversal iaitu price sememang ingin bertukar arah.

Apa yang dimaksudkan dengan reversal?

Reversal juga pembalikan price dari arah trend semasa, cuma, reversal mengambil masa yang lama untuk berubah.. mungkin berhari-hari...

Kenapa mengambil masa untuk berubah? Ini kerana reversal berlaku apabila berlaku kemasukan buyer atau kemasukan seller yang baru. Kemasukan buyer atau seller baru memberi persepsi yang berbeza berbanding trader sedia ada... Persepsi mungkin disebabkan oleh speech by Donald Trump atau fundamental views atau sebagainya... Persepsi itu mengambil masa yang lebih lama atau berhari-hari... dan jika kekal, maka berlaku pertukaran trend...

Dalam forex, volume tak jelas... So buat masa sekarang, jika price sekadar retrace, tiada kemasukan buyer atau seller baru... Jika ada kemasukan buyer atau seller baru, itu petanda reversal.. dan petanda awal reversal ialah apabila zone penting seller/buyer berjaya ditembusi oleh musuhnya. Oleh sebab itu, apabila berlaku breaks di snr zone, itu petanda kemasukan buyer/seller baru... Itu adalah petanda reversal..

Isu kedua, bagaimana hendak mengenal sama ada a) price retrace mengikut arah trend atau b) price retrace menentang arah trend? Apa kepentingan retrace mengikut arah trend dan retrace menentang arah trend? 

Berbalik kepada, apa makna reversal?

Reversal ialah pembalikan price bersifat sementara.. tapi lebih lama... 

Apakah petanda reversal?

Banyak betul persoalan yang belum terjawab...

Dalam Journey CS pada tahun 2017 Untuk Trade Dgn Cara Yang Betul... CS akan mulakan dengan kenalpasti definisi yang CS guna adalah berdasarkan malumat dalam CHART, bukannya definisi daripada talking TRADER...

Ada beberapa persoalan yang masih bermain di fikiran CS... masih kabur.. belum jelas.. ? definisi yang berkaitan dengan trend, reversal dan retrace, maka pandangan CS semasa menulis article ini mungkin akan berubah di masa hadapan, tapi buat masa sekarang, definis ini yang CS pegang...

Apa yang dimaksudkan dengan Trend?

Trend didefinisikan sebagai sequence of trend.. series of Higher High, Higher Lows.. atau Lower High, Lower Lows... tapi dimana kekurangannya apabila kita menggunakan definisi ini sebagai trend? Jika kita menggunakan definisi ini sebagai trend, maka Higher Lows dan Lower High ialah zone yang penting?

Apabila CS menggunakan definisi ini sebagai trend, dimana levels yang dikatakan retrace dan dimana levels yang dikatakan reversal? Retrace ialah apabila price membentuk Lower Highs atau Higher Lows... Reversal ialah apabila price breaks Lower Highs atau Lower Lows...

Alfonso di ff.com - SnD Trader, beliau fahami trend dalam bentuk SnD...

Uptrend = demand area being respected, supply areas are being taken out. Atau dalam ayat mudah, price tak berjaya tembus demand zone, tapi price berjaya breaks supply zone...

Apabila price membentuk higher high, ini bermakna, price bergerak dari demand zone dan menghapuskan supply zone.

Jika tarik trendline yang menyambungkan titik - titik demand zone, trendlines akan mencanak ke atas melepasi supply zone.

Downtrend = terbalik dari apa yang terjadi semasa uptrend...

Pembentukan Higher High menghapuskan supply, manakala pembentukan Lower low menghapuskan demand.

Jika demand dihapuskan, bila tarik trendlines yang menyambungkan titik-titik supply, maka trend menurun ke bawah = itu adalah downtrend.

Kebiasaanya, kita kenalpasti titik-titik higher highs, higher lows, lower highs, lower lows pada titik swing point, atau zone dimana price membuat u-turn, namun dalam snd, zone supply atau zone demand berdasarkan RBR/DBR/DBD/DBR...

Manakala kita hanya tarik trendline pada zone DBR atau RBD... Trendline tidak boleh ditarik pada RBR atau DBD...

So sekarang CS perlu decide, definisi yang mana CS akan gunakan untuk cari trend, standard atau SnD.

Jika CS guna S n D untuk cari trend, maka price dianggap dalam downtrend, apabila didalam chart price gagal tembus supply, sebaliknya sentiasa breaks demand zone. Dan price dianggap dalam uptrend apabila, kita lihat price gagal tembus demand, tetapi sentiasa breaks supply zone. Untuk lebih cun, jika tarik trendlines yang menyambungkan titik BASE, akan nampak jelas halatuju price.

Jika CS guna series of sequence, HH,HL, LH, LL, maka definisi trend berdasarkan sequence. Petanda reversal ialah apabila sequence breakouts.

Jika semak teknik trade CS, di sini, maka jelas isu trend,reversal,retrace melibatkan teknik TrSr, manakala teknik lain tidak memerlukan pengetahuan tentang trend.. Trade what you see, set and forget.

No comments:

Post a Comment