Tuesday 31 January 2017

Adakah ini cara terbaik untuk Draw Channel?

Assalamualaikum,

Ini update tentang trading CS, tak banyak beza seperti yang CS huraikan sebelum ini, walaupun minggu ini, banyak HIT SL daripada TP... 

Tiada perubahan dari segi methodology untuk teknik CBF dan teknik Quasimodo - set and forget. 

Bagi CS teknik CBF dan teknik Quasimodo paling best dari segi nak ikut rules, setiap angle iaitu entry, sl dan tp sudah ada definisi yang tersendiri, jika kena SL ialah sebahagian daripada trading games atau tuisyen fee, yang penting ikut rules.

Namun untuk teknik MrLan09, CS belum jumpa definisi yang sesuai untuk setiap angle. Bagaimana nak defined Trend/Reversal dan tools apa nak guna untuk cari S/R. Walaupun asasnya nampak mudah iaitu T/R dan S/R tapi, bila ia berada di arena trading, tak semudah yang disangka terutama apabila hilang fokus atau kosentrasi kerana 'gangguan minda' akan perubahan price pada setiap tick...

Teknik MrLan09 memang hebat, dan CS loss bukan disebabkan teknik. Bila CS tonton video Mrlan09, beliau yakin dengan entry, dan tak sama macam CS, sekejap BUY dan sekejap SELL.. 

Jika CS decide BUY dan kemudian decide SELL, maka secara asasnya, CS telah salah dalam membuat analisa T/R dan S/R... So ia bukan masalah dengan teknik, ia masalah dengan diri CS sendiri. Gangguan emosi apabila melihat pergerakan price tick demi tick, minda menjadi tidak fokus dan sepatutnya CS perlu tanya diri sendiri dimana T/R dan S/R... 

Jika CS selalu tanyakan diri dimana T/R dan dimana S/R, dengan izin Allah, maka CS boleh fokus dalam mengenalpasti T/R dan S/R, kemudian entry adalah berdasarkan rules T/R dan S/R...

Semoga hari ini lebih baik daripada semalam dalam mengenalpasti lokasi T/R dan S/R.. CS masih lagi menggunakan sen akaun untuk trade teknik CBF, Quasimodo dan TrSr..

Tips untuk hari ini - cara draw S/R pada Channel... Amal untuk bertanya di T/R Daily, Dimana S/R Daily, Dimana T/R M30 dan Dimana S/R M30 - semoga CS berjumpa dengan jawapan yang CS cari di dalam CHART... Ingat jangan cari jawapan di Google, cari jawapan di MT4...

Selepas seribu kali melihat RETRACE, dengan izin Allah, CS akan kenal pergerakan price yang dinamakan Retrace... 

Selepas seriba kali melihat Perfect Zone dimana Retrace Habis, dengan izin Allah, CS akan dapat segera kenalpasti apabila Situasi Itu Berlaku di Masa Hadapan...

Praktis - Praktis - Praktis

Cara Draw Channel - Berdasarkan apa yang berlaku semalam di GU, H4...

Apabila CS open indi Channel, akan ada 3 titik... Price sedang bergerak dari titik B ke perfect zone, CS tak pasti dimana akan berlaku Perfect Zone, tapi yang pasti perfect zone akan berlaku di Zone Support atau Flip Zone..

So untuk dapat confluence, CS tarik channel dan memandangkan, tiada 2 titik penting dibawah, maka CS perlu gunakan 2 titik di atas sebagai LINE UTAMA.. Titik A dan Titik B...

Line Kedua - Adalah paralel, maka apa yang perlu CS lakukan ialah cari satu titik paling outermost.. Maka kebetulan titik itu ialah titik dimana berlaku FLIP ZONE...

Price terjun dan reject LEVEL itu... Perfect Zone


No comments:

Post a Comment