Sunday 15 January 2017

Jangan Cari Di Google, Dapatkan Di MT4

Assalamualaikum, 

CS pernah terbaca satu buku, tapi malangnya dah tak ingat titlenya. Apapun dalam buku itu diceritakan tentang seorang profesor di universiti terkemuka di U.S. Dipendekkan cerita, dia memberi homework kepada studentnya, dia nak student dia hasilkan satu thesis tentang 'perangai ikan'. Dia bagi tempoh seminggu rasanya.

Selepas seminggu, semua student di summit thesis memasing. Tapi profesor dengan rasa gahnya, membuang semua 'thesis' student dia dalam bakul sampah.

Profesor itu dengan selamba badak cakap 'saya suruh korang buat thesis tentang perangai ikan'. Sepatutnya, you all nie, pergi kedai aquirium, beli seekor ikan, dan cuba rekodkan perangai ikan itu hasil daripada pemerhatian korang, bukannya pergi 'library' dan duplicate pemerhatian orang lain.

Banyak maklumat sudah kita tahu, banyak pro trader sudah mendedahkan asas trading. Terbaiknya, jika baca forum, siap tunjukkan bukti hasil lagi. Tapi, kita masih ingin mencari.. mencari.. mencari... entah apa yang dicari... padahal ilmu sudah dijelaskan...

Sepatutnya, dengan semua ilmu yang didedahkan, open MT4 - lakukan pemerhatian. Bukannya pemerhatian orang lain, tapi pemerhatian anda sendiri.

Apa yang dimaksudkan dengan trend? Apa yang dimaksudkan dengan Retrace? Apa yang dimaksudkan dengan Reversal? Dimana lokasi support? Dimana lokasi resistance? Apa kaitan higher time frame dgn small time frame?

Buat catatan dan rekod kepada setiap permerhatian. Di sini Allah akan bukakan hijab ilmu dimana pada ketika ini belakunya a-ha, patutlah.. yang memberi jawapan yang serabutkan akal fikiran selama ini.

Teks Book Hanya Guidelines...

Jangan cari di google, tapi dapatkan jawapan anda di MT4.

No comments:

Post a Comment