Tuesday 10 January 2017

10 Rules for Day Trader

Assalamualaikum

Ilmu yang bersarang di otak CS, apabila berdepan dengan PC akan terus tidak terurus dan tidak teratur. Ini mungkin disebabkan sifat tamak dan takut. Dan problem ini semakin serius apabila CS cuba trade method mrlan09 yg CS anggap sebagai Day Trade. So far - teknik swing trade yang CS praktis masih boleh dikawal minda.

Paling susah ialah bila kena CUT LOSS.

Untuk Day Trade, minda CS kena kuat. Semalam CS ter BUY GU dan UJ serentak. Kemudian baru terfikir bahawa CS dalam situasi Sell USD dan Buy USD. Alamak - logik ker? Dan terpaksa exit dengan Loss. Bila study semula CHART - masih ikut Cara Trade Yg Betul. Sepatutnya selagi CS ikut rule untuk Trade Cara Yg Betul, maka tiada sebab untuk exit, kecuali law cakap perlu exit. Semalam punya kes - sebab panik.

So semalam CS tanya pakcik google - law untuk Day Trade untuk Newbies.. CS jumpa article nie, dah lama ada dalam web, sejak 2011.

No 1 : Fokus kepada 3 E

E - Enter, E - Exit dan E - Escape.

Rule no 1: wajib ada entry price, ada exit price dan ada escape price jika berlaku worse case scenario. Dalam erti kata lain, selepas press jer entry, wajib tahu dimana nak exit dan tahu apa nak buat - escape- jika price doesn't make sense. Price tetiba jadi MABUK.

No 2 : Elak trading 15 Minit sebelum market open.

Law itu rasanya untuk stock. Day trade kena hati2 dengan high impact news. Disebabkan Day Trade CS cuma berkisar kepada GU, UJ dan GJ. Maka CS kena hati2 sebelum high impact news oleh GBP dan USD.

No 3 : Use Limit Order, Never Market Orders.

Memang CS setuju teramat dengan law ini - limit order. Jika price tak sudi terima deal offer price yg kita bagi - get lose. Deal atau No Deal. Period.

Limit order - maksudnya kita memang enter apabila price retrace - cuma kita tak sure samada price sudah habis retrace atau belum.

Market Order - petanda tamak. Trade small TF - jangan tamak. Bak kata orang tua, stop sebelum kenyang.

No 4 : CS abaikan dulu.

No 5 : Ada exit Plan. Ada selling PLAN.

Day Trade - entry same day, by right close at same day. Jika keep trade overnight - kita dah tak call as day trade. So bila dah masuk market, wajib tahu bila nak exit. 

Wajib ada exit plan - lokasi terbaik untuk exit ialah resistance atau support terdekat.

No 6 : Praktis paper TRADE.

Dalam kes ni, CS sedang praktis guna sen account. Guna Law yang sama, trade secara betul.

No 7:  Never acts on TIPS.

So CS hanya follow apa yang my chart telling me. period.

No 8: Cut Losses

Day trader, ada yang cakap tak letak stop loss. Tapi as Day Trader - wajib cut lose. Dimana nak cut loss - praktis untuk ambil loss bila trade dijangka takkan hit entry point.

No 9: Be willing to lose before win.

No 10: Keep Journal Semua Trades.

 

1 comment:

  1. Selamat Siang,
    saya sudah membaca blog anda, sangat mudah di pahami dan saya sangat tertarik untuk bekerja sama dengan anda, kami dari Forexmart menawarkan kerja sama affiliasi yang sangat menguntungkan untuk anda, jika anda berminat dan tertarik dengan penawaran ini bisa menghubungi email saya di hellokittykucing89@gmail.com dan saya akan memberikan informasi yang lebih lengkap mengenai penawaran kerjasama ini.
    Terima Kasih dan salam sukses untuk anda

    ReplyDelete