Monday 16 January 2017

Trade Tanpa Indicators - Perkara Perlu Ambil Perhatian

Assalamulaikum

Jika kita baca buku trading lama-lama samada local made atau overseas writer. Bila cerita bab trading jer, maka akan dikupas indicator satu persatu. Rasanya, senior trader seperti Martin Pring, Elder dan sebagainya, mereka berada pada zaman dimana data tak dapat digenerate seperti zaman sekarang. Bila CS study buku william o'neil, rasanya mereka hari2 marking price dalam diary. Daripada situ, mereka macam kita juga mula mencari holy grail dan seterusnya terciptalah indicator atas tujuan masing-masing.

Majority nama indicators berbalik kepada nama pencipta indicators. Sekarang, kita berada dizaman yang tak perlu rekodkan price, semua komputer tolong kirakan. Maka apa yang kita perlu sekarang ialah analisa data atau maklumat yang terdapat pada charts dan menggunakan semua information yang tersedia di chart dan seterusnya kita mencari apa yang kita mahukan. Sekiranya kita ingin mengenal trend, apakah caranya? Sekiranya kita ingin mengenal, SnR, bagaimana caranya? Dalam erti kata lain, trader yang berjaya di zaman sekarang ialah mereka yang pandai menterjemahkan chart kepada maklumat yang diperlukan untuk profits.

Oleh sebab itu, jika buka ajer trading textbooks, maka teramatlah banyak indicators yang dihuraikan.

Indicators - semua trader impikan 'holy grail indicators' dan termasuk pencipta indicators itu sendiri. Maka semua indicator berasaskan kepada formula matematik.

Dipermulaan journey, CS sendiri menggunakan indicators. Bila study forexfactory, majority cara trading berasaskan indicators. Kemudian selepas gagal, CS study price actions. Price actions memang bagus, cuma ia tak sesuai dengan jiwa CS yang tak pandai 'exit' bila dah profits.

Asasnya indicators adalah satu sign untuk ambil trade dengan yakin - secara teori walaupun secara hakikatnya tidak semestinya. Apabila kita drive kereta, untuk ke tempat yang baru2, kita perlu tengok sign board untuk mencari destinasi yang dituju. Indicator membantu untuk memberi maklumat tersebut, cuma ada jenis indicator yang memberi 'signal' awal dan ada indicator memberi 'signal' lambat.

Maka apabila ada trader yang frust selepas mencuba indicator, seperti cs, trader mula mencari pendekatan baru. CS beralih kepada membuat analisa kepada price semata-mata. Ada yang namakan naked trading atau trade tanpa indicators. Disini muncul mula perjalanan baru, mengenal price action, candlestick dan sebagainya. Tapi untuk tahun 2017, CS cuba buang semua knowledge itu dan sekarang cuma fokus kepada teknik yang dinamakan qusimodo, teknik yang dinamakan trsr dan ada dua teknik lagi yang cs sedang perkemaskan iaitu cpnews dan fibocunsetup. Paling best sebab semua teknik itu akan digunakan dgn cara analisa yang sama pada chart, cuma mengambil peluang entry berdasarkan law setiap teknik.

So, CS sekarang hanya akan trade tanpa indicators. Apakah keperluan asas yang perlu untuk trade tanpa indicators?

Jika memandang chart setiap hari, tapi tiada asas, tak tahu apa yang hendak dicari - 100% tak nampak punya. Jika suruh cari garam dan gula, mesti tahu kat mana nak cari. Jika suruh pergi beli alat tulis, mesti tahu kedai mana nak cari. Kita tahu dimana nak cari sebab kita ada asas, nak cari garam dan gula kat rumah, takkan nak cari kat bilik tidur.

So untuk nampak apa yang dicari, maka kita perlu guidelines atau pengetahuan asas.
Asasnya, trader mengamalkan beberapa mantra. Disini CS cuba nak jelaskan dua mantra. Mantra-mantra yang lain - adalah home work.

So apakah mantra itu. Ada beberapa falsafah atau mantra yang diamalkan oleh trader yang kita boleh gunakan sebagai panduan untuk cari di dalam chart dan digunakan untuk success sebagai trader.

Mantra yang pertama, follow trend because trend is ur friend. Ada yang kata ia mitos dan ada yang sebaliknya. CS percaya trend is ur friend. Trend umpama arus semasa, jika lawan banyak rintangan, jika diikuti mudah perjalanan. Jika kita lawan arus pergerakan kereta, maka kita disalahkan sebab kita punca kepada kemalangan.

Kita boleh andaikan Trend is Ur Friend adalah satu undang2 yang diterima pakai oleh hampir semua trader. Bukan semua - cuma hampir semua. Trend umpama arus sungai yang mengalir deras, jika dilawan, kekadang kita letih kelemasan sebelum sampai ke destinasi.

Puzzle yang kita perlu selesaikan ialah bagaimana untuk mencari satu struktur market yang wujud dan pattern itu perlu sama, tanpa mengira time frame sama higher atau lower tf. Pattern ini akan memberi petunjuk apakah trend semasa market.

Mantra kedua, buy low dan sell high. Ini adalah teramat logik untuk mereka yang doing business, untuk mudah untung, kita perlu buy pada harga rendah dan jual pada harga tinggi.

Jika kita ingin membeli barang di tesco, jika kebetulan ada sale - kita berpeluang membeli pada harga rendah, oleh sebab itu ramai peniaga yang berniaga, memborong membeli bahan mentah di tesco apabila ada sale. Kita selalu inginkan produk yang berkualiti pada harga rendah. Jika nak jual, kita selalu fikirkan bagaimana untuk jual pada harga yang lebih tinggi dari modal pembelian.

Apa yang berlaku jika kita membeli dalam keadaan 'desperate'? Jika kebetulan market ada sale, kita dapat harga baik, tetapi jika sebaliknya - then you're in trouble.

Membeli dalam keadaan 'desperate' - majoriti kita akan end up membeli pada harga pasaran. Dalam erti kata lain, untuk buy low dan sell high - kita wajib sabar menunggu. Adakah anda seorang yang sabar menunggu?

Mari kita bincang keperluan asas untuk trade tanpa INDI? Kemudian kita tanya diri sendiri samada apa yang diamalkan kita sekarang layak dinamakan trade tanpa indicator.

Tiga keperluan asas ialah:
  1. Pertama - fahami struktur market.
  2. Kedua - mencari turning point
  3. Ketiga  - tunggu dengan sabar sehingga price datang ke.... deal or no deal.

ASAS PERTAMA: FAHAMI STRUKTUR MARKET

Semasa kita melihat chart, otak kita perlu lakukan sistematik proses untuk decide 'situasi' market ataupun dinamakan sebagai decision making process - tetapi jika kita gagal memahami struktur market, maka macam mana kita nak pulling the trigger.

Untuk searus dengan aliran semasa, untuk searus dengan 'arah market' - kita wajib memahami struktur market.

Struktur market yang terbaik ialah apabila struktur yang sama wujud pada setiap time frame. Dalam erti kata lain, dalam setiap frame, kita melihat pattern yang sama untuk mengatakan ia trending atau sebaliknya.

Kita akan dapat mengenal struktur market sekiranya kita study titik-titik atau high/low point of price di dalam setiap chart.

Kita berminat dengan trend, titik low dan titik high - kerana secara asasnya, objektif kita ialah buy low, sell high mengikut arah arus trend.

Apabila kita melakukan anlisa pada setiap market, maka amat penting untuk kita mencari titik-titik atau point high/low yang dapat dikenalpasti selepas price membuat u-turn. Titik-titik ini juga dapat dikenalpasti selepas price membuat breakouts.

Ini yang CS pegang so far, decision making proses untuk mengenal struktur market adalah dengan memahami titik low dan titik high, Titik low yang lebih low dari sebelumnya dan titik high yang lebih high dari sebelumnya: Higher highs (HH) and higher Lows (HL), or lower Lows(LL) and lower highs (LH) - dimana ia juga dikenali sebagai swing point high/lows.

Susunan/ series new high dan new low yang terbentuk, memberi maklumat untuk kita tahu dimana price berada, dari mana price datang dan maybe kemana price hendak pergi.

So kita ingin tahu dimana price berada, dari mana price datang dan kemana price hendak pergi. Dalam hidup ini, untuk berjaya, kita mesti tahu dimana kita, dari mana kita datang dan kemana kita hendak pergi. 

Di dalam chart, apabila kita memahami struktur market, ia membantu kita mengenalpasti situasi market semasa dan kita boleh 'act' bersesuaian dengan keadaan market semasa.

Terdapat 5 struktur market yang perlu di kenalpasti, dan dalam setiap masa hanya satu keadaan dari 5 ini sahaja yang wujud:-
  1. Dalam Bullish Trend
  2. Dalam Bearish Trend
  3. Ranging antara Dua Levels
  4. Emerging into a New Trend
  5. Forming a Major Bottom/ Top.
Summary: Mengenalpasti swing point high dan low di dalam chart membantu untuk mengenal struktur market, seterusnya kita dapat mencari jawapan kepada price di mana, price dari mana dan price hendak ke mana.

Penting untuk INGAT, trend bersifat kekal. Retrace bersifat sementara. Semasa price trending, retrace biasanya terbentuk berkali-kali berbanding dengan reversal. Dalam erti kata lain, di dalam satu arah trend akan wujud satu reversal dan berkali-kali retracement.

BAGAIMANA untuk MENGENALI TRENDING STRUCTURE.

Persoalan asas - bagaimana untuk mengenal TREND? Trend is ur friend.

Defintition. Uptrend ialah series of H, L, HH, HL dan Downtrend ialah series of L, H, LL, LH. Ini untuk homework - bagaimana SnD trader defined trend?

A trending market is one that is making higher highs, higher low. PERIOD. or a market that is making lower lows and lower highs.

Simple. Betul. Tapi manusia memang suka complicatekan benda yang mudah. Solat itu mudah, tapi berapa ramai yang tinggalkan. Cuba renungkan dalam kehidupan anda sendiri, otak kita hanya tegas mengatakan bahawa yang terbaik ialah yang complex. Ingat: Just learn this untuk kenal this trending conditions.

In Bullish Trend - bullish trend continues as long as price make higher higher and higher lows - you want to be a buyer here.

In Bearish Trend - bearish trend continues as long as price make lower highs and lower lows - you want to be a seller here.

Walaupun trending market ialah ideal condition untuk make money - traders still lose money because they either trading in wrong direction - chasing price or entering at wrong place. Ingat bila dah jumpa trend, tak semestinya patut masuk market terus. Trend hanya memberi maklumat tentang arah.

Apabila kita mengenal arah market, itu baru permulaan... kita perlu tahun next step.

Rule asas : Buy Low, Sell High.

Antara mantra untuk entry ialah :-
  1. Entry hanya apabila retrace SUDAH HABIS. 
  2. Wait for price to retrace into swing lows or swing highs before entering the trend.
  3. Do not chase the price - let price make a new highs or new lows - enter the trend once retracement HABIS.

Summary: Kita dapat mengenal trend dengan mudah hanya dengan mengenalpasti dan menghubungkan swing highs dan swing lows - sama ada chart membentuk down stepping, or up stepping. Apabila price mencipta New High - chart dianggap Bullish. Apabila price mencipta New Low - chart dianggap Bearish. Entry - tunggu sampai Retracement HABIS.

INGAT - retracement berlaku berkali-kali apabila market trending. Reversal hanya SEKALI. Retracement membentuk pemadatan PRICE. Trend dibentuk oleh long candlestick.

RANGING MARKET STRUCTURE

Kekadang mudah untuk kenalpasti RANGING market. Sometimes more difficult.

Secara asasnya Price akan Retrace 1/3 atau 2/3 dari PRICE.

Sometimes tempoh yang diambil oleh retrace ialah 1/3 atau 2/3 dari tempoh price advance.

Secara asasnya jika price terperangkap diantara dua major LEVELS - kita akan nampak highs dan lows pada level yang sama. Tapi itu dalam textbook.

Dalam real market - chart nampak messy - susah nak kenapasti upper dan lower boundaries. Oleh sebab itu - kenalpasti range by marking swing points yang berlaku pada zone yang sama.

Untuk kenalpasti Ranging Markets - highlight the extremes swing points acted as turning point for price. Accept the ZONE rather than strict LEVELS.

UNREADABLE MARKET STRUCTURE

We can't make sense of all market conditions. Accept the chart - jika their market structure doesn't make sense. Jika tidak jelas - wait until nampak JELAS.

ASAS KEDUA: MENCARI TURNING POINT

Persoalan yang selalu bermain di fikiran: Dimana likely turning point? Apabila price membuat u-turn selepas membentuk new highs atau new lows, dimana turning point untuk price kembali sama arah dengan Trend? Dimana titik RETRACE akan HABIS? Jika tahu jawapan untuk masalah ini dengan tepat, mesti sudah ramai forex trader yang menjadi jutawan.

Untuk menjawab persoalan ini, disinilah kita menggunakan Ilmu technical analysis - SnR Horizontal Levels, Trendlines, Channel, Fibo Level, Big Round Numbers dan sebagainya.

Ada beberapa law atau tips yang perlu diambil berat di sini. Perlu ingat, SnR wujud dalam pelbagai keadaan, bentuk dan range.

Mencari SnR mengunakan horizontal levels adalah wajib - bagaimana caranya - akan dibincangkan kemudian, cara untuk draw horizontal snr, CS menggunakan hukum Draw dan Reaction. Dimana nak draw dan lihat sama ada terdapat reaction, jika tiada reaction yang terbaik, ubah tempat draw line.
Dimana turning point, anything can happen in forex at any time, terutama jika ada ucapan dari mereka yang dapat memberi impak kepada market atau ekonomi negara masing2. Jika Donald Trump buka mulut, ucapan beliau akan memberi impact kepada us dollar dan jika PM May memberi ucapan, statement beliau boleh memberi impak kepada GBP, namun secara dasarnya:
  1. Price will retrace to OLD SUPPORT/RESISTANCE - Flip zone act as Turning Point.
  2. Price will continue to move - mencari next support/resistance levels terdekat - next support/resistance terdekat bertindak sebagai Turning Point.
Kita mencari ilmu turning point dimana ilmu ini boleh digunakan sebagai titik support atau titik resistance, titik confirmation trend, titik untuk mengambil tp atau titik untuk entry.

Gunakan ilmu ini bersesuaian dengan situasi semasa, rule asas, trade with trend, buy low and sell high. Apabil price print new high atau print new low - ini bukan titik buy low sell high. Titik entry yang terbaik ialah turning point dimana retrace sudah habis.

Summary:

Selepas kenalpasti ARAH TREND. Next step ialah aim untuk buy low, sell high.

Start buat marking dalam chart, dimana titik resistance dan dimana titik support yang paling hampir dengan price semasa. Ini adalah titik dimana price berpotensi untuk membuat u-turn.

We must open trade at right point or right zone. Well, selepas dapati ARAH TREND UP - should we start buying.

No! Wrong - we need to enter trade at proper place. After price print new highs and hit turning point, ini first sign price start retrace. We only enter selepas Retrace Habis?

Macam mana nak tahu retrace habis, jawapannya ada di MT4, jgn tanya pakcik google.

Focus kepada obvious turning point apabile retrace bermula, gunalah apapun tools samada snr horizontal line, supply or demand, round numbers, fibo levels atau trendlines untuk mark level yang berpotensi untuk bounce atau reverse selepas retrace. Ini adalah level dimana retrace akan HABIS.
ASAS KETIGA: TUNGGU DENGAN SABAR SEHINGGA PRICE DATANG KE... 

Sabarlah untuk tunggu price mencari entry level. Buat apa penat2 buat analisa untuk cari turning point jika tak sabar untuk tunggu sampai price mencari harga tawaran kita....

Chest List:
1. Study struktur market dan pastikan arah trend.
2. Cari turning point dimana retrace sudah habis untuk entry
3. Tunggu dgn sabar sehingga price sampai ke turning point sebelum masuk market...



No comments:

Post a Comment