Monday 2 January 2017

Azam 2017 - Perjalanan Sebagai Forex Trader

Assalamualaikum,

Focus kepada Journey Untuk Trade Dgn Cara Yang Betul...

Lupakan apa yang dah CS coretkan sebelum sebelum ini. Tahun 2017 ialah tahun praktis sampai lebam. CS dah study teknik CSR. CS dah tonton video FMCBR. CS dah tonton video tuan mansor SnD. CS dah tonton video MrLan09. CS dah study semua coretan tuan batubatu di carigold dan forex factory.

Semua masta diatas mengajar untuk trade dengan cara yang betul, selepas study dan mulakan sedikit praktis, cuma ada 3 setup yang sesuai dengan jiwa CS.

Untuk 2017 CS akan fokus kepada:-
1. Swing Trade yang diperkenalkan oleh tuan BATUBATU - Quasimodo.
2. Day Trade yang diperkenalkan oleh tuan MrLan09 - TrSr.
3. CP News yang diperkenalkan oleh tuan Mansor Sapari.

Harapkan tuan BatuBatu, Tuan MrLan09 dan Tuan Mansor Sapari halalkan semua ilmu yang diberi.

Swing Trade - Thank Mr BatuBatu.

CS hanya akan tumpukan kepada PAIR EU, EJ, UCHF, UCAD, NU dan AU.
Seperti yang dianjurkan oleh tuan batubatu, CS akan mulakan dengan top down analysis - kenalpasti zone supply dan demand, sebagai tambahan, CS akan juga cari zone SnR.

Apabila price berada di Zone SnD atau SnR - CS akan cari PA Quasimodo - cari HHLL. Jika ada, CS akan ambil trade, calculate Free Ride Styles.

Penting untuk CS belajar HANDLE RISK ZONE, bukannya SETUP.

CS akan mulakan dengan mencari SETUP yang mempunyai SL kurang dari 30 PIPS.

Day Trade - Thanks MrLan09 

CS akan tumpukan kepada pair GU, GJ dan UJ. CS belum hadam semua konsep yang diperkenalkan oleh MrLan09. Namun, teknik ini sesuai dengan jiwa CS.

CS akan mula lakukan analisa di D1 - kenalpasti arah trend, support dan resistance. CS kena cari TrSr. Harus diingat, jika CS salah analisa ARAH - maka akan berlaku NEGATIF FLOAT.

Jika di swing trade, CS cari HHLL, teknik MrLan09 menekankan untuk mencari TrSr. 

CS maybe boleh ambil trade pada Level support atau Resistance jika ada setup di Daily. Namun analisa di M30 - mencari TrSR - entry hanyalah selepas Retrace Habis. Entry wajib ambil pada zone SUPPORT mengikut ARAH TREND M30.

Jika wujud Fibo SETUP yang CUN - rujuk video MrLan09 - belajar untuk pasang order pada semua Fibo Levels

News CP

CS hanya berminat dengan NFP, USD News dan Interest Rate.

Time untuk Praktis Sampai Lebam - ayat masta JGV100

Nak Bejaya Sebagai Trader Mesti Ikut S.O.P - ayat masta Zul FMCBR

Terima Kasih
 
BILA CS Baca balik article ini, rasanya PERLU Update DISINI sebab ada article terkini tentang methodology yang CS guna buat masa sekarang, yerlah sehingga tarikh CS update article ini (25/01/17) : Cerita dalam artikel ni CS consider cuma sejarah, sebab selepas CS tulis artikel di sini, CS sekarang cuba tumpukan kepada 4 methodology yang di tulis dlm artikel itu... rasanya untuk tahun nie, masih tahun trial... Kalau selalu tukar plan, macam mana nak FOCUS...

Disebabkan CS cuma NUBIS, akan ada perubahan methodology dari semasa ke semasa TERUTAMA apabila teknik tu asyik kena SL daripada TP.

Harap dapat FOCUS selepas ini, baru 20 hari dah tukar PLAN.. aha aha aha.. GOOD LUCK CS..  


1 comment: