Friday 13 April 2018

Key Point

Assalamualaikum

Sini CS nak summary key point yang perlu diberi perhatian semasa trading. Key Point ini CS diberi oleh pro trader.

Ini adalah key point yang CS rasa penting, apabila CS baca dalam article ini oleh Nial Fuller

Bukan semua Full Time Trader, Majoriti bermula dengan Part Time Trader. 

Setiap hari Jadual Full dengan aktiviti2 selain mengadap chart. Maka dengan itu untuk Keep It Simple. Cuma Perlu Didik Diri untuk Lakukan 30 Minit Rutin Harian

Hanya Dua Komponen Utama Untuk Dilakukan

1. Lakukan End of Day Chart Analysis

2. Lakukan Setting and Forgetting

Kita mulakan dengan End of Day Chart Analysis

Kita mencari jawapan kepada dimana, dari mana dan kemana halatuju price untuk ESOK. 

Untuk tahu jawapan kepada ESOK, maka kita patut tunggu hingga End Of Day Chart... 

Apabila new daily candle muncul, maka kita sudah boleh mula lakukan analisa... 

Sama jugak, jika nak tahu apa yang akan berlaku kepada price lagi empat jam, maka rujuk end of H4.

Ingat, jalan terbaik untuk mendapat jawapan ini, maka kita perlu lakukan  setiap hari... 

Terbaik jika kita lakukan secara top down analysis, namun 'jika fokus kepada' daily pun sudah memadai.. Dalam end of day chart analysis, kita mencari jawapan kepada

1. Dimana price...
2. Price dari mana...
3. Price hendak kemana...
4. Trend semasa
5. Arah pergerakan price semasa

Lakukan analysis bermula apabila end of day...

Isu yang berkaitan - 'close' price bergantung kepada provider. Nial Fuller dan Justin suggest untuk study chart yang ada proper '5 day new york close chart'... Betul ker?

Untuk tujuan praktis, CS akan guna '5 day new york close chart' dan 8.00 am waktu malaysia... Ada dua tiga master di malaysia tak peduli sangat dengan 5 day new york close chart, malah mereka berpendapat chart yang bermula 8.00 am lagi bagus.

Paling penting disini ialah lakukan analisa selama 30 minit pada chart dan decide (1) dimana price (2) price dari mana (3) price nak ke mana (4) trend semasa (5) arah pergerakan semasa 

Kesimpulana semasa melakukan analisa ini, CS (1) sudahpun dapat kenalpasti snr, trendline, brn yang terhampir dengan price semasa dan (2) juga mengenalpasti halangan untuk price semasa melepasi dan (3) predict halatuju candlestick semasa iaitu sama ada price akan bergerak dalam arah yang sama atau time untuk u-turn...

Ini dilakukan setiap hari...

Seterusnya, masa untuk 'set and forget trade management'

Set dan Forget akan didik diri kita untuk 'Let The Market Do The Work' selepas kita already DECIDE sama ada untuk buy atau sell...

Set dan Forget juga akan mendidik diri kita untuk 'elak diri untuk sentiasa melihat chart' yang berkemungkinan akan menyebabkan 'gatal tangan' untuk adjust 'setup' tanpa alasan sebaliknya 'adjust' disebabkan oleh 'fear' dan 'greed'..

Didik diri untuk 'market decide', jangan selalu adjust manually - ini cara terbaik untuk 'control diri dari buat silly mistakes'.

The only thing you can 100% control in the market is ONLY YOU 

Walaupun kita pre-plan untuk set and forget, EXCEPTION ialah jika nampak obvious dalam chart - perlu exit. Boleh adjust untuk early TP, jika nampak OBVIOUS market berubah ARAH.

Tapi NEVER adjust untuk BESARKAN STOP LOSS..

Faedah lakukan 30 minit rutin:-

1. Didik minda untuk masuk market secara sistematik. Didik diri untuk 'act' less. Didik diri untuk fokus kepada 'big picture'. Didik diri untuk lakukan 'ad hoc analysis'.

2. Less 'stress' sebab only 30 minute sehari untuk analisa dan decide...

3. Didik minda untuk 'trade properly' apabila perlu tunggu 'daily close' setiap hari.

4. 24 jam sehari, tapi cuma perlu 'luangkan masa 30 minit' - sesuai untuk busy people.

Rutin 30 Minit

  • Buka MT4 Platform.
  • Daily TF
  • Buka CHART
  • Lakukan ANALISA
  • Lukis Trendline
  • Lukis Horizontal Line
  • Lukis BRN
  • Decide SNR yang terhampir dengan Price Semasa
  • Lukis daily SND
  • Decide - price dimana
  • Decide - price dari mana
  • Decide - price nak kemana
  • Trend semasa?
  • Arah semasa?
  • Buy atau Sell?
Entry

1. Entry setup di Daily - Price action Confluence (Y/N).
2. H4 Entry Setup - look for possible setup setiap 4 jam terutama waktu market aktif.

Sekian

CS




  

Sunday 1 April 2018

Distractions semasa TRADE.. Bad!!! Keliru dengan Divergence

Assalamualaikum,

CS sedang mencari formula untuk fokus kepada trading plan, TANPA DISTRACTION. Period.. 

Trading Plan ialah satu-satunya tools yang amat penting untuk TRADING.. Tanpa Trading Plan - semua entry, stop loss, risk management, exit adalah 'ikut rasa hati'... Isunya bukan sebab 'ikut rasa hati', tapi bagaimana.. bagaimana nak kenalpasti 'edge' dalam trading jika asyik trading ikut rasa hati dan tanpa mengikut trading plan...

Sebagai retail trader, cs hanya berkomunikasi dengan 'chart'... Tanpa spesific plan regarding entry, stop loss, entry, risk management... siapa yang akan jadi 'mentor' untuk guide... 

So disebabkan 'CS' trade 'alone', my 'mentor' ialah my trading plan... CS, please do not trade jika tiada Trading Plan... 

Peringatan, tiada university yang mengajar untuk 'trade'... Untuk mahir dalam trading, kita mesti belajar dari mereka yang sudah terbukti berjaya dalam trading... 

Untuk study minda pro trader, kita wajib study 'falsafah' mereka...

Cuba study article ini .. 

Many investors make the mistake of buying high and selling low while the exact opposite is the right strategy.” John Paulson

“Markets are constantly in a state of uncertainty and flux and money is made by discounting the obvious and betting on the unexpected.” George Soros

“Play the market only when all factors are in your favor. No person can play the market all the time and win. There are times when you should be completely out of the market, for emotional as well as economic reasons.” Jesse Livermore

“Fundamentals that you read about are typically useless as the market has already discounted the price, and I call them “funny-mentals”. I am primarily a trend trader with touches of hunches based on about twenty years of experience. In order of importance to me are: (1) the long-term trend, (2) the current chart pattern, and (3) picking a good spot to buy or sell. Those are the three primary components of my trading. Way down in a very distant fourth place are my fundamental ideas and, quite likely, on balance, they have cost me money.” Ed Seykota

“That was when I first decided I had to learn discipline and money management. It was a cathartic experience for me, in the sense that I went to the edge, questioned my very ability as a trader, and decided that I was not going to quit. I was determined to come back and fight. I decided that I was going to become very disciplined and businesslike about my trading.”Paul Tudor Jones

“I’ve certainly done it – that is, made counter-trend initiations. However, as a rule of thumb, I don’t think you should do it.” Richard Dennis

“I’ve learned many things from him [George Soros], but perhaps the most significant is that it’s not whether you’re right or wrong that’s important, but how much money you make when you’re right and how much you lose when you’re wrong.” Stanley Druckenmiller

“I just wait until there is money lying in the corner, and all I have to do is go over there and pick it up. I do nothing in the meantime. Even people who lose money in the market say, “I just lost my money, now I have to do something to make it back.” No, you don’t. You should sit there until you find something.” Jim Rogers

“I believe that the biggest problem that humanity faces is an ego sensitivity to finding out whether one is right or wrong and identifying what one’s strengths and weaknesses are.” Rau Dalio

“Opportunities come infrequently. When it rains gold, put out the bucket, not the thimble” Warren Buffett

Jika kita study dan faham setiap falsafah yang cuba disampaikan oleh pro trader ini, kita akan fahami cara terbaik untuk hadapi market.

Jangan buntu semasa membuat analisa... Jangan mencari second opinion di forum atau google.. Why u need second opinion? 

Jika faham falsafah dan 'sudah' miliki 'trading plan'... kenapa masih mencari 2nd opinion dari forum. Why?

Hakikatnya, bagaimana CS nak buktikan 'my trading plan' ada edge, pada belum dibuktikan dengan 'volume' yang cukup.. Jika loss satu trade, patutkah CS tukar 'trading plan'... Ingat, cuba study 20 trade untuk satu cycle untuk 'setiap satu setup' dan kemudian baru layak untuk membuat kesimpulan...


Outcome of trading ialah Random.. Jika 'trading strategy' mampu memberi 51% win dan 49% Loss...

Ini bermakna, selepas 20 trade, baru semak semula 'trading plan' sama ada wujud 'egde' atau tidak...

Ini juga bermakna, jika 'my trading plan' ada edge dan profitable, jika CS berjaya trade setup yang sama sebanyak 20 trade sehari, maka ia akan memberi daily 'income'... Jika CS berjaya trade 20 trade semingga untuk setup yang sama, maka ia memberi 'weekly income'... Jika CS berjaya melakukan 20 trade sebulan dengan setup yang sama, maka ia memberi 'monthly' income...

Kenapa jangan sesekali dapatnya second opinion...

1) Semestinya kita tidak tahu bagaimana 'mereka' melakukan analysis
2) Kita juga tidak tahu track rekod trading
3) Maybe dia cuma scalper atau maybe dia swing trader or maybe dia long term trader...
4) Setup apa yang digunakan oleh 'pemberi' opinion

So semestinya, bila CS trade alone, maka decide 'alone' dan WAJIB untuk elakkan daripada mendapat second opinion selepas enter the market...

Maybe okay jika dapatkan opinion sebelum masuk post, tapi sekiranya mencari second opinion selepas masuk post - BAD idea.

PS: Cs selalu terganggu oleh sifat divergence dalam chart... Maka ini adalah nasihat untuk diri sendiri.

Divergence - kekadang tak minta second opinion dari forumer, tapi minta opinion dari Divergence.. 

Divergence, macam mendung, tapi tak semestinya hujan...

Trade Smart, Jadikan Hari Ini Lebih Baik Dari Semalam...

Image result for semoga hari ini lebih baik dari semalam



END

CS

Wednesday 14 February 2018

Tips Forex

Assalamualaikum...

Jika mahu income harian, cari teknik untuk trade hari-hari.

Jika mahu income mingguan, cari teknik untuk cover seminggu income...

Jika mahu income bulanan, cari teknik untuk cover sebulan income...

Didik diri untuk layan forex seperti berkerja sendiri.. Wajib Disiplin..

Bagaimana? Cara .. semua atas 'diri' masing-masing.

Setiap trader berlainan personaliti dan mempunyai 'waktu/masa' yang berbeza. Ada yang sibuk waktu malam.. ada yang sibuk waktu siang... ada waktu, kita sibuk siang dan malam..

Setiap individu mempunyai 'masa' yang tidak sama - maka wajib didik diri untuk disiplin dan trade sesuai dengan 'masa' yang kita ada...

Wujudkan rutin harian, tapi jangan jadikan rutin harian terlalu complicate... Wujudkan rutin harian yang simple dan mudah nak follow...

Dua asas penting dalam rutin harian ialah 1) masa untuk analisa dan mapping 2) masa untuk tengok wujudnya setup...

Setiap hari luangkan masa untuk lakukan analisa dan mapping dalam chart/platform - terbaik jika dapat luangkan sedikit masa untuk lakukan ini diwaktu pagi...

Jika tidak sempat di awal pagi, kita ada masa 6 jam iaitu antara jam 0800 hingga 14.00 untuk lakukan mapping dan analisa... Trading is about preparation ... Bila buka chart untuk 'kenalpasti setup', bukan masa untuk fikir ... sebab proses berfikir wajib dilakukan upfront...

Apabila dah selesai analisa dan mapping...

Buat peringatan 'waktu' akan berlaku 'news' yang akan beri impak kepada 'ur' pairs...

Bila selesai semua 'preparation'...

Maka dari jam 14.00 hingga 23.00 PM  - sekali sekala buka 'chart' untuk 'lihat' setup jika wujud... Jika tiada setup, tutup PC .. tak perlu nak 'cari' atau 'create' setup... Jangan gatal untuk ' cari atau create reason untuk masuk market'..

Intai peluang ... jika ada setup - execute order - kemudian biar market decide nak kemana.

Kerja kita habis sampai sini...

Mampu ker 'fizikal dan mental' kita trade nak cara santai dan rilek macam ini..

Ingat: Jangan asyik kejar teknik - fokus kepada belajar untuk bagaimana menggunakan teknik dengan strategy yang betul berserta asas analisa forex yang kukuh...

CS

Sunday 21 January 2018

Wajib Faham sebelum nak jadi Trader - Cara Analisa CHART

Assalamualaikum,

Ada tujuh asas utama yang perlu dikuasai, dipelajari dan secara perlahan-lahan perlu ditanam di dalam minda untuk percaya...

Kepercayaan terhadap asas ini hanya wujud apabila dilakukan latihan demi latihan.. hari demia hari dan terus praktis sampai lebam

Ini kerana pengalaman yang didapati semasa latihan membuatkan kita percaya dan selepas percaya, maka akan wujud keberanian untuk decide untuk mengambil atau untuk reject sesuatu setup tanpa rasa was-was atau ragu-ragu.

Setiap asas ini penting, tapi yang paling penting ialah faham cerita disebalik asas dan bukannya hafal...

Apakah asas-asas ini?

Jika study teknik MrLan09 - kita akan faham bahawa dalam setiap chart akan sentiasa wujud trsr iaitu trend atau retrace atau reversal dan support atau resistance... trsr umpama irama dan lagu...

Setiap kali price bergerak maka situasi yang wujud adalah sama ada 'trend' atau 'retrace' ataupun 'reversal'. trend dan retrace tidak boleh berlaku dalam arah yang sama...

Begitu juga, apabila setiap kali price bergerak, price adalah dalam perjalanan mencari 'support' atau dalam perjalanan 'mencari 'resistance'... Price tidak boleh dikata mencari 'support' dan 'resistance' pada waktu yang sama... tr dan sr umpama irama dan lagu...

Pada titik price semasa, jika cari trsr, sebenarnya, kita mencari sama ada price dalam 'situasi trend' iaitu mencari resistance, atau price dalam situasi 'retrace' atau 'reversal' iaitu dalam perjalanan mencari support. Tiada situasi selain dari dua situasi ini. PERIOD.

Maka asas utama ialah trsr iaitu memahami situasi trend, retrace atau reversal dan support/ resistance.

Secara objektif, apabila kita membuat analisa dalam setiap chart, maka kita wajib mengenalpasti trsr sahaja... Mahirkan diri untuk mengenalpasti trsr dengan penuh kenyakinan.

Cuba praktis untuk kenalpasti asas ini dengan serius, sehingga ia nampak jelas di depan mata...

Trend ialah perjalanan untuk membentuk new high atau new low...

Retrace atau Reversal ialah arah perjalanan menentang arah TREND...

Manakala SNR boleh wujud dalam pelbagai keadaan, bentuk dan size..

Jika kita 'google' teknik TFS oleh Bro Khalid, asas utama forex ialah

1) Trend Pasaran
2) SNR
3) Trendline
4) CRS
5) Chart Pattern
6) BRN dan
7) Fibo...

Ini adalah 7 tool asas dalam forex. Jika kita gabungkan tfs dgn trsr, secara asasnya mereka mempunyai persamaan dari segi konsep...

Jika asas untuk teknik TFS, ialah mencari trend pasaran, maka dalam trsr ialah TR.

Manakala dalam mengenal snr, tfs menggunakan tool asas diatas iaitu trendline, horizontal line, chart pattern, brn, fibo dan digabungkan dengan CRS untuk membaca situasi market, manakala untuk mrlan09, ia hanya sekadar sr yang boleh wujud dalam pelbagai, keadaan, saiz dan bentuk...

Tujuan utama analisa ialah mengenalpasti trend pasaran semasa, tetapi CS hanya akan kupas mengenai TREND PASARAN SEMASA, dengan izin Allah pada n3 lain...

Dalam N3 ini CS cuba untuk memahami statement dari MrLan09 tentang SNR yang wujud dalam pelbagai keadaan dan size dan belajar untuk analisa chart menggunakan konsep mrlan09 dan bro khalid.

Mungkin tidak perlu dijelaskan tentang size. Namun apa yang dimaksudkan dengan pelbagai keadaan dan bentuk?

Apa itu support dan apa itu resistance? 

Jangan sesekali cuba faham market secara kompleks... Secara asas, penting untuk sekadar faham asas iaitu trsr, untuk mencari trsr, kita cuma perlu menggunakan 'tool' yang mudah.

Sebagai peringatan, apabila kita mengenalpasti support atau resistance, kita wajib faham bahawa price Tidak Wajib Akur dengan dengan apa yang kita 'HOPE' untuk berlaku pada level tersebut... 

Ini bermakna, apabila price sampai di level2 ini, boleh berlaku situasi 'rejection' dan boleh berlaku situasi 'breakout' pada setiap level2 ini... Kita patut tunggu melihat apa yang market cuba sampaikan berbanding cuba 'predit' apa yang akan berlaku... Disini kita akan study candlestick yang terbentuk untuk memberi clue untuk 'something', supaya kita 'act' accordingly...

Ini bermakna jika wujud price rejection, ia memberi situasi kepada kita untuk decide 'arah' yang patut kita trade - namun jika arah itu ialah arah 'retrace' - ambil sekadar market akan bagi untuk 'profit' atau 'mungkin abaikan setup itu'... jika ia berlaku dalam arah 'trend' - cuba maximakan 'profit'...

Sebaliknya jika berlaku break, ia juga memberi kita satu situasi untuk decide... Maka USAH buntu dengan MAKLUMAT yang disampaikan oleh hasil ANALISA...

Jika price breaks Resistance - ia memberi clue untuk something. Jika price respect Resistance - ia juga memberi clue untuk something. .. Jangan sesekali buntu dengan analisa...

Ingat sama ada apabila price breaks atau respect support - ia memberi clue untuk something. Jangan cuba PREDICT future candlestick yang bakal terbentuk di Zone Support atau Zone Resistance.

Sebagai trader, kita jangan sesekali pasang HOPE supaya price itu BREAKS atau RESPECT, tapi kita ingin WAJIB TUNGGU untuk melihat SAMA ADA price itu BREAKS atau RESPECT pada level2 itu.

Untuk 'seiring' dengan pro trader, maka kita wajib guna common law untuk mengenalpasti zone snr... Kita wajib mengguna hukum yang digunapakai oleh hampir majoriti trader.. Ini membantu kita untuk kenalpasti zone snr yang hampir tepat dan kita 'tunggu' di level untuk 'price reaction' yang memberi impak , dimana level ini juga sebenarnya diperhatikan oleh majoriti... Ilmu ini hanya boleh didapati dari pengalaman dan praktis...

Secara asas, kita wajib untuk belajar 'kenalpasti lokasi snr menggunakan common law' dan 'edge' kita ialah apabila kita faham situasi dan asas candlestick yang wujud pada pada level snr bagi melihat 'rejection' atau 'breaks' sebelum kita act bersesuaian dengan situasi yang berlaku di zone ini ...

Oleh itu, 'bersesuaian disini' bermaksud ia memberi kita kefahaman bahawa candlestick yang wujud di dalam 'perjalanan' mencari support atau resistance - tidak sama berbanding candlestick yang wujud di level snr, walaupun bentuk candlestick ialah sama...

Ini juga memberi kefahaman bahawa bentuk candlestick 'big candle' yang wujud di dalam 'perjalanan' mencari support atau resistance - adalah lebih bernilai berbanding crs...

Ini juga memberi kefahaman bahawa bentuk candlestick 'crs' yang wujud di level snr - adalah lebih bernilai berbanding 'big candle'...

Ini juga memberi kefahaman bahawa bentuk candlestik 'crs' di snr adalah petanda rejection dan bentuk candlestick 'big candle' di snr ialah petanda breakouts.

Ini memberi kefahaman kombinasi lokasi dan bentuk candlestick harus digabungkan pada waktu yang sama dan tidak boleh digunakan secara berasingan... .

Apa yang dimaksudkan dengan SnR wujud dalam pelbagai bentuk dan keadaan?

Dalam satu perjalanan ke puncak, price bergerak, kemudian terhalang dan membuat u-turn .. Titik u-turn dipuncak ini ialah new high dan boleh juga dikenali sebagai titik resistance.

Price membuat u-turn dari puncak, dalam perjalanan menurun ini, ia terhalang dari meneruskan perjalanan, dan sekali lagi price melakukan u-turn untuk ke puncak dan titik baru u-turn ialah titik higher low dan ia juga dikenali sebagai titik support. Apabila price membuat u-turn dari titik ini, maka kini kembali ke arah perjalanan asal mencari puncak... Untuk mencipta resistance yang baru, price wajib 'test' dan 'break' titik resistance yang lalu...

Perjalanan price untuk 'break' resistance ialah trend, manakala perjalanan price menentang arah ini ialah retrace/reversal...

Apa yang kita perlu faham ialah apabila kita melukis horizontal line, kita sebenarnya menggabungkan titik-titik u-turn sama ada support atau resistance.

Apabila kita melukis trendline, kita juga sebenarnya menggabungkan titik-titik u-turn support atau titik-titik u-turn resistance.

Gabungan trendline dan horizontal line ini membentuk Chart Pattern.

Apabila kita melukis Fibo, maka kita juga memilih titik-titik support dan resistance...

Maka tafsiran kita kepada chart bergantung kepada kemahiran kita mengenalpasti support dan resistance, atau titik-titik u-turn di dalam chart.

Kenalpasti titik u-turn , kemudian baru tarik trendline, horizontal line dan sebagainya.

Apabila kita melakukan analisa setiap chart setiap minggu, mulakan dengan kosongkan chart... Abaikan semua LINE yang dilukis pada minggu sebelumnya..

Ini homeWORK, lakukan setiap minggu SAMPAI MAHIR

Define cara nak lukis trendline, cari nak lukis horizontal line, dan cara guna tool asas... LAKUKAN ANALISA SETIAP MINGGU dan update setiap hari...

Praktis sampai LEBAM


  1. Mulakan setiap minggu dengan KosongKAN CHART...
  2. Zoom Out Maxima, Zoom in 2x
  3. Bermula dengan KANAN chart , kenalpasti Price SEMASA
  4. Kenalpasti titik u-turn, support dan resistance
  5. Lukis Trendline
  6. Lukis Horizontal Line
  7. Lukis BRN
  8. Perlu ker LUKIS FIBO...
  9. Wujud ker CHART PATTERN
  10. Kenalpasti LOKASI candlestick semasa
  11. Kenalpasti JENIS candlestick semasa
  12. Lakukan KESIMPULAN dari ANALISA
  13. Update ANALISA setiap hari sehingga hari JUMAAT.

Tips: Belajar bezakan antara ANALISA dan SETUP...

Disini, kita belajar cara analisa CHART, bukannya SETUP untuk ENTRI...

Bye

CS


Monday 1 January 2018

2018 - apa cerita tahun 2017

Assalamualaikum,

Ini adalah update tentang journey ciksaf dalam forex... 

Stress betul bila memikirkan sepanjang CS trade sehingga ke date ini, hasilnya cuma breakeven!!!

CariPIPS, BuatPIPS dan RePIPS... Cantikkan jika trading system yang kita buat dapat mengenal peluang untuk cariPIPS, kemudian ia mampu membuatPIPS yang konsisten dan seterusnya next step, kita hanya perlu repeat - RePIPS... Maka akaun kita 'sure' akan growth secara berkala...

Namun kenapa akaun CS hanya dapat 'breakeven'... ?

Teknik - rasanya amat jelas bahawa cs tak perlu belajar dari mat salleh di forexfactory, tak hebat mana pun teknik mereka... malah teknik dari org melayu kita seperti teknik Bro Master Khalid Hamid, Bro MrLan09 dan Bro Batus antara yang terhebat dan terbaik... Itulah sebab CS belum MC selepas menggunakan teknik2 ini ... Tak juga LOSS - akaun macam statik...

Dimana silapnya?

Kenapa breakEVEN? Bukan salah teknik... Mungkin sebab 'kurang' pengalaman... Hakikatnya CS tidak boleh 'buy' experience... CS juga tidak boleh 'fast track' experience.... Pratis.. Praktis... Praktis sampai lebam... itu yang perlu CS lakukan...

Hakikatnya, teknik sahaja tidak mampu untuk 'growth'kan akaun, money management dan disiplin untuk patuh kepada rule wajib seiring... wajib seiring, sepanjang perjalanan - jangan sesekali abaikan teknik, mm dan disiplin - ketiga2 ini wajib jalan serentak. 

Ada beberapa 'perkara' yang CS abaikan dalam perjalanan untuk mencari 'experience' ini disepanjang 2017...  

Rutin mingguan - CS abaikan untuk lakukan atau marking chart pada setiap minggu secara berkala.

Rutin harian - CS abaikan untuk lakukan jadual khas sebagai rutin harian, ini menyebabkan CS terpengaruh untuk membuat ad-hoc analysis.

Ini adalah cadangan rutin harian untuk 2018

1. Kenalpasti arah pergerakan semasa di Daily Chart...

Jam: 8.00 am - 2.00 pm (time ini, bila2 masa sahaja)

Buka MT4 - lakukan chart analisa di daily. Ingat hanya analisa, bukannya mencari setup. Ingat hanya di daily bukan di h4 atau time frame lain.

Kenapa daily - sebab kita ingin mencari jawapan kepada kemana arah pergerakan price 'hari ini'.. esok kita tunggu new candle close baru decide...

Kenapa bukan H4 - jika kita study H4 ini bermakna kita mencari jawapan arah price dalam masa 4 jam berikutnya...

Apa yang perlu dilakukan pada waktu ini...

Marking zone guna asas forex dan study candlestick terkini. PERIOD

Kesimpulan: Dari current price, price dijangka akan menuju ke .... dibuktikan oleh..... Oleh itu, hari ini CS decide untuk cari buy/sell setup sahaja.

CS perlu lakukan semua ini pada setiap pair yang CS monitor. PERIOD.

Jam: 2.00 - 11.00 pm (setiap kali H4 cs terbentuk sahaja, bukannya setiap jam)

Hakikatnya, chart kita sudah di marking dengan jelas...

Decision untuk buy/sell dimana pun sudah jelas...

CS hanya perlu tunggu BUKTI untuk ambil buy/sell... PERIOD.

Jika Daily DECIDE buy, cari Bear dimatikan di H4 dan tarik Fibo.

Jika Daily DECIDE sell, cari Bull dimatikan di H4 dan tarik Fibo

Wajib simpan gambar sebelum entry, dan selepas exit trade.

Wajib CALCULATE position size.

Wajib patuh LAW...

Jika ada position, wajib 'monitor trade' dan decide setiap kali H4 close

Sekian

Terima Kasih

CS




Thursday 3 August 2017

Trading Tips: Perbezaan antara Retest dengan ReTouch

Assalamualaikum Semua.

Salah satu elemen penting dalam trading ialah MENUNGGU... Semestinya Penantian Satu Penyeksaan... Untuk success, wajib belajar MENUNGGU...

Apa kaitan antara Menunggu, Re-test dan Re-touch. So apa beza diantara re-test dengan re-touch?

Apabila price ingin menguji kekuatan sesuatu LOKASI di dalam CHART, dia perlu dibuktikan dengan Re-Test. Manakala re-touch atau re-visit adalah kehadiran price pada sesuatu LOKASI di dalam CHART - apabila berlaku breakout, kemungkinan besar price akan re-visit atau re-touch level breakout untuk ucap selamat tinggal...

Apabila price bergerak ke arah level support atau ke arah resistance, pada ketika ini, price akan melakukan re-test, maka kita wajib MENUNGGU bukti re-test; dalam erti kata lain, sekiranya entry dilakukan secara pending order - kita sebenarnya 'meneka' bakal 'bukti' hasil 'ujian' ini... Sebaliknya sekiranya kita menunggu - bukti - sama ada 'rejection' berbentuk reversal candlestick - maka reversal candlestick ialah bukti rejection, manakala jika wujud 'marubozu' candlestick - maka ia bukti 'continuation'...

Sekiranya berlaku breakouts pada significant support atau resistance - jika kita faham hukum SNR, dimana support/resistance flip fungsi, maka kita merasanya bahawa level flip ini merupakan key level penting, maka kita wajib 'menunggu' re-test dengan dibuktikan oleh price 'reversal candlestick' sebagai rejection... 

Begitulah sekiranya ia berlaku pada trendlines atau horizontal line yang membentuk chart patterns - konsep asas ialah sama iaitu kita perlu decide sama ada kita menanti 're-test'.

So, apakah perbezaan diantara re-test dengan re-touch. Price mungkin touch, tapi tak semestinya re-test. Price boleh re-touch dan break through. Jika price re-test - ini bermakna price reject pada level tersebut, maka re-test adalah kiss for goodbye atau pejumpaan terakhir sebelum berpisah manakala re-touch tidak semestinya.

Untuk re-test, kita perlu kenalpasti price action setup yang reject level tersebut ataupun, breakouts dilakukan oleh continuation patterns seperti BuOB or BeOB.

Berjaya tak CS kelirukan korang... Sekali baca, tak ader beza pun antara re-test, re-touch atau re-visit...

Hakikatnya, tiada university mengajar cara untuk TRADE, university mengajar tentang teori economy dan pelbagai-bagai teori... tiada University mengajar cara trading... Mungkin Prof yang mengajar economy itu sendiri, tidak TRADE atau main FOREX, SAHAM atau INVESTOR..

Oleh itu, CS simpulkan untuk success, cs perlu 'obsess' dengan falsafah atau prinsip untuk success dalam trading.. Definisi perlu jelas, kemudian perlu tanam dalam 'minda' untuk percaya... Selepas CS percaya, baru CS akan boleh follow 100 %...

Oklah see next input.


CS

Tuesday 25 July 2017

TERKINI! Trading Teknik CIKSAF

Assalamualaikum Semua.

Lama jugak tak update Blog Nie.. Dah bersara ker dari TRADING?.. Ahaa bersara sekejap di sepanjang bulan Ramadhan... Sibuk betul.. 

Sekarang dah kembali aktif semula dengan trading... Terkini, ciksaf masih lagi menggunakan teknik trading yang sama yang diaplikasi dari ilmu dari 3 pakar dalam FOREX:-

1) Ilmu Masta Khalid Hamid - carilah yer, sebab terlalu banyak info di youtube...
2) Ilmu HHLL oleh Abam Batu2 .
3) Ilmu TRSR oleh mrlan09

Inilah ilmu forex yang terbukti memberi profit kepada CS... Yang penting kena rajin praktis dan rekod dalam jurnal.. 

Pada pandangan peribadi CS, ilmu masta khalid hamid, ilmu abam batu-batu dan ilmu mrlan09 antara yang paling mudah untuk difahami dan diamalkan... InshaAllah jika disiplin dan patuh kepada undang-undang - akan menghasilkan profit..

Tiga petua penting dari CS 

  1. Pilih PAIR yang BETUL - nak senang ikut nasihat pemilik ILMU.
  2. Pilih TIME yang BETUL untuk TRADE - walaupun forex itu 24 jam, ada masa market aktif dan ada ketika market tak aktif. Tidak sama reaksi price jika candlestick terbentuk semasa market aktif berbanding dengan market tidak aktif.
  3. Belajar untuk ACCEPT LOSS.. Jangan balas dendam apabila price KENA SL... Mesti ada reason untuk BUY dan mesti ada reason untuk SELL... Pilih lokasi yang sesuai untuk letak SL. Jika price kena SL, ini bermakna, market sedang 'gila'.. tapi ia hanya berlaku kadang-kadang berbanding dengan time market 'stabil'...
 Ada lagi petua2 lain, tapi tiga ini yang CS rasa amat penting untuk permulaan... 

Sekian TQ