Thursday 3 August 2017

Trading Tips: Perbezaan antara Retest dengan ReTouch

Assalamualaikum Semua.

Salah satu elemen penting dalam trading ialah MENUNGGU... Semestinya Penantian Satu Penyeksaan... Untuk success, wajib belajar MENUNGGU...

Apa kaitan antara Menunggu, Re-test dan Re-touch. So apa beza diantara re-test dengan re-touch?

Apabila price ingin menguji kekuatan sesuatu LOKASI di dalam CHART, dia perlu dibuktikan dengan Re-Test. Manakala re-touch atau re-visit adalah kehadiran price pada sesuatu LOKASI di dalam CHART - apabila berlaku breakout, kemungkinan besar price akan re-visit atau re-touch level breakout untuk ucap selamat tinggal...

Apabila price bergerak ke arah level support atau ke arah resistance, pada ketika ini, price akan melakukan re-test, maka kita wajib MENUNGGU bukti re-test; dalam erti kata lain, sekiranya entry dilakukan secara pending order - kita sebenarnya 'meneka' bakal 'bukti' hasil 'ujian' ini... Sebaliknya sekiranya kita menunggu - bukti - sama ada 'rejection' berbentuk reversal candlestick - maka reversal candlestick ialah bukti rejection, manakala jika wujud 'marubozu' candlestick - maka ia bukti 'continuation'...

Sekiranya berlaku breakouts pada significant support atau resistance - jika kita faham hukum SNR, dimana support/resistance flip fungsi, maka kita merasanya bahawa level flip ini merupakan key level penting, maka kita wajib 'menunggu' re-test dengan dibuktikan oleh price 'reversal candlestick' sebagai rejection... 

Begitulah sekiranya ia berlaku pada trendlines atau horizontal line yang membentuk chart patterns - konsep asas ialah sama iaitu kita perlu decide sama ada kita menanti 're-test'.

So, apakah perbezaan diantara re-test dengan re-touch. Price mungkin touch, tapi tak semestinya re-test. Price boleh re-touch dan break through. Jika price re-test - ini bermakna price reject pada level tersebut, maka re-test adalah kiss for goodbye atau pejumpaan terakhir sebelum berpisah manakala re-touch tidak semestinya.

Untuk re-test, kita perlu kenalpasti price action setup yang reject level tersebut ataupun, breakouts dilakukan oleh continuation patterns seperti BuOB or BeOB.

Berjaya tak CS kelirukan korang... Sekali baca, tak ader beza pun antara re-test, re-touch atau re-visit...

Hakikatnya, tiada university mengajar cara untuk TRADE, university mengajar tentang teori economy dan pelbagai-bagai teori... tiada University mengajar cara trading... Mungkin Prof yang mengajar economy itu sendiri, tidak TRADE atau main FOREX, SAHAM atau INVESTOR..

Oleh itu, CS simpulkan untuk success, cs perlu 'obsess' dengan falsafah atau prinsip untuk success dalam trading.. Definisi perlu jelas, kemudian perlu tanam dalam 'minda' untuk percaya... Selepas CS percaya, baru CS akan boleh follow 100 %...

Oklah see next input.


CS

No comments:

Post a Comment