Friday 13 April 2018

Key Point

Assalamualaikum

Sini CS nak summary key point yang perlu diberi perhatian semasa trading. Key Point ini CS diberi oleh pro trader.

Ini adalah key point yang CS rasa penting, apabila CS baca dalam article ini oleh Nial Fuller

Bukan semua Full Time Trader, Majoriti bermula dengan Part Time Trader. 

Setiap hari Jadual Full dengan aktiviti2 selain mengadap chart. Maka dengan itu untuk Keep It Simple. Cuma Perlu Didik Diri untuk Lakukan 30 Minit Rutin Harian

Hanya Dua Komponen Utama Untuk Dilakukan

1. Lakukan End of Day Chart Analysis

2. Lakukan Setting and Forgetting

Kita mulakan dengan End of Day Chart Analysis

Kita mencari jawapan kepada dimana, dari mana dan kemana halatuju price untuk ESOK. 

Untuk tahu jawapan kepada ESOK, maka kita patut tunggu hingga End Of Day Chart... 

Apabila new daily candle muncul, maka kita sudah boleh mula lakukan analisa... 

Sama jugak, jika nak tahu apa yang akan berlaku kepada price lagi empat jam, maka rujuk end of H4.

Ingat, jalan terbaik untuk mendapat jawapan ini, maka kita perlu lakukan  setiap hari... 

Terbaik jika kita lakukan secara top down analysis, namun 'jika fokus kepada' daily pun sudah memadai.. Dalam end of day chart analysis, kita mencari jawapan kepada

1. Dimana price...
2. Price dari mana...
3. Price hendak kemana...
4. Trend semasa
5. Arah pergerakan price semasa

Lakukan analysis bermula apabila end of day...

Isu yang berkaitan - 'close' price bergantung kepada provider. Nial Fuller dan Justin suggest untuk study chart yang ada proper '5 day new york close chart'... Betul ker?

Untuk tujuan praktis, CS akan guna '5 day new york close chart' dan 8.00 am waktu malaysia... Ada dua tiga master di malaysia tak peduli sangat dengan 5 day new york close chart, malah mereka berpendapat chart yang bermula 8.00 am lagi bagus.

Paling penting disini ialah lakukan analisa selama 30 minit pada chart dan decide (1) dimana price (2) price dari mana (3) price nak ke mana (4) trend semasa (5) arah pergerakan semasa 

Kesimpulana semasa melakukan analisa ini, CS (1) sudahpun dapat kenalpasti snr, trendline, brn yang terhampir dengan price semasa dan (2) juga mengenalpasti halangan untuk price semasa melepasi dan (3) predict halatuju candlestick semasa iaitu sama ada price akan bergerak dalam arah yang sama atau time untuk u-turn...

Ini dilakukan setiap hari...

Seterusnya, masa untuk 'set and forget trade management'

Set dan Forget akan didik diri kita untuk 'Let The Market Do The Work' selepas kita already DECIDE sama ada untuk buy atau sell...

Set dan Forget juga akan mendidik diri kita untuk 'elak diri untuk sentiasa melihat chart' yang berkemungkinan akan menyebabkan 'gatal tangan' untuk adjust 'setup' tanpa alasan sebaliknya 'adjust' disebabkan oleh 'fear' dan 'greed'..

Didik diri untuk 'market decide', jangan selalu adjust manually - ini cara terbaik untuk 'control diri dari buat silly mistakes'.

The only thing you can 100% control in the market is ONLY YOU 

Walaupun kita pre-plan untuk set and forget, EXCEPTION ialah jika nampak obvious dalam chart - perlu exit. Boleh adjust untuk early TP, jika nampak OBVIOUS market berubah ARAH.

Tapi NEVER adjust untuk BESARKAN STOP LOSS..

Faedah lakukan 30 minit rutin:-

1. Didik minda untuk masuk market secara sistematik. Didik diri untuk 'act' less. Didik diri untuk fokus kepada 'big picture'. Didik diri untuk lakukan 'ad hoc analysis'.

2. Less 'stress' sebab only 30 minute sehari untuk analisa dan decide...

3. Didik minda untuk 'trade properly' apabila perlu tunggu 'daily close' setiap hari.

4. 24 jam sehari, tapi cuma perlu 'luangkan masa 30 minit' - sesuai untuk busy people.

Rutin 30 Minit

  • Buka MT4 Platform.
  • Daily TF
  • Buka CHART
  • Lakukan ANALISA
  • Lukis Trendline
  • Lukis Horizontal Line
  • Lukis BRN
  • Decide SNR yang terhampir dengan Price Semasa
  • Lukis daily SND
  • Decide - price dimana
  • Decide - price dari mana
  • Decide - price nak kemana
  • Trend semasa?
  • Arah semasa?
  • Buy atau Sell?
Entry

1. Entry setup di Daily - Price action Confluence (Y/N).
2. H4 Entry Setup - look for possible setup setiap 4 jam terutama waktu market aktif.

Sekian

CS




  

1 comment:

  1. assalamualaikum cik saf.bagaimana perjalanan trading?

    ReplyDelete