Monday 5 December 2016

Asas Forex

Ini sekadar basic yang perlu CS faham. Untuk buat profit dalam forex maka mesti digabungkan berberapa ilmu terutama

1. System atau Teknik
2. Money Management
3. Minda yang kuat untuk patuh kepada no.1 dan no.2.

Ilmu-2 ini perlu digunakan serentak semasa berada di pentas forex. CS tidak boleh hanya fokus kepada system dan teknik sahaja. Sesungguhnya tiada 'holy' grail dalam forex. Jika hendak mencari 'holy' grail -> teruskan, tapi satu hari CS akan tahu, ia ialah pekerjaan yang sia-sia. The secret dlm forex ialah no secret.

Walaupun masih ramai trader yang masih mencari 'holy' grail teknik atau bertukar teknik ke teknik yang baru untuk mencari high winning ratio, jika mereka tidak ambil kisah tentang money management -> hasilnya juga akan mengecewakan.

Adakah kita hanya perlu fokus kepada winning trade? Kenapa kita hanya mencari teknik yang memberi 'high' winning trade? Ramai yang bersikap begini kerana sedari kecil kita diasuh dan diajar, jika kita menang - kita hebat dan dipuji, tetapi jika kita loss - kita 'teruk' dan di hina.

Jika ingin berjaya dalam forex - perkara pertama sekali perlu belajar ialah belajar accept loss - bila price kena stop loss -> redha ajer - cari setup baru. Tidak perlu menangis di bucu katil, meraung-raung kesedihan kerana loss dalam forex.

Kita perlu dalami tips untuk elakkan terlalu beremosi apabila prie hit stop loss.

Salah satu cara untuk mengelakkan terlalu beremosi semasa kena stop loss, maka CS mencari teknik dimana dalam setiap setup yang wujud maka risk terlalu kecil tetapi reward amat besar. Kedua, dalam setiap setup, CS fokus kepada money management - jangan sekali-kali hentak LOT GAJAH sampai kena MC - walaupun jumpa setup yang cun melecun..

Minda akan sentiasa terganggu apabila SETUP terkena stop loss. Minda dan emosi yang terganggu dengan kuat apabila setup terkena SL secara berturut-turut. Apabila setup terkena SL secara berturut-turut, maka emosi akan goyah -> pada masa dan ketika ini, yang akan dipersalahkan ialah teknik. Tapi betulkah disebabkan oleh teknik, padahal kita tidak buat jurnal untuk rekod setiap yang masuk dan keluar? Oleh sebab itu CS perlu disiplin untuk adakan jurnal dan rekodkan semua yang entry and exit. Pada waktu yang sama kita boleh pastikan setiap entry dan exit adalah berdasarkan RULE yang telah disetkan.

Definisi pada setiap rule mesti jelas, supaya kita dapat mengenal dengan mudah apabila mengadap chart. Jika support dan resistance diukur berdasarkan 'shadow' -> maka ini rule yang penting untuk dipatuhi -> jgn labelkan SnR pada body.

Semenjak dua menjak ini, CS happy dengan teknik yang melibatkan SnD dan SnR. Teknik yang CS guna sekarang melibatkan Touch Trade iaitu set dan forget -> tunggu jer sama ada price sampai pada Trading Zone. Jika tidak sampai -> No Trade. Jika sampai -> outcome samada Free Ride atau hit SL.Tidak perlukan confirmation. Tidak perlu tahu TREND. CS happy jer jika price buat Free Ride. Happy jika setup hit SL sebab boleh belajar dari mistake.

Sebagai Plankton Trader atau Bilis Mata Biru -> siapalah CS untuk mengerakkan market. Objektif utama CS ialah tidak menjadi mangsa JERUNG -> Big Banks Trader. CS tiada no phone G.Soros untuk tanya bila dia nak Buy atau nak Sell - so CS hanya perlu study chart dan kenalpasti pattern dimana Big Trader letak umpan.

Masalah utama Big Trader untuk masuk market ialah Liquidity. Big Trader ada banyak info, malah mereka bayar untuk dapat info -> tapi Big Trader dari Jepun tak discuss dengan Big Trader dari U.S bila perlu buy dan bila perlu sell.

Suddenly Big Trader U.S dapat news bagus -> mereka plan untuk hentak 100 million unit. Maka akan wujud pergerakan price. See, kita ini Plankton -> sekadar letak 0.01 Lot atau 0.1 Lot -> mana mungkin dapat gerakkan market.

Untuk Sell mesti ada buyer -> Jika G.Soros nak hentak Buy USD 100 million now -> dimana dia nak cari SELLER -> jika kita sell 0.1 lot -> ada berjuta lagi yang perlu dia cari. Di sini perlu perlu study market untuk lihat cari pergerakkan market apabila ada Fund Manager nak Buy USD tetiba secara banyak.

Tips: Masalah utama Fund Manager ialah Liquidity.

 


1 comment:

  1. trading dengan memangt jangan serakah dengan memanfaatkan lot gajah karena nantinya psikologi trader akan buruk, coba melatih diri juga dengan menggunakan akun demo sebagai mana usaha melatih sabar dan fokus selama ini di octafx

    ReplyDelete