Tuesday, 31 January 2017

Adakah ini cara terbaik untuk Draw Channel?

Assalamualaikum,

Ini update tentang trading CS, tak banyak beza seperti yang CS huraikan sebelum ini, walaupun minggu ini, banyak HIT SL daripada TP... 

Tiada perubahan dari segi methodology untuk teknik CBF dan teknik Quasimodo - set and forget. 

Bagi CS teknik CBF dan teknik Quasimodo paling best dari segi nak ikut rules, setiap angle iaitu entry, sl dan tp sudah ada definisi yang tersendiri, jika kena SL ialah sebahagian daripada trading games atau tuisyen fee, yang penting ikut rules.

Namun untuk teknik MrLan09, CS belum jumpa definisi yang sesuai untuk setiap angle. Bagaimana nak defined Trend/Reversal dan tools apa nak guna untuk cari S/R. Walaupun asasnya nampak mudah iaitu T/R dan S/R tapi, bila ia berada di arena trading, tak semudah yang disangka terutama apabila hilang fokus atau kosentrasi kerana 'gangguan minda' akan perubahan price pada setiap tick...

Teknik MrLan09 memang hebat, dan CS loss bukan disebabkan teknik. Bila CS tonton video Mrlan09, beliau yakin dengan entry, dan tak sama macam CS, sekejap BUY dan sekejap SELL.. 

Jika CS decide BUY dan kemudian decide SELL, maka secara asasnya, CS telah salah dalam membuat analisa T/R dan S/R... So ia bukan masalah dengan teknik, ia masalah dengan diri CS sendiri. Gangguan emosi apabila melihat pergerakan price tick demi tick, minda menjadi tidak fokus dan sepatutnya CS perlu tanya diri sendiri dimana T/R dan S/R... 

Jika CS selalu tanyakan diri dimana T/R dan dimana S/R, dengan izin Allah, maka CS boleh fokus dalam mengenalpasti T/R dan S/R, kemudian entry adalah berdasarkan rules T/R dan S/R...

Semoga hari ini lebih baik daripada semalam dalam mengenalpasti lokasi T/R dan S/R.. CS masih lagi menggunakan sen akaun untuk trade teknik CBF, Quasimodo dan TrSr..

Tips untuk hari ini - cara draw S/R pada Channel... Amal untuk bertanya di T/R Daily, Dimana S/R Daily, Dimana T/R M30 dan Dimana S/R M30 - semoga CS berjumpa dengan jawapan yang CS cari di dalam CHART... Ingat jangan cari jawapan di Google, cari jawapan di MT4...

Selepas seribu kali melihat RETRACE, dengan izin Allah, CS akan kenal pergerakan price yang dinamakan Retrace... 

Selepas seriba kali melihat Perfect Zone dimana Retrace Habis, dengan izin Allah, CS akan dapat segera kenalpasti apabila Situasi Itu Berlaku di Masa Hadapan...

Praktis - Praktis - Praktis

Cara Draw Channel - Berdasarkan apa yang berlaku semalam di GU, H4...

Apabila CS open indi Channel, akan ada 3 titik... Price sedang bergerak dari titik B ke perfect zone, CS tak pasti dimana akan berlaku Perfect Zone, tapi yang pasti perfect zone akan berlaku di Zone Support atau Flip Zone..

So untuk dapat confluence, CS tarik channel dan memandangkan, tiada 2 titik penting dibawah, maka CS perlu gunakan 2 titik di atas sebagai LINE UTAMA.. Titik A dan Titik B...

Line Kedua - Adalah paralel, maka apa yang perlu CS lakukan ialah cari satu titik paling outermost.. Maka kebetulan titik itu ialah titik dimana berlaku FLIP ZONE...

Price terjun dan reject LEVEL itu... Perfect Zone


Sunday, 29 January 2017

Cerita Quasimodo, TrSr dan CBF Minggu Lepas

Assalamualaikum,

Minggu lepas, consider minggu kedua CS try teknik quasimodo/HHLL, TrSr dan CBF. Belum ada kesempatan hendak menggunakan teknik CP-IRN. 

Mungkin lepas ini nak letak pips count.. hmm. Ataupun buat jurnal.. atau buat myfxbook atau join ff.com.. mudah untuk buat ulangkaji.. masih memikirkan..

Teknik Quasimodo dan CBF sememangnya memberi profit, teknik TrSr rekod hit profit tanpa loss sehingga hari rabu sahaja. 

Trade hari khamis membuktikan mental CS belum kuat untuk lakukan cut loss 50% dari equity. Trade hari khamis TrSr juga menguji mental kerana pada hari itu berlaku revenge trading dan ada unsur-unsur hope dalam trading. Sepanjang weekend memikirkan cara untuk perbaiki... Apapun hari ini, decide untuk cut loss..

CS cuba maintain semua rule untuk trade cara TrSr ala CS. Lagipun tiada siapa yang betul2 dapat copy 100% dan fahami apa yang ada di minda owner TrSr. Pemahaman hanyalah berdasarkan tontonn video. 

Apapun, pengajaran dari minggu lepas, CS akan mula letakkan SL untuk teknik TrSr untuk elakkan gangguan emosi. CS akan letak stop loss sehingga dapat kenalpasti permainan TrSr. Untuk minggu ini dan seterusnya, SL untuk TrSr adalah berdasarkan daily ATR. Jika price banyak ke arah mencari SL pada minggu ini, maka SL akan diubah kepada satu range yang lebih besar...

CS akan mulakan konsep No Indi, No TP dan No SL dalam teknik TrSr selepas memahami game ini. So let's see what will happen next week... Minggu ini banyak news merah, market gerenti move gila-gila... May Profits With Us..

Tips minggu ini, CS ambil dari ff.com oleh strat.. Revenge trading berlaku pada minggu lepas walaupun dah nampak market structure berubah.. sebijik seperti tuan strat cakap...

Boleh baca disini..

Ignoring Price Structure.

At the time of my short entry, PRICE had made a low, a high, a higher low and a higher high - so what comes next - a HIGHER LOW!

So why did I enter short in a bullish PRICE STRUCTURE? I wish I knew - I can only put it down to loss of focus and concentration (again).

Fortunately, I protected my position with a tight stop loss so the damage was not too bad.

Worse than the small loss was not trading long having identified the bullish PRICE STRUCTURE!

Write and read 1,000 times - "I MUST FOCUS AND CONCENTRATE WHEN TRADING"


Wednesday, 25 January 2017

Reversal... Reversal.. and Reversal...

Assalamualaikum...

Apa yang dimaksudkan dengan reversal? Bagaimana hendak mengenal reversal? Bagaimana nak tahu bahawa hari ini price akan membuat satu hari reversal atau berhari-hari reversal? Pening CS apabila cuba nak selesaikan puzzle ini...

Itulah soalan yang selalu bermain di fikiran. 

Ada satu lagi persoalan yang perlu jelas dimata ialah perbezaan antara retrace dan reversal..

Setiap perbezaan ini perlu jelas dimata, maka akan mudah untuk nampak dalam chart. CS akan  cuba merungkai masalah ini, sehingga terang lagi bersuluh.

Apa yang dimaksudkan dengan retrace? 

Definisi retrace dalam teksbook hanya panduan, so bagi CS retrace ialah pembalikan price bersifat sementara.. tidak kekal... tidak akan mengubah trend long term...

Ini bermakna, retrace bukanlah arah tuju price sebenar, jika price sekadar retrace, ini bermakna arah tuju price atau trend adalah arah bertentang dengan arah retrace... confius? CS pun pening jugak..

Jika kita mengambil definisi retrace sebagai pembalikan price bersifat sementara.. tidak kekal... tidak mengubah long term view trend... maka tujuan utama price retrace ialah 1) pro trade ambil profit, 2) penakut dan panik trader cuba chase the price...

Jika retrace adalah sekadar pro trader sekadar ambil profit, penakut dan panik trader chase the price... Oleh itu bila kita akan katakan bahawa ini bukan retrace tapi reversal iaitu price sememang ingin bertukar arah.

Apa yang dimaksudkan dengan reversal?

Reversal juga pembalikan price dari arah trend semasa, cuma, reversal mengambil masa yang lama untuk berubah.. mungkin berhari-hari...

Kenapa mengambil masa untuk berubah? Ini kerana reversal berlaku apabila berlaku kemasukan buyer atau kemasukan seller yang baru. Kemasukan buyer atau seller baru memberi persepsi yang berbeza berbanding trader sedia ada... Persepsi mungkin disebabkan oleh speech by Donald Trump atau fundamental views atau sebagainya... Persepsi itu mengambil masa yang lebih lama atau berhari-hari... dan jika kekal, maka berlaku pertukaran trend...

Dalam forex, volume tak jelas... So buat masa sekarang, jika price sekadar retrace, tiada kemasukan buyer atau seller baru... Jika ada kemasukan buyer atau seller baru, itu petanda reversal.. dan petanda awal reversal ialah apabila zone penting seller/buyer berjaya ditembusi oleh musuhnya. Oleh sebab itu, apabila berlaku breaks di snr zone, itu petanda kemasukan buyer/seller baru... Itu adalah petanda reversal..

Isu kedua, bagaimana hendak mengenal sama ada a) price retrace mengikut arah trend atau b) price retrace menentang arah trend? Apa kepentingan retrace mengikut arah trend dan retrace menentang arah trend? 

Berbalik kepada, apa makna reversal?

Reversal ialah pembalikan price bersifat sementara.. tapi lebih lama... 

Apakah petanda reversal?

Banyak betul persoalan yang belum terjawab...

Dalam Journey CS pada tahun 2017 Untuk Trade Dgn Cara Yang Betul... CS akan mulakan dengan kenalpasti definisi yang CS guna adalah berdasarkan malumat dalam CHART, bukannya definisi daripada talking TRADER...

Ada beberapa persoalan yang masih bermain di fikiran CS... masih kabur.. belum jelas.. ? definisi yang berkaitan dengan trend, reversal dan retrace, maka pandangan CS semasa menulis article ini mungkin akan berubah di masa hadapan, tapi buat masa sekarang, definis ini yang CS pegang...

Apa yang dimaksudkan dengan Trend?

Trend didefinisikan sebagai sequence of trend.. series of Higher High, Higher Lows.. atau Lower High, Lower Lows... tapi dimana kekurangannya apabila kita menggunakan definisi ini sebagai trend? Jika kita menggunakan definisi ini sebagai trend, maka Higher Lows dan Lower High ialah zone yang penting?

Apabila CS menggunakan definisi ini sebagai trend, dimana levels yang dikatakan retrace dan dimana levels yang dikatakan reversal? Retrace ialah apabila price membentuk Lower Highs atau Higher Lows... Reversal ialah apabila price breaks Lower Highs atau Lower Lows...

Alfonso di ff.com - SnD Trader, beliau fahami trend dalam bentuk SnD...

Uptrend = demand area being respected, supply areas are being taken out. Atau dalam ayat mudah, price tak berjaya tembus demand zone, tapi price berjaya breaks supply zone...

Apabila price membentuk higher high, ini bermakna, price bergerak dari demand zone dan menghapuskan supply zone.

Jika tarik trendline yang menyambungkan titik - titik demand zone, trendlines akan mencanak ke atas melepasi supply zone.

Downtrend = terbalik dari apa yang terjadi semasa uptrend...

Pembentukan Higher High menghapuskan supply, manakala pembentukan Lower low menghapuskan demand.

Jika demand dihapuskan, bila tarik trendlines yang menyambungkan titik-titik supply, maka trend menurun ke bawah = itu adalah downtrend.

Kebiasaanya, kita kenalpasti titik-titik higher highs, higher lows, lower highs, lower lows pada titik swing point, atau zone dimana price membuat u-turn, namun dalam snd, zone supply atau zone demand berdasarkan RBR/DBR/DBD/DBR...

Manakala kita hanya tarik trendline pada zone DBR atau RBD... Trendline tidak boleh ditarik pada RBR atau DBD...

So sekarang CS perlu decide, definisi yang mana CS akan gunakan untuk cari trend, standard atau SnD.

Jika CS guna S n D untuk cari trend, maka price dianggap dalam downtrend, apabila didalam chart price gagal tembus supply, sebaliknya sentiasa breaks demand zone. Dan price dianggap dalam uptrend apabila, kita lihat price gagal tembus demand, tetapi sentiasa breaks supply zone. Untuk lebih cun, jika tarik trendlines yang menyambungkan titik BASE, akan nampak jelas halatuju price.

Jika CS guna series of sequence, HH,HL, LH, LL, maka definisi trend berdasarkan sequence. Petanda reversal ialah apabila sequence breakouts.

Jika semak teknik trade CS, di sini, maka jelas isu trend,reversal,retrace melibatkan teknik TrSr, manakala teknik lain tidak memerlukan pengetahuan tentang trend.. Trade what you see, set and forget.

Friday, 20 January 2017

Trading Plan Cik Saf 2017

Assalamualaikum, 

Minggu ini minggu paling profitable untuk CS.

Teknik TrSr menghasilkan result yang memuaskan, namun masih terketar-ketar untuk masuk trade atau tinggalkan trade sebab tiada stop loss. Semua TrSr trade profit sebelum U.S market open.

Quasimodo atau sekarang abam batubatu namakan Teknik Trading HHLL juga menghasilkan profit yang okey walaupun ada trade yang kena stop loss.

So far result dari both teknik amat memberansangkan.

Sebenarnya, ada dua teknik lagi yang CS amalkan iaitu dikenali sebagai Teknik CBF dan Teknik PC-IRN.

Untuk tahun 2017, CS hanya akan fokus kepada 4 teknik ini sahaja. 

Currency yang menjadi pilihan untuk praktis teknik ini ialah 1) GU, 2) UJ, 3) GJ, 4) EU, 5) EJ, 6) UCHF, 7) NU, 8) AU, 9) UCAD 10) Silver 11) Gold.
 
Kata orang, 'Without Trading Plan, samalah dengan Plan To Fail'. Untuk mengelak dari menjadi buah mulut orang, di January ini CS cuba hidangkan trading plan ciksaf untuk tahun 2017.
Kenapa 2017? Untuk pengetahuan tuan-tuan dan puan-puan, perjalanan forex ciksaf bermula tahun lepas. Tahun 2016 ialah tahun mencari keserasian kepada teknik atau trading styles.

Alhamdullilah, CS bertemu dengan 4 teknik yang sesuai dengan jiwa untuk trade. Jika difikirkan empat ini memang banyak, kenapalah ciksaf tak fokus kepada satu ajer. Jawapannya mudah! Rahsia.

Sebenarnya tiada menjadi masalah kepada ciksaf sebab, cs fokus pada analisa yang sama pada pair yang sama. Diharapkan di penghujung tahun 2017, CS dapat tahu antara empat teknik ini, yang mana paling profitable dan yang mana boleh letak bakul sampah.

Apakah teknik-teknik itu?

1. Teknik Trading HHLL  mrbatubatu .
2. Teknik TrSR mrlan09.
3. Teknik CBF
4. Teknik PC-IRN.

FOCUS bermakna F-folllow O-one C-course U-until S-successful. Boleh ker focus jika kena ada empat teknik sebegini.

Untuk mengelakkan teknik menjadi analysis paralysis, maka CS akan focus pada pair yang berbeza untuk teknik yang berbeza:

  1. Teknik HHLL di khaskan untuk pair EU, EJ, NU, AU, UCHF, UCAD, Silver dan Gold. 
  2. Teknik TrSr dikhaskan untuk GU dan UJ.
  3. Teknik CBF dikhaskan untuk H1 GJ.
  4. Teknik CP-IRN hanya apabila ada interest rate news. Pair bergantung kepada currency yang akan release interest rate news - maybe UJ, EU, NU, UCAD, UCHF or AU.

Money Management

CS dah open sen account, bermula January 2017, CS allocate 1000 sen untuk setiap teknik.
Post mortem teknik akan dilakukan berdasarkan pemilihan pair yang berbeza.

Cadangan MM untuk Teknik HHLL.

1000 sen - CS akan allocate untuk 25 Trade - ini bermakna setiap trade CS akan risk 40 sen.
apabila equity meningkat jadi 2000 - CS akan allocate 80 sen untuk setiap trade. Apabila equity meningkat 3000 - CS akan allocate 120 sen. Apabila equity meningkat 4000 - cs akan allocate 160 sen dan apabila equity meningkat kepada 5000, cs akan allocate 200 sen per trade dan seterusnya.

Setiap trade ialah set and forget. Jika perlu akan buat manual closed. CS perlu calculate position size untuk setiap setup sesuai dengan equity level dan stop loss level. Teknik HHLL berpotensi untuk memberi high reward and low risk. CS akan fokus pada fixed dollar per trade.

Cadangan MM untuk Teknik TrSr.

1000 sen - TrSr teknik yang tidak meletakkan SL. Untuk permulaan CS akan setkan 1% risk untuk setiap trade jika ada TrSr. Setiap hari CS akan decide sama ada akan trade di GU atau UJ bergantung kepada analisa TrSr. Key untuk teknik TrSR ialah day trade with mental stop loss. So CS akan cut apabila equity drop 50%. Ini bermakna jika equity drop dari 1000 sen kepada 500 sen - CS akan exit with Loss.

Cadangan MM untuk Teknik CBF

Teknik CBF hanya memberi R:R, 1:1. Untuk 1000 sen - CS akan allocate untuk 25 trade. Ini bermakna CS akan follow MM seperti teknik HHLL. Namun winning ratio untuk teknik ini ialah 70% to 80%. Ini bermakna dalam 10 trade, CS akan dijangka untuk win 7 trade dari 10 trade. Oleh sebab itu CS akan riskkan duit berdasarkan fixed dollar.

Cadangan MM untuk Teknik PC-IRN

Teknik PC-IRN hanya akan diambil apabila situasi chart sesuai pada hari news interest rate dikeluarkan. 1000 unit CS akan alocate untuk 20 trade. Ini bermakna pada setiap trade, CS akan allocate 50 sen per trade. Risk per trade adalah bergantung kepada jumlah equity semasa.

Tuesday, 17 January 2017

Kenapa asyik bagi alasan...

Assalamualaikum,

Harus sabar menunggu setup muncul, yup tetiba nampak setup cun Quasimodo di UJ di tf M15. Tanpa berfikir panjang, terus set pending order - ditakdirkan price hit pending order. 

Seperti biasa, sebelum nak masuk tidur dan close pc, baca semula trading notes dan rules. Alamak - UJ tak termasuk pair yang CS trade teknik Quasimodo. CS hanya trade TrSR atau fibo cun setup untuk UJ. 

Ciss.. jika ikutkan dah kira break rules.

Baru nak pecahkan rekod macam abam lanbuana di CG, so far CS trade guna TrSr ala CS ke atas UJ belum ada loss lagi.

Nak ajer CS closed trade tu premature, namun disebabkan sifat tamak yang wujud pada ketika ini, di pendekkan cerita, trade Quasimodo ke atas UJ di biarkan sahaja samada hit tp atau stop loss. 

As per rule, Quasimodo setup wajib letak stop loss. Let's see the outcome esok. 

Jika hit SL - redha jer ler.

Good Nite

Nota: Mesti ada nak tahu outcome trade nie: Price Kena Stop Loss. Payment sebab BREAK RULE. Nasib baik kena SL, jika profit - mesti lain kali akan buat LAGI.


Monday, 16 January 2017

Trade Tanpa Indicators - Perkara Perlu Ambil Perhatian

Assalamulaikum

Jika kita baca buku trading lama-lama samada local made atau overseas writer. Bila cerita bab trading jer, maka akan dikupas indicator satu persatu. Rasanya, senior trader seperti Martin Pring, Elder dan sebagainya, mereka berada pada zaman dimana data tak dapat digenerate seperti zaman sekarang. Bila CS study buku william o'neil, rasanya mereka hari2 marking price dalam diary. Daripada situ, mereka macam kita juga mula mencari holy grail dan seterusnya terciptalah indicator atas tujuan masing-masing.

Majority nama indicators berbalik kepada nama pencipta indicators. Sekarang, kita berada dizaman yang tak perlu rekodkan price, semua komputer tolong kirakan. Maka apa yang kita perlu sekarang ialah analisa data atau maklumat yang terdapat pada charts dan menggunakan semua information yang tersedia di chart dan seterusnya kita mencari apa yang kita mahukan. Sekiranya kita ingin mengenal trend, apakah caranya? Sekiranya kita ingin mengenal, SnR, bagaimana caranya? Dalam erti kata lain, trader yang berjaya di zaman sekarang ialah mereka yang pandai menterjemahkan chart kepada maklumat yang diperlukan untuk profits.

Oleh sebab itu, jika buka ajer trading textbooks, maka teramatlah banyak indicators yang dihuraikan.

Indicators - semua trader impikan 'holy grail indicators' dan termasuk pencipta indicators itu sendiri. Maka semua indicator berasaskan kepada formula matematik.

Dipermulaan journey, CS sendiri menggunakan indicators. Bila study forexfactory, majority cara trading berasaskan indicators. Kemudian selepas gagal, CS study price actions. Price actions memang bagus, cuma ia tak sesuai dengan jiwa CS yang tak pandai 'exit' bila dah profits.

Asasnya indicators adalah satu sign untuk ambil trade dengan yakin - secara teori walaupun secara hakikatnya tidak semestinya. Apabila kita drive kereta, untuk ke tempat yang baru2, kita perlu tengok sign board untuk mencari destinasi yang dituju. Indicator membantu untuk memberi maklumat tersebut, cuma ada jenis indicator yang memberi 'signal' awal dan ada indicator memberi 'signal' lambat.

Maka apabila ada trader yang frust selepas mencuba indicator, seperti cs, trader mula mencari pendekatan baru. CS beralih kepada membuat analisa kepada price semata-mata. Ada yang namakan naked trading atau trade tanpa indicators. Disini muncul mula perjalanan baru, mengenal price action, candlestick dan sebagainya. Tapi untuk tahun 2017, CS cuba buang semua knowledge itu dan sekarang cuma fokus kepada teknik yang dinamakan qusimodo, teknik yang dinamakan trsr dan ada dua teknik lagi yang cs sedang perkemaskan iaitu cpnews dan fibocunsetup. Paling best sebab semua teknik itu akan digunakan dgn cara analisa yang sama pada chart, cuma mengambil peluang entry berdasarkan law setiap teknik.

So, CS sekarang hanya akan trade tanpa indicators. Apakah keperluan asas yang perlu untuk trade tanpa indicators?

Jika memandang chart setiap hari, tapi tiada asas, tak tahu apa yang hendak dicari - 100% tak nampak punya. Jika suruh cari garam dan gula, mesti tahu kat mana nak cari. Jika suruh pergi beli alat tulis, mesti tahu kedai mana nak cari. Kita tahu dimana nak cari sebab kita ada asas, nak cari garam dan gula kat rumah, takkan nak cari kat bilik tidur.

So untuk nampak apa yang dicari, maka kita perlu guidelines atau pengetahuan asas.
Asasnya, trader mengamalkan beberapa mantra. Disini CS cuba nak jelaskan dua mantra. Mantra-mantra yang lain - adalah home work.

So apakah mantra itu. Ada beberapa falsafah atau mantra yang diamalkan oleh trader yang kita boleh gunakan sebagai panduan untuk cari di dalam chart dan digunakan untuk success sebagai trader.

Mantra yang pertama, follow trend because trend is ur friend. Ada yang kata ia mitos dan ada yang sebaliknya. CS percaya trend is ur friend. Trend umpama arus semasa, jika lawan banyak rintangan, jika diikuti mudah perjalanan. Jika kita lawan arus pergerakan kereta, maka kita disalahkan sebab kita punca kepada kemalangan.

Kita boleh andaikan Trend is Ur Friend adalah satu undang2 yang diterima pakai oleh hampir semua trader. Bukan semua - cuma hampir semua. Trend umpama arus sungai yang mengalir deras, jika dilawan, kekadang kita letih kelemasan sebelum sampai ke destinasi.

Puzzle yang kita perlu selesaikan ialah bagaimana untuk mencari satu struktur market yang wujud dan pattern itu perlu sama, tanpa mengira time frame sama higher atau lower tf. Pattern ini akan memberi petunjuk apakah trend semasa market.

Mantra kedua, buy low dan sell high. Ini adalah teramat logik untuk mereka yang doing business, untuk mudah untung, kita perlu buy pada harga rendah dan jual pada harga tinggi.

Jika kita ingin membeli barang di tesco, jika kebetulan ada sale - kita berpeluang membeli pada harga rendah, oleh sebab itu ramai peniaga yang berniaga, memborong membeli bahan mentah di tesco apabila ada sale. Kita selalu inginkan produk yang berkualiti pada harga rendah. Jika nak jual, kita selalu fikirkan bagaimana untuk jual pada harga yang lebih tinggi dari modal pembelian.

Apa yang berlaku jika kita membeli dalam keadaan 'desperate'? Jika kebetulan market ada sale, kita dapat harga baik, tetapi jika sebaliknya - then you're in trouble.

Membeli dalam keadaan 'desperate' - majoriti kita akan end up membeli pada harga pasaran. Dalam erti kata lain, untuk buy low dan sell high - kita wajib sabar menunggu. Adakah anda seorang yang sabar menunggu?

Mari kita bincang keperluan asas untuk trade tanpa INDI? Kemudian kita tanya diri sendiri samada apa yang diamalkan kita sekarang layak dinamakan trade tanpa indicator.

Tiga keperluan asas ialah:
  1. Pertama - fahami struktur market.
  2. Kedua - mencari turning point
  3. Ketiga  - tunggu dengan sabar sehingga price datang ke.... deal or no deal.

ASAS PERTAMA: FAHAMI STRUKTUR MARKET

Semasa kita melihat chart, otak kita perlu lakukan sistematik proses untuk decide 'situasi' market ataupun dinamakan sebagai decision making process - tetapi jika kita gagal memahami struktur market, maka macam mana kita nak pulling the trigger.

Untuk searus dengan aliran semasa, untuk searus dengan 'arah market' - kita wajib memahami struktur market.

Struktur market yang terbaik ialah apabila struktur yang sama wujud pada setiap time frame. Dalam erti kata lain, dalam setiap frame, kita melihat pattern yang sama untuk mengatakan ia trending atau sebaliknya.

Kita akan dapat mengenal struktur market sekiranya kita study titik-titik atau high/low point of price di dalam setiap chart.

Kita berminat dengan trend, titik low dan titik high - kerana secara asasnya, objektif kita ialah buy low, sell high mengikut arah arus trend.

Apabila kita melakukan anlisa pada setiap market, maka amat penting untuk kita mencari titik-titik atau point high/low yang dapat dikenalpasti selepas price membuat u-turn. Titik-titik ini juga dapat dikenalpasti selepas price membuat breakouts.

Ini yang CS pegang so far, decision making proses untuk mengenal struktur market adalah dengan memahami titik low dan titik high, Titik low yang lebih low dari sebelumnya dan titik high yang lebih high dari sebelumnya: Higher highs (HH) and higher Lows (HL), or lower Lows(LL) and lower highs (LH) - dimana ia juga dikenali sebagai swing point high/lows.

Susunan/ series new high dan new low yang terbentuk, memberi maklumat untuk kita tahu dimana price berada, dari mana price datang dan maybe kemana price hendak pergi.

So kita ingin tahu dimana price berada, dari mana price datang dan kemana price hendak pergi. Dalam hidup ini, untuk berjaya, kita mesti tahu dimana kita, dari mana kita datang dan kemana kita hendak pergi. 

Di dalam chart, apabila kita memahami struktur market, ia membantu kita mengenalpasti situasi market semasa dan kita boleh 'act' bersesuaian dengan keadaan market semasa.

Terdapat 5 struktur market yang perlu di kenalpasti, dan dalam setiap masa hanya satu keadaan dari 5 ini sahaja yang wujud:-
  1. Dalam Bullish Trend
  2. Dalam Bearish Trend
  3. Ranging antara Dua Levels
  4. Emerging into a New Trend
  5. Forming a Major Bottom/ Top.
Summary: Mengenalpasti swing point high dan low di dalam chart membantu untuk mengenal struktur market, seterusnya kita dapat mencari jawapan kepada price di mana, price dari mana dan price hendak ke mana.

Penting untuk INGAT, trend bersifat kekal. Retrace bersifat sementara. Semasa price trending, retrace biasanya terbentuk berkali-kali berbanding dengan reversal. Dalam erti kata lain, di dalam satu arah trend akan wujud satu reversal dan berkali-kali retracement.

BAGAIMANA untuk MENGENALI TRENDING STRUCTURE.

Persoalan asas - bagaimana untuk mengenal TREND? Trend is ur friend.

Defintition. Uptrend ialah series of H, L, HH, HL dan Downtrend ialah series of L, H, LL, LH. Ini untuk homework - bagaimana SnD trader defined trend?

A trending market is one that is making higher highs, higher low. PERIOD. or a market that is making lower lows and lower highs.

Simple. Betul. Tapi manusia memang suka complicatekan benda yang mudah. Solat itu mudah, tapi berapa ramai yang tinggalkan. Cuba renungkan dalam kehidupan anda sendiri, otak kita hanya tegas mengatakan bahawa yang terbaik ialah yang complex. Ingat: Just learn this untuk kenal this trending conditions.

In Bullish Trend - bullish trend continues as long as price make higher higher and higher lows - you want to be a buyer here.

In Bearish Trend - bearish trend continues as long as price make lower highs and lower lows - you want to be a seller here.

Walaupun trending market ialah ideal condition untuk make money - traders still lose money because they either trading in wrong direction - chasing price or entering at wrong place. Ingat bila dah jumpa trend, tak semestinya patut masuk market terus. Trend hanya memberi maklumat tentang arah.

Apabila kita mengenal arah market, itu baru permulaan... kita perlu tahun next step.

Rule asas : Buy Low, Sell High.

Antara mantra untuk entry ialah :-
  1. Entry hanya apabila retrace SUDAH HABIS. 
  2. Wait for price to retrace into swing lows or swing highs before entering the trend.
  3. Do not chase the price - let price make a new highs or new lows - enter the trend once retracement HABIS.

Summary: Kita dapat mengenal trend dengan mudah hanya dengan mengenalpasti dan menghubungkan swing highs dan swing lows - sama ada chart membentuk down stepping, or up stepping. Apabila price mencipta New High - chart dianggap Bullish. Apabila price mencipta New Low - chart dianggap Bearish. Entry - tunggu sampai Retracement HABIS.

INGAT - retracement berlaku berkali-kali apabila market trending. Reversal hanya SEKALI. Retracement membentuk pemadatan PRICE. Trend dibentuk oleh long candlestick.

RANGING MARKET STRUCTURE

Kekadang mudah untuk kenalpasti RANGING market. Sometimes more difficult.

Secara asasnya Price akan Retrace 1/3 atau 2/3 dari PRICE.

Sometimes tempoh yang diambil oleh retrace ialah 1/3 atau 2/3 dari tempoh price advance.

Secara asasnya jika price terperangkap diantara dua major LEVELS - kita akan nampak highs dan lows pada level yang sama. Tapi itu dalam textbook.

Dalam real market - chart nampak messy - susah nak kenapasti upper dan lower boundaries. Oleh sebab itu - kenalpasti range by marking swing points yang berlaku pada zone yang sama.

Untuk kenalpasti Ranging Markets - highlight the extremes swing points acted as turning point for price. Accept the ZONE rather than strict LEVELS.

UNREADABLE MARKET STRUCTURE

We can't make sense of all market conditions. Accept the chart - jika their market structure doesn't make sense. Jika tidak jelas - wait until nampak JELAS.

ASAS KEDUA: MENCARI TURNING POINT

Persoalan yang selalu bermain di fikiran: Dimana likely turning point? Apabila price membuat u-turn selepas membentuk new highs atau new lows, dimana turning point untuk price kembali sama arah dengan Trend? Dimana titik RETRACE akan HABIS? Jika tahu jawapan untuk masalah ini dengan tepat, mesti sudah ramai forex trader yang menjadi jutawan.

Untuk menjawab persoalan ini, disinilah kita menggunakan Ilmu technical analysis - SnR Horizontal Levels, Trendlines, Channel, Fibo Level, Big Round Numbers dan sebagainya.

Ada beberapa law atau tips yang perlu diambil berat di sini. Perlu ingat, SnR wujud dalam pelbagai keadaan, bentuk dan range.

Mencari SnR mengunakan horizontal levels adalah wajib - bagaimana caranya - akan dibincangkan kemudian, cara untuk draw horizontal snr, CS menggunakan hukum Draw dan Reaction. Dimana nak draw dan lihat sama ada terdapat reaction, jika tiada reaction yang terbaik, ubah tempat draw line.
Dimana turning point, anything can happen in forex at any time, terutama jika ada ucapan dari mereka yang dapat memberi impak kepada market atau ekonomi negara masing2. Jika Donald Trump buka mulut, ucapan beliau akan memberi impact kepada us dollar dan jika PM May memberi ucapan, statement beliau boleh memberi impak kepada GBP, namun secara dasarnya:
  1. Price will retrace to OLD SUPPORT/RESISTANCE - Flip zone act as Turning Point.
  2. Price will continue to move - mencari next support/resistance levels terdekat - next support/resistance terdekat bertindak sebagai Turning Point.
Kita mencari ilmu turning point dimana ilmu ini boleh digunakan sebagai titik support atau titik resistance, titik confirmation trend, titik untuk mengambil tp atau titik untuk entry.

Gunakan ilmu ini bersesuaian dengan situasi semasa, rule asas, trade with trend, buy low and sell high. Apabil price print new high atau print new low - ini bukan titik buy low sell high. Titik entry yang terbaik ialah turning point dimana retrace sudah habis.

Summary:

Selepas kenalpasti ARAH TREND. Next step ialah aim untuk buy low, sell high.

Start buat marking dalam chart, dimana titik resistance dan dimana titik support yang paling hampir dengan price semasa. Ini adalah titik dimana price berpotensi untuk membuat u-turn.

We must open trade at right point or right zone. Well, selepas dapati ARAH TREND UP - should we start buying.

No! Wrong - we need to enter trade at proper place. After price print new highs and hit turning point, ini first sign price start retrace. We only enter selepas Retrace Habis?

Macam mana nak tahu retrace habis, jawapannya ada di MT4, jgn tanya pakcik google.

Focus kepada obvious turning point apabile retrace bermula, gunalah apapun tools samada snr horizontal line, supply or demand, round numbers, fibo levels atau trendlines untuk mark level yang berpotensi untuk bounce atau reverse selepas retrace. Ini adalah level dimana retrace akan HABIS.
ASAS KETIGA: TUNGGU DENGAN SABAR SEHINGGA PRICE DATANG KE... 

Sabarlah untuk tunggu price mencari entry level. Buat apa penat2 buat analisa untuk cari turning point jika tak sabar untuk tunggu sampai price mencari harga tawaran kita....

Chest List:
1. Study struktur market dan pastikan arah trend.
2. Cari turning point dimana retrace sudah habis untuk entry
3. Tunggu dgn sabar sehingga price sampai ke turning point sebelum masuk market...



Sunday, 15 January 2017

Jangan Cari Di Google, Dapatkan Di MT4

Assalamualaikum, 

CS pernah terbaca satu buku, tapi malangnya dah tak ingat titlenya. Apapun dalam buku itu diceritakan tentang seorang profesor di universiti terkemuka di U.S. Dipendekkan cerita, dia memberi homework kepada studentnya, dia nak student dia hasilkan satu thesis tentang 'perangai ikan'. Dia bagi tempoh seminggu rasanya.

Selepas seminggu, semua student di summit thesis memasing. Tapi profesor dengan rasa gahnya, membuang semua 'thesis' student dia dalam bakul sampah.

Profesor itu dengan selamba badak cakap 'saya suruh korang buat thesis tentang perangai ikan'. Sepatutnya, you all nie, pergi kedai aquirium, beli seekor ikan, dan cuba rekodkan perangai ikan itu hasil daripada pemerhatian korang, bukannya pergi 'library' dan duplicate pemerhatian orang lain.

Banyak maklumat sudah kita tahu, banyak pro trader sudah mendedahkan asas trading. Terbaiknya, jika baca forum, siap tunjukkan bukti hasil lagi. Tapi, kita masih ingin mencari.. mencari.. mencari... entah apa yang dicari... padahal ilmu sudah dijelaskan...

Sepatutnya, dengan semua ilmu yang didedahkan, open MT4 - lakukan pemerhatian. Bukannya pemerhatian orang lain, tapi pemerhatian anda sendiri.

Apa yang dimaksudkan dengan trend? Apa yang dimaksudkan dengan Retrace? Apa yang dimaksudkan dengan Reversal? Dimana lokasi support? Dimana lokasi resistance? Apa kaitan higher time frame dgn small time frame?

Buat catatan dan rekod kepada setiap permerhatian. Di sini Allah akan bukakan hijab ilmu dimana pada ketika ini belakunya a-ha, patutlah.. yang memberi jawapan yang serabutkan akal fikiran selama ini.

Teks Book Hanya Guidelines...

Jangan cari di google, tapi dapatkan jawapan anda di MT4.