Wednesday, 13 July 2016

Mengenalpasti Trend Semasa

Saya satu teknik yang CikSaf guna untuk kenalpasti trend ialah dengan menggunakan mata kasar atau naked eye. Mata kasar adalah indicator terbaik. Namun trend juga boleh dikenalpasti dengan menggunakan indicator seperti moving average, MACD etc.

Kenapa perlu guna mata kasar?

Masalah utama indicator ialah sifat indicator itu sendiri iaitu samada ercirikan lagging atau bercirikan leading. Indicator memberi maklumat terlalu awal yang menyebabkan 'false sign' atau memberi maklumat agak lambat yang menyebabkan 'miss the boat'.

So untuk balance, CikSaf prefer guna mata kasar. Tapi jangan terkejut, terdapat indicator yang memberi maklumat trend yang 'perfect' dan apabila digabungkan dengan 'trade setup' yang cun akan menghasilkan result yang meletop.

Price bergerak dalam tiga fasa iaitu:
  1. Fasa Uptrend
  2. Fasa Downtrend
  3. Fasa Sideways
Terdapat cara mudah untuk kenali trend. Untuk peringatan, trend mesti merujuk kepada time frames yang dilihat. Jika kita lihat time frame h4, maka trend yang terbentuk di H4, tidak semestinya sama dengan trend yang terbentuk di time frame daily atau h1.

Fasa Uptrend --> Series L > H > HL > HH

Bermula dengan price gagal membuat new low (LL) diikuti dengan breakouts dan mencipta new high (HH) yang baru. Seterusnya price mencipta Low dan High yang lebih tinggi dari sebelumnya. Cycle HL dan HH ini berterusan sehingga price gagal mencipta  new HH sebaliknya membentuk LH.

Fasa Downtrend --> Series H > L > LH > LL

Bermula dengan price gagal mencipta new high (HH), sebaliknya membentuk LH kemudian diikuti dengan breakout dan mencipta new low (LL) yang baru. Seterusnya price mencipta series Low dan High yang lebih rendah dari sebelumnya. Cycle LL dan LH ini berterusan sehingga price gagal mencipta new LL sebaliknya membentuk Higher Low (HL)

Fasa Sideways --> Series Equal High > Equal Low

Cuba usha chart


Kesimpulan:

Tips Dalam Mengenalpasti Lokasi U-Turn 
--> Lokasi L, H, HL, HH, LH, LL (High, Low, Higher Low, Higher High, Lower High, Lower Low)
  1. U-Turn mungkin Candlestick Reversal Pattern
  2. U- Turn mungkin sebaris dengan Clean Breakout Level.
  3. Lokasi U-Turn dapat dilihat dengan mata kasar dengan Jelas.

Friday, 1 July 2016

Trading Setup CikSaf

Apa yang CikSaf fikirkan...?

Trading setup yang serasi dengan jiwa ciksaf semestinya mempunyai dua ciri iaitu:
  1. Jiwa tenang jika price hit stop loss.
  2. Jiwa tenang jika price hit tp.
Jiwa tenang apabila price hit stop loss sekiranya itu ialah 'loss' yang kita willling to lose. Dalam erti kata lain, jumlah $ yang kita decide sebelum masuk trade adalah jumlah $ yang selesa untuk lose. Ini juga menyebabkan ciksaf tak adjust stop loss hanya semata-mata price bergerak ke arah stop loss selepas masuk trade.

So perkara pertama yang perlu diselesaikan sebelum masuk trade ialah decide jumlah $ yang ciksaf sanggup loss. Cthnya: sanggup rugi USD10 pada setiap trade.

Oleh itu perkara utama yang perlu dikenalpasti sebelum masuk trade pada mana-mana trading setup ialah mencari lokasi untuk letak stop loss. Hanya terdapat dua jenis lokasi stop loss iaitu:
  1. Jika buy at support - stop loss mestilah dibawah daripada support level tersebut.
  2. Jika sell at resistance - stop loss mestilah diatas daripada resistance level tersebut.
Jika entry adalah berdasarkan :
  1. Price action setup seperti crs - pin bar reversal, outside bar atau engulfing bar - maka stop loss adalah berdasarkan price action setup yang ditemui di support atau resistance.
  2. Entry berdasarkan kekuatan S&R level - maka stop loss ialah beberapa pips diatas atau dibawah S&R level yang ditemui. 
  3. Entry berdasarkan breakout - maka stop loss terbaik ialah last swing high atau last swing low.
Daripada point entry ini, kita kenalpasti 'stop loss' range untuk mendapatkan position size yang sesuai sebelum kita decide berapa lot untuk masuk trade.

Nota:
Scalper merujuk kepada trading setup muncul di tf 5M, 15M dan 1Hr. Intraday trading.
Swing Trade merujuk kepada trading setup muncul di h4.

Monday, 27 June 2016

Trading Strategi CikSaf

Ini yang sedang ciksaf fikirkan..

Trading Strategi mesti serasi dengan jiwa.. Jiwa tenang untuk trade. Jiwa tenang semasa review chart.

Jiwa tenang jika hit tp.. Jiwa tenang walaupun hit stop loss.

Strategi yang ciksaf guna semasa trading berkisarkan kepada asas utama trading iaitu :
  1. Trade with Trend - masuk trade ikut arah trend semasa. Jika arah trend semasa menuju puncak, ciksaf buy aja. Jika arah trend menurun, maka ciksaf sell aja. 
  2. Buy at support.
  3. Sell at resistance.
Itu tiga perkara asas logik dalam trading pada pemikiran asas. Kita nak buat business, kalau nak untung kena buy pada harga rendah, tapi sell pada harga rendah dan mesti mengikut arah pasaran semasa. Jangan pulau ikut trend yang dah lapuk.

Asas seterusnya, ciksaf perlu tekankan mengenai keadaan market yang perlu kita faham. Sesungguhnya pada waktu dan ketika, pasaran market cuma berada dalam keadaan:
  1. Trending - bergerak searah.. Samada sedang menurun atau sedang menaik.
  2. Ranging - bergerak sideways.
Dan tiada diantaranya..

Kesimpulan:
  • Trade with trend iaitu samada semasa market uptrend atau semasa market downtrend.
  • No trade atau stay out sekiranya trend sideways.
  • Entry semasa Uptrend hanya semasa price membuat retracement @ pullback ke support level.
  • Entry semasa Downtrend hanya semasa price membuat retracement @ pullback ke resistance level.
  • No trade atau stay out sama penting dengan stay in.


Sunday, 26 June 2016

Identical Patterns Dalam Setiap Time Frames

Time Frames mungkin berbeza.. tapi terdapat beberapa bentuk semasa price action dan price reaction membentuk 'pattern's yang sama dalam setiap timeframes.

1. Jika kita melihat price, maka patterns price bar atau cs pada setiap time frame terdiri daripada
  1. CRS patterns breaks previous bar Low.
  2. CRS patterns breaks previous bar High.
  3. Inside Bar
  4. Outside Bar
  5. Engulfing Bar
Pattern 'cs' yang terbentuk akan terdiri dari 5 'cs' pattern di atas..


2.  Jika kita assess setipa tempat u-turn

Maka kita akan dapat kenalpasti

a) Lembah (Low) dan Puncak (High)
b) Jarak dari low ke high lebih panjang daripada jarak dari high ke low. Jarak yang lebih panjang dikenali sebagai impulse wave dan jarak yang lebih pendek dikenali sebagai correction wave.

Jika kita flip ke setiap time frames yang lebih kecil. Kita akan sentiasa berjumpa dengan 3 pattern ini.

Jika kita dapat mengenalpasti patterns 'impulse wave' di ikuti dengan 'correction wave'. Dengan mudah kita dapat mengenali trend memandangkan 'impulse wave' merupakan trend wave.

Impulse wave dalam time frame yang besar mungkin terdiri dari 'cs' atau price bar pattern. Jika 'correction wave' berada within 'impulse wave' - jika kita flip ke time frame yang lebih kecil, 'correction wave' mungkin inside bar.

Jika price semasa uptrend, 'correction wave' akan break previous 'impulse wave' high dan jika trend semasa downtrend 'correction wave' akan break previous 'impulse wave' low. Jika kita flip dalam time frames besar, ia seumpama inside bar breakout.

Jika terdapat beberapa 'wave' di dalam previous 'impulse wave'.. Dalam situasi ini, patterns yang terbentuk samada 'triangles' yang mungkin 'symetrical' , 'ascending' atau 'descending' triangle. Jika kita flip dalam time frame yang kecil, ia mungkin terbentuk dari multiple inside bar.

Price 'u-turn' di puncak dan di lembah, juga membentuk patterns yang dapat ditemui pada setiap times frame.

Jika mata kasar kita mampu untuk mengenalpasti setiap puncak dan lembah, maka dengan mudah kita dapat mengenali pergerakan trend semasa setiap currency samada menaik atau menurun.

Saturday, 25 June 2016

Analisa Forex Secara Teknikal

Asas untuk analisa forex market ialah samada menggunakan Fundamental ataupun Teknikal. Tapi ramai juga forex forumer mengistilahkan fundamental sebagai funny-mental. CikSaf secara adalah technical trader. 

High impact news seperti 'statement' dari BOJ, BOE, FOMC membuatkan price bergerak dengan laju. Terlalu tinggi volatility, tak sesuai dengan jiwa CikSaf.

Analisa teknikal yang serasi dengan jiwa CikSaf melibatkan tiga asas yang penting iaitu:
  1. Analisa mengenalpasti Trend Semasa (akan dikupas dalam N3 lain)
  2. Analisa mencari Level
  3. Analisa menanti 'Trigger' untuk masuk trade.
Jika kita tanya dimana nak trade? Maka kita perlu mencari Level. 

Level yang dimaksudkan ialah merujuk kepada paras support dan resistance (s&r) yang significant, strong dan terkini. Pada level ini price akan bertindakbalas samada memantul (bounce), berhenti (sideways) atau pun menembusi (breakout) level itu.

Jika kita bertanya bila nak masuk trade? Maka kita perlu menanti 'Trigger'. 

Trigger ialah timing untuk entry. Terdapat pelbagai kaedah yang boleh digunakan sebagai 'Trigger' cthnya apabila munculnya Candlestick Reversal Signal.

Semua elemen-elemen ini perlu digabungkan untuk menghasilkan setup yang dikatakan memiliki Trading Edge yang dapat menghasilkan win rate melebihi 50 %.



Friday, 24 June 2016

Siapa Margin Siapa Leverage

CikSaf belajar terminologi hari ini.. Iaitu Leverage & Margin

Leverage
Leverage merujuk kepada pinjaman yang diberikan oleh Broker kepada Trader sehingga dana yang dimiliki oleh trader mempunyai daya beli yang lebih besar.

Ratio ditulis dalam bentuk nisbah seperti 1:1, 1:100, 1:500 dan sebagainya. Ini bermakna jika dana trader $100 dan menggunakan leverage 1:100, maka $100 tersebut mempunyai kekuatan 100 kali ganda iaitu bersamaan dengan $10000.

Transaksi forex diukur dalam bentuk Lot. 1 Lot bernilai $100,000. Oleh itu dengan wujudnya leverage dari Broker, trader tidak perlu menyediakan dana sebanyak $100,000, tetapi sekadar beberapa peratus dan bergantung kepada leverage yang digunakan.

Margin

Margin ialah wang jaminan yang ditahan oleh broker secara sementara semasa trade. Dana ini dikembalikan apabila trade ditutup.

Sekiranya CikSaf guna leverage 1:100, jika CikSaf memerlukan transaksi $1000, CikSaf cuma perlu sediakan 1 peratus sebagai wang jaminan iaitu $10. Sekiranya CikSaf dapat menyediakan wang jaminan ini, maka CikSaf, broker membenarkan CikSaf melakukan transaksi sebesar $1000.

Contohnya:

CikSaf buka akaun dengan modal dana $500. CikSaf pilih broker yang memberi leverage 1:100. Jika CikSaf ingin membeli 1 mini lot ($10,000). Maka modal dana yang diambil oleh broker sebanyak $100 (1% x 10,000) dan bakinya $400 tetap berada dalam akaun untuk menahan loss. Pada saat trade dah close, maka margin $100 itu akan dikembalikan ke dalam akaun CikSaf.

Kesimpulan:

Leverage memberi ruang untuk CikSaf trade menggunakan modal yang kecil dan mampu menjana keuntungan yang lebih besar.

Credit kepada ForexBagus

Thanks for Info

Wednesday, 22 June 2016

Dilema Seorang Forex Trader

Apakah rahsia untuk menjadi forex trader yang berjaya? Mungkin 5% sahaja trader yang berjaya itu bukan mitos. Jika untuk pandai memandu, kena pergi belajar memandu. Untuk menjadi doktor, pergi belajar ilmu perubatan. Jika ingin menjadi forex trader, pergilah belajar.

Masalah sekarang bukannya pergi belajar, tetapi ilmu apa yang perlu berlajar?

Ilmu apa yang Cik Saf (CS) perlu tahu untuk success dalam forex trading. CS lihat ramai yang 'nampak macam expert' dan menghuraikan ilmu fundamental seperti kes BREXIT - adakah mereka ini telah berjaya sebagai forex trader.

CS lihat di dalam forum di KilangForex (forexfactory) atau CariGold, CS dapati terdapat pelbagai methodologi, system dan analisa digunakan - adakah mereka ini telah berjaya sebagai forex trader. 

Rasanya, isu samada mereka telah berjaya sebagai forex trader atau sebaliknya adalah amat tidak penting sama sekali, kerana isu yang paling penting adalah perlukan CS perlu belajar semua ini untuk berjaya sebagai Forex Trader.

Apakah ilmu 'core' yang CS kena fokus? Adakah CS salah fokus dalam mencari ilmu untuk berjaya sebagai forex trader?

Successful retail trader wujud, mereka mengamalkan konsep, trade, make profit, withdraw dan repeat.

Ilmu untuk success dalam forex tiada di oxford unversity atau seangkatan dengannya. Even, professor of economy pun tidak semestinya boleh menjadi forex trader yang berjaya. Why? sebab otak mereka saturated dgn pelbagai ilmu yang mengakibatkan analysis paralysis.

Forex trader yang berjaya boleh muncul dikalangan orang biasa yang befikir secara biasa berbanding mereka yang berfikir secara komplek.

Buat masa sekarang, CS percaya core knowledge hanya merujuk kepada

1) Trading Strategi
2) Money Management Strategy dan
3) Strong mental untuk follow no (1) dan no (2).

Simple Trading Strategi Rule :
1) Buy at Support in Uptrend
2) Sell at Resistance in Downtrend.
3) Buy on 1st Pullback in Sideways.
4) No trade at Mid Zone of Sideways Market.

Edge dalam Trading Strategi:
1) Look for confluence before open trade.
2) Look for space for price to move before open the trade.

Confluence :
1) Combination of price action + PPZ + Trendlines
2) Combination of price action + PPZ + MA Shadow
3) Combination of price action + PPZ + Fibonacci
4) Combination of price action + PPZ

Space :
1) No traffic - so mudah price untuk move.
2) Clean swing point zone.

No Trade :
1) Mid Zone of Sideways Market
2) No PPZ
3) No Space
4) No Price Action

Note:
1) Timeframe daily and above - ignored the news.
2) Timeframe H4 - careful with statement by Bank Boss.
3) Timeframe h1 and below - no trade 30 minute before RED NEWS.