Sunday, 8 January 2017

Jiwa Day Trader

Secara asasnya, mentality Day Trader tidak seharusnya sama dengan mentality Swing Trader

Diatas faktor itu, maka CS asingkan PAIR yang CS akan tumpukan untuk Day Trade.

Untuk Day Trade - CS hanya akan buat analisa pada Pair GU (utama), UJ dan GJ.

Eight Reasons On Why and rule to Day Trade...

1. Boleh JADIKAN $1000.00 kepada $1 million.

CS dah lihat di carigold, ada insan yang berjaya jadikan $1000.00 USD kepada lebih dari $500,000.00 USD. So ini bukan MITOS. Apa yang perlu ialah Focus, Determination and Following Rules.

2. Stop Loss tidak diperlukan Sebagai DAY TRADER.

Tujuan stop LOSS ialah untuk selamatkan akaun. Day trade bermakna open and close trade on same day. So perlukah stop loss? Day trader perlukan mental STOP LOSS. Wajib close trade jika analisa menunjukkan price TIDAK akan SAMPAI ke post ENTRY pada HARI INI. Take Loss, ESOK TRADE LAIN. WAJIB.

3. You Can Let Your Winner Run As DAY TRADER

Day Trade aim for Quick Profit. Let the winner run ialah mentality Swing Trader. Jgn confusekan diri anda.

4. The More Indicator You Have, The Better You In Day Trading.

Reverse - lagi banyak indicator - lagi banyak law kena ikut - akan create confusion - the more akan lose. Simple is Better.

5. You Can Make A Living Day Trading With $1000.00

Ini telah dibuktikan oleh TrSr by MrLan09.

6. You Need A University Degree to Be Able To Day Trade and Successful

Syarat untuk online trading - 18 years old. Ada degree atau tiada degree tak penting kerana yang penting ialah Cara Trade Yang Betul. Jika cara trade BETUL, price tetiba doesn't make sense - accept the LOSS. 

7. Living In Malaysia

Living in Malaysia memang ada kelebihan... Ada smart phone untuk lihat Chart... Time market slow ialah time rakyat malaysia tidur.. 

8. It is OK to Hold a Trading Position Overnight in Day Trading 

If you do that, you are not DAY TRADER, but you're swing Trader.

TQ

Wednesday, 4 January 2017

Trial - Strategy Trade Pullback

Keliru CS memikirkan untuk gabungkan larger TF dan small TF. Untuk trial CS akan cuba gunakan chart ini sebagai rujukan. Secara asasnya ia berkaitan dengan TrSR.

Cuma ada dua jenis entry iaitu:

1. Pullback Entry
2. Breakouts Entry


Study Chart dan Praktis. Praktis di MT4 bukan dgn pakcik Google.

Tuesday, 3 January 2017

Day Trade - Retracement Is Ur Best Friend

What is your First JOB as a Trader? Betul...

Tugas utama trader ialah TRADE. Bukan? Tugas utama trader - Day Trader atau Swing Trader - ialah menukarkan maklumat yang terdapat dalam chart kepada maklumat yang boleh dijadikan sebagai EDGE.

Edge secara kasar ialah menambahkan peluang untuk berjaya sebagai trader dari 50 peratus kepada lebih dari 51 peratus.

So apa gunanya RETRACE.. Kenapa retrace ialah your best friend?

Market sentiasa melakukan retracement, dan sekali pandang dalam sesuatu trend, retracement lebih banyak berlaku berbanding dengan reversal.

Jika dilihat kepada chart, kita akan dapati price goes up, it pulls back, and it goes up again. Jika price goes down, diikuti dengan rallies dan goes down again.

Market sentiasa melakukan proses ini berulang-ulang.

Disebabkan proses ini berulang-ulang, maka lokasi terbaik untuk entry ialah apabila retrace sudah habis.

ENTRY APABILA RETRACE HABIS... at END of RETRACEMENT...

Apa itu retracement?

Retracement ialah pembalikan price yang sementara atau a short term reversal in trend, atau a pullback in an uptrend or a rally in a downtrend.

Jarang untuk kita jumpa market untuk moves higher or lower in a straight line.

Selepas market membuat initial push - ia akan diikuti dengan retracement in price.

So sekarang AS A TRADER - jadikan retracement sebagai kawan untuk masuk TRADE.

Time untuk train our BRAIN to trade off what we see, not what you think. 

Trader MUST THINK WITH THEIR EYES, not with their brains.

Traders do not try and predict what will happen - they trade off the data in front of their eyes.

So buying pullbacks in an uptrend and selling rallies ialah satu strategy yang hebat. Tapi - bagaimana nak tahu bila the short term reversal is over and the larger trend is ready to resume? Jawapannya we don't.

What we do know, market tend to retrace 1/3 or 2/3 - untuk selamat - kita ambil pendapat ramai dimana market suka retrace 50% of given move or market will come halfway back before resume the larger trend.

So untuk trade, cuma ada 3 simple step:-

1. Identify the trend.
2. Determine the entry point.
3. Order  execution.

Step 1: Identify the Trend.

The first thing to do, identify larger trend - long term trend. Uptrend is made up of higher highs and higher lows.  Downtrend is made up of lower highs and lower lows. (timeframe is irrelevant).

Untuk pendekkan cerita - don't ask me why? For me

Jika enter trade di tf M30 - decide long term trend or larger trend di daily.
Jika enter trade di tf M5 - decide long term trend or larger trend di H4.

Step 2: Kenalpasti Entry Point.

Selepas kenalpasti TREND, tunggu untuk retracement berlaku. Look for halway back atau 50% retracement.

Halfway back ialah Entry Point. Adakala akan berlaku, price retrace tak sampai 50% dan adakala akan berlaku price retrace lebih dari 50%. Bukan kita yang control market.

Why 50 %? simple reason - kita boleh letak free ride styles. Jika trend valid - price always akan break resistance untuk buat new high or at least - buat double top/bottom sebelum berlaku reversal.

Step 3: Order Execution.

Only use limit order. Wait till the market come to your deal price.

Place entry a few pips infront of 50% retrace.

Jika market melepasi 50 % - exit 50 % of trade bila price bounce - take small profits.

Thing to take note:

No Strategy is Perfect. Trading is mental game. Do not making it more complicated than it needs to be. Add another indicators or read news feeds will creates second guess.

Prevent fear of pulling trigger by using limits orders.

Do not go against the TREND.

Monday, 2 January 2017

Azam 2017 - Perjalanan Sebagai Forex Trader

Assalamualaikum,

Focus kepada Journey Untuk Trade Dgn Cara Yang Betul...

Lupakan apa yang dah CS coretkan sebelum sebelum ini. Tahun 2017 ialah tahun praktis sampai lebam. CS dah study teknik CSR. CS dah tonton video FMCBR. CS dah tonton video tuan mansor SnD. CS dah tonton video MrLan09. CS dah study semua coretan tuan batubatu di carigold dan forex factory.

Semua masta diatas mengajar untuk trade dengan cara yang betul, selepas study dan mulakan sedikit praktis, cuma ada 3 setup yang sesuai dengan jiwa CS.

Untuk 2017 CS akan fokus kepada:-
1. Swing Trade yang diperkenalkan oleh tuan BATUBATU - Quasimodo.
2. Day Trade yang diperkenalkan oleh tuan MrLan09 - TrSr.
3. CP News yang diperkenalkan oleh tuan Mansor Sapari.

Harapkan tuan BatuBatu, Tuan MrLan09 dan Tuan Mansor Sapari halalkan semua ilmu yang diberi.

Swing Trade - Thank Mr BatuBatu.

CS hanya akan tumpukan kepada PAIR EU, EJ, UCHF, UCAD, NU dan AU.
Seperti yang dianjurkan oleh tuan batubatu, CS akan mulakan dengan top down analysis - kenalpasti zone supply dan demand, sebagai tambahan, CS akan juga cari zone SnR.

Apabila price berada di Zone SnD atau SnR - CS akan cari PA Quasimodo - cari HHLL. Jika ada, CS akan ambil trade, calculate Free Ride Styles.

Penting untuk CS belajar HANDLE RISK ZONE, bukannya SETUP.

CS akan mulakan dengan mencari SETUP yang mempunyai SL kurang dari 30 PIPS.

Day Trade - Thanks MrLan09 

CS akan tumpukan kepada pair GU, GJ dan UJ. CS belum hadam semua konsep yang diperkenalkan oleh MrLan09. Namun, teknik ini sesuai dengan jiwa CS.

CS akan mula lakukan analisa di D1 - kenalpasti arah trend, support dan resistance. CS kena cari TrSr. Harus diingat, jika CS salah analisa ARAH - maka akan berlaku NEGATIF FLOAT.

Jika di swing trade, CS cari HHLL, teknik MrLan09 menekankan untuk mencari TrSr. 

CS maybe boleh ambil trade pada Level support atau Resistance jika ada setup di Daily. Namun analisa di M30 - mencari TrSR - entry hanyalah selepas Retrace Habis. Entry wajib ambil pada zone SUPPORT mengikut ARAH TREND M30.

Jika wujud Fibo SETUP yang CUN - rujuk video MrLan09 - belajar untuk pasang order pada semua Fibo Levels

News CP

CS hanya berminat dengan NFP, USD News dan Interest Rate.

Time untuk Praktis Sampai Lebam - ayat masta JGV100

Nak Bejaya Sebagai Trader Mesti Ikut S.O.P - ayat masta Zul FMCBR

Terima Kasih
 
BILA CS Baca balik article ini, rasanya PERLU Update DISINI sebab ada article terkini tentang methodology yang CS guna buat masa sekarang, yerlah sehingga tarikh CS update article ini (25/01/17) : Cerita dalam artikel ni CS consider cuma sejarah, sebab selepas CS tulis artikel di sini, CS sekarang cuba tumpukan kepada 4 methodology yang di tulis dlm artikel itu... rasanya untuk tahun nie, masih tahun trial... Kalau selalu tukar plan, macam mana nak FOCUS...

Disebabkan CS cuma NUBIS, akan ada perubahan methodology dari semasa ke semasa TERUTAMA apabila teknik tu asyik kena SL daripada TP.

Harap dapat FOCUS selepas ini, baru 20 hari dah tukar PLAN.. aha aha aha.. GOOD LUCK CS..  


Thursday, 29 December 2016

My Trade Method

Selepas analisa beberapa forum dan difikirkan masak-masak, maka CS nak cuba fokus pada teknik berkisarkan kepada CHART ini.


Terdapat pelbagai method untuk TRADE, dan semua method itu BOLEH BERJAYA jika kita disiplin untuk PATUH kepada RULE yang ditetapkan.

RULE perlu didefinisi secara objektif, bukannya SUBJEKTIF.

Rule untuk UP TREND ialah SEQUENCE of L,H,HL,HH,HL etc... Rule untuk DOWN TREND ialah SEQUENCE of H,L,LH,LL,LH,LL etc.

Selagi price print HL selepas HH -> sequence of trend INTACT. Apabila price print LL selepas HH -> obviously, kita kena cari peluang untuk SELL, kecuali dalam situasi dimana LL yang terbentuk bercirikan OVERSOLD - CS yg ada corner baring cantik.

Selagi price print LH selepas LL -> sequence of trend intact. Apabila price print HH selepas LL -> obviously TREND sequence dah BROKEN -> cari peluang untuk BUY.

Susun strategy untuk sentiasa Buy at HL dan Sell di LH.

Persoalan yang timbul ialah dimana nak cari HL dan dimana nak cari LH? Untuk memudahkan, kita cari HL dan LH berdasarkan hukum FLIP ZONE. Kita cari sama level dgn High atau HH untuk BUY atau untuk SELL.

Ada dua cara untuk Draw High atau HH. Kita ambil BODY atau SHADOW sahaja. Kemudian kita check price reaction pada BREAK Zone untuk kenalpasti specific price. Kemudian kita boleh lihat reaction pada Flip Zone.

Set entry Limit Order -> lupakan Market Order, Lupakan Stop Order.

Stop Loss sentiasa pada swing point yang terdahulu.

Calculate Free Ride MM.

Monday, 5 December 2016

Asas Forex

Ini sekadar basic yang perlu CS faham. Untuk buat profit dalam forex maka mesti digabungkan berberapa ilmu terutama

1. System atau Teknik
2. Money Management
3. Minda yang kuat untuk patuh kepada no.1 dan no.2.

Ilmu-2 ini perlu digunakan serentak semasa berada di pentas forex. CS tidak boleh hanya fokus kepada system dan teknik sahaja. Sesungguhnya tiada 'holy' grail dalam forex. Jika hendak mencari 'holy' grail -> teruskan, tapi satu hari CS akan tahu, ia ialah pekerjaan yang sia-sia. The secret dlm forex ialah no secret.

Walaupun masih ramai trader yang masih mencari 'holy' grail teknik atau bertukar teknik ke teknik yang baru untuk mencari high winning ratio, jika mereka tidak ambil kisah tentang money management -> hasilnya juga akan mengecewakan.

Adakah kita hanya perlu fokus kepada winning trade? Kenapa kita hanya mencari teknik yang memberi 'high' winning trade? Ramai yang bersikap begini kerana sedari kecil kita diasuh dan diajar, jika kita menang - kita hebat dan dipuji, tetapi jika kita loss - kita 'teruk' dan di hina.

Jika ingin berjaya dalam forex - perkara pertama sekali perlu belajar ialah belajar accept loss - bila price kena stop loss -> redha ajer - cari setup baru. Tidak perlu menangis di bucu katil, meraung-raung kesedihan kerana loss dalam forex.

Kita perlu dalami tips untuk elakkan terlalu beremosi apabila prie hit stop loss.

Salah satu cara untuk mengelakkan terlalu beremosi semasa kena stop loss, maka CS mencari teknik dimana dalam setiap setup yang wujud maka risk terlalu kecil tetapi reward amat besar. Kedua, dalam setiap setup, CS fokus kepada money management - jangan sekali-kali hentak LOT GAJAH sampai kena MC - walaupun jumpa setup yang cun melecun..

Minda akan sentiasa terganggu apabila SETUP terkena stop loss. Minda dan emosi yang terganggu dengan kuat apabila setup terkena SL secara berturut-turut. Apabila setup terkena SL secara berturut-turut, maka emosi akan goyah -> pada masa dan ketika ini, yang akan dipersalahkan ialah teknik. Tapi betulkah disebabkan oleh teknik, padahal kita tidak buat jurnal untuk rekod setiap yang masuk dan keluar? Oleh sebab itu CS perlu disiplin untuk adakan jurnal dan rekodkan semua yang entry and exit. Pada waktu yang sama kita boleh pastikan setiap entry dan exit adalah berdasarkan RULE yang telah disetkan.

Definisi pada setiap rule mesti jelas, supaya kita dapat mengenal dengan mudah apabila mengadap chart. Jika support dan resistance diukur berdasarkan 'shadow' -> maka ini rule yang penting untuk dipatuhi -> jgn labelkan SnR pada body.

Semenjak dua menjak ini, CS happy dengan teknik yang melibatkan SnD dan SnR. Teknik yang CS guna sekarang melibatkan Touch Trade iaitu set dan forget -> tunggu jer sama ada price sampai pada Trading Zone. Jika tidak sampai -> No Trade. Jika sampai -> outcome samada Free Ride atau hit SL.Tidak perlukan confirmation. Tidak perlu tahu TREND. CS happy jer jika price buat Free Ride. Happy jika setup hit SL sebab boleh belajar dari mistake.

Sebagai Plankton Trader atau Bilis Mata Biru -> siapalah CS untuk mengerakkan market. Objektif utama CS ialah tidak menjadi mangsa JERUNG -> Big Banks Trader. CS tiada no phone G.Soros untuk tanya bila dia nak Buy atau nak Sell - so CS hanya perlu study chart dan kenalpasti pattern dimana Big Trader letak umpan.

Masalah utama Big Trader untuk masuk market ialah Liquidity. Big Trader ada banyak info, malah mereka bayar untuk dapat info -> tapi Big Trader dari Jepun tak discuss dengan Big Trader dari U.S bila perlu buy dan bila perlu sell.

Suddenly Big Trader U.S dapat news bagus -> mereka plan untuk hentak 100 million unit. Maka akan wujud pergerakan price. See, kita ini Plankton -> sekadar letak 0.01 Lot atau 0.1 Lot -> mana mungkin dapat gerakkan market.

Untuk Sell mesti ada buyer -> Jika G.Soros nak hentak Buy USD 100 million now -> dimana dia nak cari SELLER -> jika kita sell 0.1 lot -> ada berjuta lagi yang perlu dia cari. Di sini perlu perlu study market untuk lihat cari pergerakkan market apabila ada Fund Manager nak Buy USD tetiba secara banyak.

Tips: Masalah utama Fund Manager ialah Liquidity.

 


Friday, 2 December 2016

NFP News dan Quasimodo

Ada dua chart CS monitor semalam sebelum NFP News -> saja nak test trading idea. Satu hit SL dan satu lagi masih ok.

CS monitor UJ -> ada setup Quasimodo di UJ -> tetapi SL zone CS cari above decision point -> nyata itu menjadi zon selamat. Ikut rule biasa stop loss ialah di HH -> memandangkan ada news NFP -> CS letak atas pada Decision Point


Satu lagi CS monitor AU -> Cs nampak ada pemadatan harga di Small TF... Tetapi price tak masuk Supply zon sebelum News -> asasnya tak VALID setup ini.

Bila flip H1 -> memang akan ada Supply Zone dari H1 -> sebab nak test -> masuk entry Sell -> tapi stop loss kecik jer iaitu 15 Pips -> hasilnya price hit SL.

Ikut Rule -> Compression mencari HTF Supply Zone -> price perlu berada di HTF Supply Zone untuk consider Terjun Tiruk.