Monday, 5 December 2016

Asas Forex

Ini sekadar basic yang perlu CS faham. Untuk buat profit dalam forex maka mesti digabungkan berberapa ilmu terutama

1. System atau Teknik
2. Money Management
3. Minda yang kuat untuk patuh kepada no.1 dan no.2.

Ilmu-2 ini perlu digunakan serentak semasa berada di pentas forex. CS tidak boleh hanya fokus kepada system dan teknik sahaja. Sesungguhnya tiada 'holy' grail dalam forex. Jika hendak mencari 'holy' grail -> teruskan, tapi satu hari CS akan tahu, ia ialah pekerjaan yang sia-sia. The secret dlm forex ialah no secret.

Walaupun masih ramai trader yang masih mencari 'holy' grail teknik atau bertukar teknik ke teknik yang baru untuk mencari high winning ratio, jika mereka tidak ambil kisah tentang money management -> hasilnya juga akan mengecewakan.

Adakah kita hanya perlu fokus kepada winning trade? Kenapa kita hanya mencari teknik yang memberi 'high' winning trade? Ramai yang bersikap begini kerana sedari kecil kita diasuh dan diajar, jika kita menang - kita hebat dan dipuji, tetapi jika kita loss - kita 'teruk' dan di hina.

Jika ingin berjaya dalam forex - perkara pertama sekali perlu belajar ialah belajar accept loss - bila price kena stop loss -> redha ajer - cari setup baru. Tidak perlu menangis di bucu katil, meraung-raung kesedihan kerana loss dalam forex.

Kita perlu dalami tips untuk elakkan terlalu beremosi apabila prie hit stop loss.

Salah satu cara untuk mengelakkan terlalu beremosi semasa kena stop loss, maka CS mencari teknik dimana dalam setiap setup yang wujud maka risk terlalu kecil tetapi reward amat besar. Kedua, dalam setiap setup, CS fokus kepada money management - jangan sekali-kali hentak LOT GAJAH sampai kena MC - walaupun jumpa setup yang cun melecun..

Minda akan sentiasa terganggu apabila SETUP terkena stop loss. Minda dan emosi yang terganggu dengan kuat apabila setup terkena SL secara berturut-turut. Apabila setup terkena SL secara berturut-turut, maka emosi akan goyah -> pada masa dan ketika ini, yang akan dipersalahkan ialah teknik. Tapi betulkah disebabkan oleh teknik, padahal kita tidak buat jurnal untuk rekod setiap yang masuk dan keluar? Oleh sebab itu CS perlu disiplin untuk adakan jurnal dan rekodkan semua yang entry and exit. Pada waktu yang sama kita boleh pastikan setiap entry dan exit adalah berdasarkan RULE yang telah disetkan.

Definisi pada setiap rule mesti jelas, supaya kita dapat mengenal dengan mudah apabila mengadap chart. Jika support dan resistance diukur berdasarkan 'shadow' -> maka ini rule yang penting untuk dipatuhi -> jgn labelkan SnR pada body.

Semenjak dua menjak ini, CS happy dengan teknik yang melibatkan SnD dan SnR. Teknik yang CS guna sekarang melibatkan Touch Trade iaitu set dan forget -> tunggu jer sama ada price sampai pada Trading Zone. Jika tidak sampai -> No Trade. Jika sampai -> outcome samada Free Ride atau hit SL.Tidak perlukan confirmation. Tidak perlu tahu TREND. CS happy jer jika price buat Free Ride. Happy jika setup hit SL sebab boleh belajar dari mistake.

Sebagai Plankton Trader atau Bilis Mata Biru -> siapalah CS untuk mengerakkan market. Objektif utama CS ialah tidak menjadi mangsa JERUNG -> Big Banks Trader. CS tiada no phone G.Soros untuk tanya bila dia nak Buy atau nak Sell - so CS hanya perlu study chart dan kenalpasti pattern dimana Big Trader letak umpan.

Masalah utama Big Trader untuk masuk market ialah Liquidity. Big Trader ada banyak info, malah mereka bayar untuk dapat info -> tapi Big Trader dari Jepun tak discuss dengan Big Trader dari U.S bila perlu buy dan bila perlu sell.

Suddenly Big Trader U.S dapat news bagus -> mereka plan untuk hentak 100 million unit. Maka akan wujud pergerakan price. See, kita ini Plankton -> sekadar letak 0.01 Lot atau 0.1 Lot -> mana mungkin dapat gerakkan market.

Untuk Sell mesti ada buyer -> Jika G.Soros nak hentak Buy USD 100 million now -> dimana dia nak cari SELLER -> jika kita sell 0.1 lot -> ada berjuta lagi yang perlu dia cari. Di sini perlu perlu study market untuk lihat cari pergerakkan market apabila ada Fund Manager nak Buy USD tetiba secara banyak.

Tips: Masalah utama Fund Manager ialah Liquidity.

 


Friday, 2 December 2016

NFP News dan Quasimodo

Ada dua chart CS monitor semalam sebelum NFP News -> saja nak test trading idea. Satu hit SL dan satu lagi masih ok.

CS monitor UJ -> ada setup Quasimodo di UJ -> tetapi SL zone CS cari above decision point -> nyata itu menjadi zon selamat. Ikut rule biasa stop loss ialah di HH -> memandangkan ada news NFP -> CS letak atas pada Decision Point


Satu lagi CS monitor AU -> Cs nampak ada pemadatan harga di Small TF... Tetapi price tak masuk Supply zon sebelum News -> asasnya tak VALID setup ini.

Bila flip H1 -> memang akan ada Supply Zone dari H1 -> sebab nak test -> masuk entry Sell -> tapi stop loss kecik jer iaitu 15 Pips -> hasilnya price hit SL.

Ikut Rule -> Compression mencari HTF Supply Zone -> price perlu berada di HTF Supply Zone untuk consider Terjun Tiruk.


Wednesday, 30 November 2016

Trading Idea

Trading Idea 1:





SETUP untuk hari ini: Boleh letak PENDING ORDER entry jika BERANI




Trading Idea 2:

Setup untuk hari ini: Boleh letak PENDING ORDER entry jika BERANI



Thursday, 24 November 2016

Supply Dan Demand Zone - BASE

Cara hendak mencari BASE - Spesific Price - High Liquidity Level

Zon Supply : Supply Sebagai BASE

Reversal Pattern : RBD



Continuation Pattern : DBD



Zon Demand : Demand Sebagai BASE

Reversal Pattern : DBR



Continuation Pattern: RBR



End

Wednesday, 23 November 2016

Update UJ FOMC News

Dalam post ini, CS letak chart UJ sebelum FOMC News.. So ini adalah update UJ FOMC News


Tuesday, 22 November 2016

The PowerFul Pattern

Trading pattern paling power yang diperkenalkan oleh masta batubatu ialah HHLL atau LLHH. Train mata untuk cari pattern nie dlm chart.


Head And Shoulder atau Quasimodo



CSR100 with Long CS

News with CP


CTH SETUP BUY..


END


Sunday, 13 November 2016

Dalam Proses Study... Trading Styles Belum Pasti

CS amat tertarik dengan trading styles yang berpaksikan kepada analisa price sahaja. Sebab itu CS amat tertarik dengan trading styles yang diperkenalkan oleh masta batubatu di carigold

CS cuba mencari maklumat yang berkaitan dengan trading styles yang cuba ditunjukkan dalam chart masta batubatu. So far masta batubatu tidak mendedahkan cara analisa beliau. Namun dalam pencarian menggunakan key word berdasarkan chart masta batubatu telah membawa CS kepada satu trading styles atau konsep trading yang amat berbeza jika dibandingkan dengan naked trading yang diamalkan oleh James16, NickB atau Nial Fuller.

Sekarang CS sedang dalam proses latihan untuk menggunakan ilmu tersebut... kenyakinan tinggi, namun result belum pasti..